Terima kasih kerana malayari Mommy Lynn Blog. Nama saya Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.
Di atas adalah gambar saya dengan suami saya ketika kami berkunjung ke Hong Kong.
Pakej perlancongan kami ke Hong Kong di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang kami telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bagaimana kami dapat bertemu dengan BE?
Inilah cerita saya…
Saya adalah seorang ibu kepada 2 orang anak perempuan.
Sebelum saya berkahwin, saya pernah bekerja di sebuah kilang membuat peralatan tulisan di Kuala Lumpur.
Dulu saya adalah seorang pembantu peribadi kepada pengarah syarikat dan bertanggungjawab di bahagian sumber manusia ataupun Human Resource (HR).
Semenjak tahun 2011, saya telah pun berhenti kerja untuk berkahwin dengan suami saya.
Ketika itu, perkerjaan suami saya merupakan sumber pendapatan keluarga kami yang tunggal.
Apabila 2 anak kami di lahirkan, keluarga saya mengalami masalah kewangan.
Saya pernah cuba mencari perkerjaan tetapi gagal kerana banyak majikan tidak menerima aplikasi saya kerana saya mempuyai jurang 6 tahun tidak berkerja untuk menjadi seorang suri rumah.
Pada bulan Disember tahun 2017, saya di perkenalkan pada peluangan perniagaan BE International.
Perniagaan BE International menggunakan konsep network marketing ataupun pemasaran secara rangkaian.
Gambar di atas adalah saya sedang menjelaskan peluang perniagaan dan pelan pemasaran BE International di Zoom.
Dalam masa 3 tahun membina rangkaian kami, saya telah mencapai satu ranking yang agak tinggi di dalam bisnes saya.
Melalui bisnes pemasaran rangkaian BE International, saya berjaya mencapai salah satu impian saya iaitu membeli sebuah rumah mewah idaman untuk keluarga saya.
Jika anda bercadang untuk membina bisnes permasaran rangkaian, ia adalah amat penting anda bekerjasama dengan sebuah syarikat jualan langsung yang betul.
Di artikal ini, saya akan berkongsi 6 sebab mengapa peluang perniagaan BE International ada satu peluang keemasan yang anda tidak harus ketinggalan.
Keenam sebab tersebut adalah berdasarkan pengalaman saya membina rangkai di Malaysia dan juga di luar negara.
1) Pengasas syarikat
Sebab pertama mengapa BE International adalah satu peluang perniagaan yang hebat adalah kerana pengasas-pengasasnya.
3 orang pengasas syarikat BE International adalah:
- Ir. Lee Suet Sen – seorang jurutera professional yang bertauliah
- Ho Huey Chuin – salah seorang jutawan yang paling muda daripada syarikat jualan langsung dahulunya
- Karen Leong – mempunyai lebih 40 tahun di dalam industri MLM. Karen juga berjaya melahirkan lebih 21 orang jutawan di industri MLM.
Ketiga-tiga orang pengasas syarikat BE International adalah sangat berpengalaman dalam industri jualan langsung dan multi-level marketing (MLM)?
Mereka bukan sahaja pengasas, bahkan mereka adalah CEO dan pengarah eksekutif syarikat.
Oleh itu, pengasas-pengasas BE International adalah aktif ataupun hands on di dalam aktiviti-aktiviti perkembangan perniagaan dan rangkaian syarikat.
Jika sesebuah syarikat jualan langsung adalah salah satu bisnes yang di miliki oleh pengasasnya, ini adalah satu petunjuk sangat penting.
Anda seharusnya mengelakkan diri daripada bekerjasama dengan syarikat tersebut.
Jika pengasas syarikat cuma melaburkan wang untuk menubuhkan syarikat jualan langsungnya, dan jika dia tidak berpengalaman dan tidak pernah membina rangkaian agen-agen di industri MLM, jangan bekerjasama dengan syarikat tersebut.
Ini kerana jika syarikat jualan langsung tersebut mengalami masalah kewangan ataupun apabila pengasas syarikat rasa keuntungan bulanan tidak setinggi yang di jangkakan, beliau akan mula memotong kos perbelanjaan syarikat.
Apabila sesebuah syarikat giat memotong kos, lambat laun ianya akan menjejaskan qualiti produk dan perkhidmatan justeru komisen dan bonus anda juga akan terjejas.
BE International adalah berbeza kerana pengasas-pengasas syarikat adalah berpengalaman di dalam industri MLM and bergiat aktif di dalam pengurusan syarikat.
2) Produk yang canggih
Kriteria kedua adalah produk-produk canggih daripada syarikat BE International.
Kebanyakan syarikat jualan langsung akan mempunyai beberapa produk untuk di jual daripada katalognya.
Jika anda ingin membina bisnes pemasaran rangkaian yang berjaya, anda cuma perlu 1 product induk.
Produk tersebut seharusnya mempunyai keunikannya ataupun Unique Selling Proposition (USP).
Apabila anda sedang membuat analisi produk dan pasarannya, seharusnya produk tersebut adalah produk lautan biru ataupun blue ocean product.
Produk lautan biru adalah konsep daripada buku Blue Ocean Strategy yang di tulis oleh W. Chan Kim dan Renee Mauborgne.
Konsep produk lautan biru adalah bila sesebuah syarikat telah menwujudkan satu pasaran ataupun kategori yang baru untuk produk tersebut di mana pesaing lain tidak wujud.
Apabila produk tersebut mempunyai permintaan yang tinggi dan tiada saingan daripada syarikat lain, ia membolehkan anda membina bisnes pemasaran rangkaian anda dengan lebih cepat dan mudah.
Produk lautan biru daripada BE International adalah Aulora Pants dengan Kodenshi yang di import daripada negara Jepun.
Gambar di atas adalah saya memakai Aulora Pants.
Jenama Aulora Pants kini adalah produk numbor satu di Malaysia dalam kategori produk pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh ataupun far infrared ray (FIR).
3) Pelan pemasaran yang adil dan lancar
Sebab ketiga mengapa anda tidak seharusnya melepaskan peluang perniagaan BE International adalah pelan pemasarannya yang adil dan lancar.
Daripada pengalaman saya, pelan pemasaran BE International adalah terbaik.
Ini kerana pelan pemasaran BE International membolehkan anda membuat menajaan (sponsoring) dengan lancar untuk ahli-ahli ataupun downline daripada seluruh dunia.
Sebagai contoh, saya dan suami saya adalah di ranking Crown-CCA dengan BE International di Malaysia.
Apabila saya membina rangkaian saya di Singapura, Brunei, Hong Kong ataupun di Indonesia, ranking saya tetap kekal sebagai Crown-CCA di negara-negara tersebut.
Pelan pemasaran syarikat juga adalah adil. Ahli yang bertungkus-lumus membina rangkaian akan menerima ganjaran yang sewajarnya.
Pelan pemasaran BE International juga tidak mempunyai penurunan pangkat ataupun no drop in ranking.
Jika anda telah mencapai sesuatu pangkat di dalam bisnes anda, pelan pemasaran BE International tidak mempunyai penurunan pangkat jika anda tidak mempunyai hasil jualan pada bulan tersebut.
Polisi ini adalah untuk mencegah agen-agen daripada membeli stok yang tidak di perlukan demi untuk mengekalkan pangkat mereka.
Ini adalah kelebihan pelan One World, One Account BE International.
4) Sistem pembelajaran untuk duplikasi
Sebab keempat adalah sistem pembelajaran yang mudah untuk duplikasi daripada BE International.
Kebanyakan orang yang membuat bisnes jualan langsung tidak mempunyai pengetahuaan ataupun pengalaman dalam bisnes pemasaran rangkaian.
Contoh yang paling baik adalah diri saya sendiri.
Bila saya mula bisnes MLM, saya langsung tiada pengalaman ataupun pengetahuan bagaimana untuk membinanya.
Saya memerlukan banyak latihan dan pembelajaran.
Nasib baik BE International ada menyediakan sistem pembelajaran untuk ahli-ahlinya.
Sistem pembelajaran melingkungi topik pengetahuan produk, teknik jualan dan juga topik kepimpinan (leadership).
Kelas-kelas latihan di adakan di atas talian (online) dan juga di luar talian (offline).
Kelas-kelas latihan di adakan dalam Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Indonesia, Mandarin dan juga Cantonese.
Sistem pembelajaran BE International adalah senang untuk di duplikasi untuk melatih ahli-ahli yang baru di dalam rangkaian anda.
5) Budaya syarikat
Sebab yang ke lima adalah budaya syarikat BE International dan juga ahli-ahlinya.
Adalah agak sukar untuk menjelaskan budaya BE, anda mesti mengalaminya dengan menghadiri acara-acara online dan juga rombongan-rombongan ke luar negara yang di anjurkan oleh syarikat.
Budaya BE International boleh di katakan sebagai KEKELUARGAAN.
Ahli-ahli BE adalah seandai satu keluarga yang besar.
Malangnya, oleh kerana situasi pandemik sekarang, anda tidak berpeluang untuk menghadiri acara-acara yang langsung.
Walau bagaimanapun, saya akan berkongsi gambar-gambar yang di ambil ketika saya menghadiri rombong BE International ke luar negara.
Gambar di atas adalah rombongan ke Hokkaido, Jepun.
Gambar di atas adalah rombongan ke Dubai, United Arab Emirates.
Gambar di atas adalah dengan pengasas-pengasas BE International di padang pasir di Dubai.
Di atas adalah gambar saya dengan salah seorang pengasas syarikat, Ir Lee Suet Sen.
Gambar di atas adalah saya dengan rakan-rakan BE International.
6) Penggunaan teknologi inovatif
Sebab yang terakhir mengapa peluang perniagaan BE International hebat adalah penggunaan teknologi yang inovatif.
Sejak hari pertama syarikat BE International di tubuhkan, pengasas-pengasasnya telah membuat pelaburan yang tinggi ke atas sistem komputernya.
Oleh itu, BE International telah menghasil laman web dan aplikasi telefon pintar canggih yang di panggil BE4U.
BE International juga adalah syarikat MLM pertama di dunia yang menggunakan proses kenali pelanggan secara electronik atau Electronic Know Your Customer (eKYC) untuk pendaftaran ahli baru.
eKYC adalah proses canggih yang di gunakan oleh syarikat-syarikat di dalam industri perbankan, pelaburan, institusi kewangan, fintech, syarikat e-wallet dan sebagainya.
BE International telah melaksanakan proses eKYC pada laman ahli dan aplikasi telefon pintarnya untuk memastikan sistem operasi syarikat tidak ketinggalan zaman.
Aplikasi BE4U adalah amat berguna dan boleh di gunakan untuk proses-proses berikut:
- Pendaftaran ahli baru
- Membuat order pembelian
- Pembayaran dengan kad kredit and perbankan online
- Sistem E-wallet
- Laporan bonus dan komisen
- Sistem penjejakan order
- Sistem voucher produk
- Sistem layanan pelanggan
- Analisis rangkaian
- Pembelian merentasi sempadan
- Sistem laporan notifikasi
- Dan banyak lagi
Gambar di atas menunjukkan aplikasi BE4U yang boleh di muat turun secara percuma dari Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore.
Kesimpulan
Di atas adalah 6 sebab mengapa perniagaan BE International adalah satu peluang keemasan.
Keenam-enam sebab di atas adalah berdasarkan pengalaman saya dan suami saya membina rangkai kita dengan BE International sejak bulan Mac 2018.
Jika anda berhasrat untuk membuat perniagaan pemasaran rangkaian, syarikat jualan langsung yang anda ingin bekerjasama harus mempunyai kesemua 6 kriteria di atas.
Daripada pengalaman saya, jika sesebuah syarikat jualan langsung tidak mempunyai kriteria-kriteria di atas, kejayaan yang anda mencapai di bisnes pemasaran rangkaian anda adalah sementara sahaja.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan artikal ini dapat memberikan inspirasi kepada anda.
Jika anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.
Leave A Comment