Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini. Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Nama saya ialah Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya dengan sekotak Befil.
Saya adalah seorang suri rumah tangga dengan 2 orang anak.
Saya dan suami saya adalah Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE International.
Kami telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE sejak bulan Mac 2018.
Salah satu produk yang popular daripada syarikat BE adalah makanan berfungsi yang di kenali sebagai Belixz Befil yang di import daripada negara Amerika Syarikat.
Di artikal ini, saya akan berkongsi cara untuk membeli produk Befil yang tulen secara online.

Bagaimana Beli Belixz Befil Yang Original Terus Daripada BE International
Di bahagian selanjutnya, saya akan berkongsi 3 langkah untuk menjamin Befil yang anda beli adalah produk yang original dan di jamin tulen.
1) Dapatkan seorang penaja / sponsor
Langkah yang pertama dapatkan seorang penaja atau sponsor untuk membantu anda dalam proses pendaftaran ahli BE International.
Tanggungjawab penaja anda adalah memberi khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan mengenai penggunaan produk Befil, anda boleh bertanya kepada penaja anda.
Kalau anda mempunyai apa-apa soalan mengenai produk lain daripada BE International, anda juga boleh bertanya kepada penaja anda.
Penaja anda juga akan memberikan link pendaftaran ahli BE kepada anda.
Yuran pendaftaran ahli adalah RM60.00 dan keahlian adalah sah untuk satu tahun.
Untuk mengetahui manfaat-manfaat menjadi ahli, sila baca artikal di bawah.
[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]
2) Mendaftar sebagai ahli BE International
Langkah seterusnya, anda perlu klik link pendaftaran ahli yang di kongsi oleh penaja anda.
Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke BE Business Card penaja anda. Sebagai contoh, anda boleh klik link ini untuk tengok BE Business Card saya.

Gambar di atas adalah BE Business Card saya. Anda boleh nampak nama saya, Loh Chia Lin dan kod keahlian BE International saya iaitu MY43660295.
Di BE Business Card, klik pada butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftarn ahli BE International.
Seterusnya, pilih negara, jenis bahasa dan klik butang OK.
Di laman seterusnya, anda perlu masukkan nombor kad pengenalan anda untuk proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.
EKYC adalah proses di mana anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan kamera telefon pintar anda.
Proses EKYC adalah sama seperti proses pengesahan IC MyDigital ID.
Selepas proses mengesahan EYKC selesai, anda hanya perlu masukkan butiran anda.
3) Buat pembelian dalam BE4U
Langkah ketiga adalah membuat pembelian Belixz Befil dengan menggunakan aplikasi web BE4U.
Harga ahli untuk sekotak Befil di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan tertera di dalam aplikasi BE4U.
Anda juga boleh nampak promosi untuk pakej pembelian beberapa kotak Befil dengan hadiah percuma di dalam kategori Belixz Promo.
Setelah anda membuat pembelian, anda akan menerima invois pembelian rasmi daripada BE International.
Jika jumlah pembelian anda melebihi RM300.00, kos penghantaran ke seluruh Malaysia adalah percuma.
Belixz Befil: Produk Unggul Untuk Kesihatan Jantung & Saluran Darah Dari USA
Apakah fungsi dan manfaat produk Belixz Befil?
Untuk mengenali produk Befil, sila tonton video di bawah.
Berapakah harga jualan produk Belixz Befil yang di jual oleh syarikat BE International di Malaysia?
Berapakah harga runcit (bukan ahli) dan harga ahli untuk Befil?
Saya kerap di tanya soalan-soalan di atas oleh pembaca-pembaca blog ini.
Terlebih dahulu, kalau anda ingin mengetahui harga bukan ahli Befil di Malaysia, anda boleh kunjungi laman syarikat BE International yang memperkenalkan produk Befil.
Siapakah Pemilik Jenama Belixz Befil Di Malaysia?
Untuk pengetahuan anda, pemilik jenama eksklusif produk Belixz Befil ialah syarikat BE International.
BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
BE International juga mempunyai pejabat jualan dan saluran pengagihan produknya di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Brunei.
Selain Head Office syarikat di Kuala Lumpur, BE juga mempunyai pejabat urusan di seluruh Malaysia seperti:
- Georgetown, Pulau Pinang
- Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur
- Kuala Kubu Bharu, Selangor
- Ipoh, Perak
- Miri, Sarawak
- Johor Bahru, Johor
- Kota Kinabalu, Sabah
Syarikat BE International mempunyai pelbagai produk untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan seperti:
- Aulora Series dengan Kodenshi adalah koleksi pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar infra merah jauh atau far infrared ray (FIR) seperti Aulora Pants, Aulora Socks, Aulora Panties, Aulora Boxer, Aulora Basic Top, Aulora Scarf, Aulora Arm Sleeves dan Aulora Seamless Bra
- Makanan berfungsi Belixz seperti I-Vxion, Livcore, Befil, Shiruto, SlendMeal Pro, SlendGlow, Zencoso, Spirulina, NexBio dan Collagen Plus
- Beyul Skin Care Series dengan Postbiotics daripada Korea Selatan
- Beyang Barangan Konsumer Yang Bergerak Cepat atau Fast Moving Consumer Good (FMCG)
Apakah Produk Makanan Berfungsi & Bagaimana Ia Memberikan Manfaat?
Salah satu kategori produk yang popular daripada BE adalah produk-produk makanan berfungsi Belixz.
Apa itu makanan berfungsi?
Apakah perbezeaan di antara makan berfungsi dengan supplemen atau vitamin?
Untuk menjawab soalan di atas, saya telah menemubual dengan Dr. Jue.
Dr. Jue adalah seorang radiologist dan beliau menjelaskan perbezaan di antara makanan berfungsi dengan supplemen.
Anda boleh tonton video temubual saya dengan Dr. Jue di bawah.
Selain temubual saya dengan Dr. Jue, saya juga telah mendapatkan info daripada sumber yang terterbit di internet.
Mengikut laman Utusan Borneo Online:
“Makanan berfungsi merupakan satu sumber makanan, yang mempunyai penambahan daripada segi komposisi zat dan gizi, lebih daripada kandungan biasa dan mampu memberi impak positif kepada satu atau lebih sistem badan, seterusnya meningkatkan kesihatan individu.
Adalah penting untuk ditekankan bahawa, makanan berfungsi adalah sejenis makanan, tidak tergolong dalam kategori dadah atau ubatan.”
Salah satu produk popular daripada kategori Belixz adalah Befil.
Apakah kelebihan Befil sebagai sejenis makanan berfungsi?
Apakah manfaat apabila kita mengambil Befil?
Di bahagian seterusnya, saya akan memberikan penjelasan.
Kelebihan Produk Belixz Befil Untuk Kesihatan Jantung & Saluran Darah
Apakah fungsi dan manfaat apabila kita mengambil Befil?
Manfaat utama Befil adalah untuk menjaga kesihatan jantung dan saluran darah anda dengan menggunakan formula berdasarkan perundingan dengan Professor Dr. Ferid Murad.
Siapakah Professor Dr. Ferid Murad dan apakah latar belakangnya?
Berdasarkan info di dalam katalog Belixz Befil yang di sediakan oleh BE International, Professor Dr. Murad adalah:
- Pemenang Hadiah Nobel dalam bidang perubatan pada tahun 1998 untuk penemuan Nitrik Oksida
- Naib Pengerusi Jabatan Perubatan Universiti Standord
- Bekas Pengarah Pusat Perubatan Molekular Universiti Texas
- Beliau telah menghasilkan / menghasikan bersama lebih daripada 400 karya perubatan dan saintifik
- Perunding 360 darjah rumusan kesihatan jantung
Untuk mengetahui fungsi dan manfaat Befil dengan lebih lanjut, sila baca artikal ini.
Apakah manfaat yang anda boleh menikmati apabila anda mengambil Befil?
Berdasarkan info di dalam produk katalog, manfaat-manfaat Befil adalah:
- Membersihkan saluran darah dengan menggunakan Niktrik Oksida yang di perolehi daripada L-Arginine.
- Membantu melancarkan aliran darah di dalam saluran darah dengan menggunakan ekstrak tomato.
- Membantu membekalkan bahan tenaga untuk jantung dengan koenzim Q10.
- Sebagai bahan antioxidan semulajadi yang di perolehi daripada sumber makanan seperti buah delima dan ubi bit.
Kalau anda berminat untuk mendapatkan produk katalog Belixz Befil, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.
Oleh kerana produk Befil adalah amat popular di pasaran tempatan, terdapat banyak orang menjualnya di atas talian.
Notis Daripada BE International Mengenai Produk Belixz Befil Palsu
Di bahagian ini, izinkan saya jelaskan mengapa banyak orang tidak mahu mendaftar sebagai ahli BE International untuk membeli produk Befil.
Salah satu sebabnya ialah kerana terdapat banyak produk Belixz Befil yang di senaraikan di laman online platform pihak ketiga.
Banyak kali pembaca blog saya bertanya, “Mengapa produk Befil begitu murah di Shopee dan Lazada?”
Jika mereka boleh beli Befil dengan harga yang lebih murah di laman tersebut, tentunya lebih mudah dan mereka juga dapat menjimat wang.
Memang betul pemikiran mereka.
Kalau saya jumpa produk yang saya ingin beli di Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih murah, saya pun juga akan beli di sana.
Tidak perlulah bersusah payah untuk mendaftar sebagai ahli BE semata-mata untuk membeli produk.
Di bahagian atas, saya telah berkongsi pautan ke satu artikal yang menjelaskan 7 manfaat dan kebaikan menjadi ahli BE International.
Manfaat utama menjadi ahli BE adalah jamin produk-produk yang anda beli daripada syarikat adalah 100% tulen dan original.
Mengapa jaminan ini penting?
Saya akan memberikan penjelasan.
Tahu tak mengapa produk Belixz Befil begitu murah di laman platform pihak ketiga?
Ini adalah kerana mereka menjual produk Befil tiruan!
Mengapa ada penjual yang sanggup menjual produk Befil tiruan di laman tersebut?
Sudah tentunya untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.
Oleh kerana terdapat permintaan untuk produk Befil yang tinggi di pasaran, tentunya ada scammer yang ingin menjana duit dengan cepat dan senang.
Siapakah yang akan rugi?
Tentunya para pembeli yang tertipu dengan harga jualan yang murah.
Isu produk palsu atau tiruan di laman-laman platform pihak ketiga bukan satu isu yang baru.
Sudah bertahun-tahun isu ini telah wujud.
Tetapi kebelakangan ini, lebih banyak produk Befil tiruan di senaraikan di laman-laman tersebut.
Syarikat BE sedar masalah ini berlaku dan telahpun membuat aduan kepada pemilik platform-platform pihak ketiga.
Walaupun tindakan telah di ambil dengan menurunkan senarai produk Befil tiruan, tetapi masih ada scammer baru yang muat naik listing produk Befil tiruan yang baru.
Apa yang syarikat BE telah lakukan ialah mengeluarkan satu notis yang memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membeli Befil tiruan di platform pihak ketiga.
Anda boleh membaca notis tersebut di bawah.

Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk tiruan Belixz Befil yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.
BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.
Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.
Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan Befil dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.
Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.
Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?
Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.
Kerjasama BE International Dengan Persatuan HKRMA
Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.
HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.
Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.
Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.
Kesimpulan: Mendaftar Sebagai Ahli BE International Untuk Mendapatkan Harga Ahli Befil
Kalau anda berminat dengan Belixz Befil dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima produk tulen yang di impot daripada USA adalah dengan mengikuti 3 langkah yang saya telah berkongsi di atas.
Bermulalah dengan mendaftar sebagai ahli BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian di blog ini.
Jika anda mempunyai soalan, anda boleh menghubungi saya di:
Nombor WhatsApp: +60176037698
Atau, anda bolej klik pautan di bawah untuk mesej saya terus di WhatsApp.