Prospek Perusahaan MLM – Pasaran Hangat VS Pasaran Sejuk

Baru-baru ini, saya telah membaca beberapa blog oleh pengusaha-pengusaha bisnes multi level marketing (MLM).

Saya juga telah meneliti komen-komen yang di tulis oleh para pembaca.

Soalan-solan yang kerap di tanya adalah seperti:

Bagaimana nak berjaya dalam Amway?

Macam mana nak berjaya dalam Mary Kay?

Macam mana nak berjaya dalam bisnes Shaklee?

Saya tahu daripada pengalaman saya membina bisnes MLM sejak 2018, cara untuk berjaya dalam perniagaan model MLM adalah dengan meningkatkan kemahiran dari segi aktiviti mencari prospek.

Prospek untuk MLM

Apa itu prospek dalam perniagaan MLM?

Prospek adalah orang-orang yang anda rasa mungkin berminat berkecimpung dalam perniagaan multi level marketing (MLM) tetapi anda belum lagi menghubungi mereka.

Cara mencari prospek atau mendapatkan prospek adalah satu aktiviti yang sangat penting jika anda sedang membina perusahaan bisnes MLM seperti Amway, Mary Kay, Shaklee, Herbalife dan sebagainya.

Oleh itu, di artikal ini saya akan berkongsi tips-tips untuk membantu aktiviti prospek anda.

Memprospek ataupun sponsoring adalah salah satu aktiviti yang anda perlu buat setiap hari jika anda membina bisnes MLM.

Ini adalah sebab utama mengapa ketua-ketua / leaders di dalam rangkai syarikat MLM dapat menjana pendapatan yang tinggi.

Mereka telah membina skil ataupun kemahiran membuat prospecting.

Cara memprospek yang berkesan

Terdapat banyak profesional-professional MLM yang telah lama membina bisnes mereka dengan menggunakan “teknik tradisional” yang telah terbukti berkesan untuk mencari prospek.

Cara yang mereka gunakan ialah dengan menghubungi orang-orang di pasaran hangat mereka.

Bahasa Inggeris di kenali sebagai “warm market”.

Professional yang berjaya di bisnes MLM mencari prospek dengan menghubungi orang yang mereka kenali dulu seperti saudara mara, sahabat yang rapat, kawan-kawan yang di kenali dan juga rakan-rakan sepejabat.

Cara mereka adalah dengan menghubungi orang-orang di pasaran hangat mereka melalui panggilan telefon, mesej WhatsApp dan mesej di Facebook Messenger.

Mereka akan menjemput orang-orang di pasaran hangat untuk menghadiri perjumpaan di rumah mereka ataupun hadir ke acara yang di anjurkan oleh syarikat MLM yang mereka sedang usahakan.

Terdapat juga sekumpul pengusaha-pengusaha bisnes MLM yang di kenali sebagai pemasar rangkaian internet.

Teknik mencari prospek mereka berbeza dengan orang-orang yang memprospek dengan teknik tradisional.

Orang-orang yang membina rangkai mereka dengan menggunakan kuasa internet mencari prospek-prospek mereka dengan membuat pengiklanan di Google dan juga laman-laman sosial seperti Facebook dan Instagram.

Selain menggunakan pengiklanan online, mereka juga kerap berkunjung ke forum-forum untuk mencari prospek.

Teknik mereka adalah dengan menghubungi orang-orang di pasaran sejuk ataupun cold market.

Teknik manakah yang lebih berkesan untuk perusahaan MLM?

Patutkah anda menghubungi orang-orang di pasaran hangat ataupun pasaran sejuk?

Teknik-teknik mencari prospek memang berbeza.

Ada orang yang kerap menggunakan teknik memprospek tradisional tidak gemar teknik memprospek dengan menggunakan internet.

Mereka tetap fokus dengan teknik tradisional sahaja.

Ada juga orang yang membina rangkai hanya dengan menggunakan internet dan mereka tidak akan mencuba teknik tradisional.

Oleh itu, kadangkala kedua-dua kumpulan ada berlakunya pertengkaran.

Orang yang menggunakan teknik tradisional menegas bahawa teknik mereka senang di duplikasi oleh downline.

Oleh itu, siapa-siapa pun boleh melaksanakan.

Pernahkan anda mendengar hujah di atas daripada upline anda? 🙂

Di sebaliknya, mereka yang hanya menggunakan internet untuk mencari prospek mengatakan teknik tradisional amat susah untuk mereka yang tiada banyak kawan.

Lagipun, orang-orang daripada pasaran hangat mereka bukanlah golongan yang berhasrat untuk membuat perniagaan mereka sendiri.

Lebih-lebih lagi, setelah mereka telah menghubungi semua orang daripada pasaran hangat, mereka tiada lagi prospek untuk di sponsor.

Berdasarkan mereka, teknik mencari prospek dengan menggunakan kuasa internet tidak mempunyai masalah sedemikian.

Aktiviti prospek mereka adalah mencari orang yang berminat untuk membuat bisnes dari rumah ataupun home based business.

Peluang perniagaan MLM adalah satu pilihan yang sesuai untuk mereka.

Strategi prospek yang manakah paling baik?

Jawapannya adalah…kedua-duanya!

Cara mencari prospek online ataupun offline boleh di gunakan.

Tidak perlu berdebat.

Banyak pengusaha-pengusaha MLM yang berjaya mencari prospek dengan menggunakan teknik tradisional.

Kalau anda yakin anda boleh melaksanakan teknik tersebut, teruskan. Jangan berhenti!

Kalau anda mempunyai skil atau kemahiran untuk mencari prospek dengan menggunakan kaedah internet, teruskan activiti anda dan jangan berhenti.

Tidak kira sama ada anda adalah seorang agen untuk Amway, Mary Kay, Shaklee ataupun Herbalife, yang penting adalah terus melakukan aktiviti positif yang boleh menolong mengembangkan bisnes MLM anda.

Jika anda berhasrat untuk berjaya di dalam bisnes MLM dengan menggunakan teknik mencari prospek yang berkesan, sila klik link di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan kongsi informasi lebih lanjut.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-03-25T10:42:09+08:00 March 20th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment