5 Sebab Anda Tidak Harus Membina Lebih Daripada 1 Peluang MLM

Pernahkan anda berjaya membina bisnes pemasaran rangkaian (network marketing) atau Multi Level Marketing (MLM) di Malaysia?

Fokus adalah kunci kejayaan

Dengan pengalaman kejayaan perniagaan MLM, anda mungkin berfikir untuk menyertai syarikat MLM yang lain.

Jika anda boleh mendapat komisen atau bonus daripada 2 syarikat MLM, lebih baik kan?

Malangnya tidak!

Di artikal ini, saya akan berkongsi 5 sebab mengapa anda tidak seharusnya membina lebih daripada satu peluang multi level marketing (MLM) di Malaysia.

1) Umpamanya anda tidak berjaya

Sebab pertama anda tidak seharusnya menyertai lebih daripada satu syarikat MLM adalah seolah-oleh anda tidak berupaya mencapai kejayaan.

Jika prospek anda tahu anda berkecimpung dalam dua, tiga ataupun empat peluang MLM, mereka akan rasa hairan mengapa anda berbuat demikian.

Mereka akan berfikir, jika anda telah berjaya, mengapa anda masih membina rangkaian dengan syarikat jualan langsung yang lain.

Oleh kerana laman social seperti Facebook dan Instagram, adalah amat mudah untuk kawan-kawan dan prospek-prospek mengetahui aktiviti-aktiviti harian anda.

Jika anda berkecimpung dalam beberapa peluang perniagaan MLM, mereka akan membuat kesimpulan bahawa anda tidak berupaya untuk menjana pendapatan daripada satu syarikat MLM.

Oleh itu, anda terpaksa masuk syarikat MLM yang lain.

2) Ia akan membahagikan masa dan tenaga anda

Jika anda sedang membina rangkai agen-agen dengan model bisnes MLM, anda tentunya tahu ianya mengambil banyak masa dan tenaga.

Jika anda menyertai lebih daripada satu syarikat MLM, tentunya anda akan susah untuk mendedikasikan masa dan tenaga anda untuk mencapai kejayaan.

Masa dan tenaga anda yang terhad terpaksa di bahagikan kepada beberapa rangkaian anda.

Aktiviti anda yang tidak bertumpu berkemungkinan besar akan mengakibatkan anda gagal di kesemua bisnes anda.

3) Anda mungkin kehilangan prospek kerana memberi penunjuk yang tidak konsisten

Jika anda berjumpa dengan seorang prospek yang berminat dengan bisnes MLM dan anda mengesyorkan bisnes yang lain, anda bermungkinan akan kehilangan prospek tersebut.

Tahu tak mengapa?

Jika anda membina lebih daripada satu bisnes MLM, tentunya anda akan mempunyai satu syarikat kegemaran anda.

Walaubagaimanapun, syarikat MLM kegemaran anda mungkin tidak di gemari oleh prospek anda.

Oleh itu, anda telah memberi penunjuk ataupun signal yang tidak konsisten.

Justeru, anda kemungkinan akan kehilangan prospek tersebut sama sekali.

4) Downline anda akan membuat yang sama

Pembinaan bisnes MLM adalah dengan pembelajaran cara duplikasi.

Jika anda membina beberapa bisnes MLM pada masa yang sama, tentunya downline anda akan duplikasi anda.

Downline anda juga akan cuba untuk membina beberapa bisnes MLM pada masa yang sama.

Sebagai seorang Upline, anda tentunya mencari rakan bisnes yang bermotivasi dan fokus dalam bisnesnya.

Jika mereka tidak fokus and berkecimpung dalam beberapa peluang perniagaan MLM di Malaysia, anda tidak boleh menyalahkan mereka kerana downline anda tentunya akan mengikuti apa yang di lakukan oleh upline mereka.

Jika anda fokus dan setia kepada hanya satu syarikat MLM, tentunya downline anda akan membuat demikan dan setia kepada hanya satu syarikat.

5) Penampilan anda seakan-akan tidak setia oleh Upline anda

Sebab yang terakhir mengapa anda tidak seharusnya membina lebih daripada satu bisnes MLM adalah supaya anda tidak kelihatan “tidak setia” oleh Upline anda.

Seperti sebab yang ke empat, anda mahu downline yang setia.

Upline anda juga ingin membantu downline yang setia.

Untuk menunjukkan kepada upline anda bahawa anda setia kepada rangkai mereka, anda perlu fokus masa dan tenaga anda dengan membina hanya satu bisnes MLM.

Kesimpulan

Membina lebih daripada satu bisnes MLM adalah idea yang kurang bijak.

Ianya bukan hanya membahagikan masa dan tenaga anda, ianya juga akan menjejaskan kepercayaan di antara Upline dan Downline di dalam rangkaian.

Kalau anda sedang berfikir samada anda boleh membina rangkaian dengan syarikat MLM yang lain, di harapkan penjelasan saya di atas telah memberikan jawapan yang jelas kepada anda.

Jika anda berhasrat untuk berjaya di dalam bisnes MLM dengan menggunakan teknik mencari prospek yang berkesan, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan kongsi informasi lebih lanjut.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-09-13T10:04:18+08:00 March 18th, 2021|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment