3 Sebab Tidak Dapat Merekrut Agen Penjualan MLM

Terima kasih kerana melayari blog Mommy Lynn. Nama saya Will dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Osaka Castle


Di atas adalah gambar saya dan isteri saya yang di ambil ketika melawat Istana Osaka di Osaka, Jepun.

Kami telah berkecimpung dalam bisnes network marketing atau pemasaran rangkaian.

Kami membina bisnes kami dan bekerjasama dengan sebuah syarikat MLM dari Malaysia sejak bulan Mac 2018.

Untuk orang ramai, perniagaan network marketing nampak amat berbeza berbanding dengan bisnes yang biasa.

Salah satu nadi kejayaan dalam bisnes MLM adalah merekrut ataupun sponsor agen ke dalam rangkaian penjualan.

Jika anda tidak dapat merekrut, bisnes anda tidak akan berjaya.

Terdapat banyak cara untuk sponsor orang ke dalam rangkaian anda.

Ada orang yang menggunakan teknik yang betul, dan tentu sekali ada orang yang menggunakan teknik yang salah.

Di artikal ini, saya ingin berkongsi 3 sebab mengapa kebanyakan pengusaha-pengusaha bisnes MLM gagal sponsor orang baru ke dalam rangkaian mereka.

1) Dengan cara yang tidak baik.

Terlebih dahalu, cara merekrut yang tidak baik tidak semestinya tidak effektif.

Cara ini juga effektif, tetapi kebanyak orang tidak suka menggunakan teknik ini.

Oleh itu, cara ini tidak akan di duplikasi.

Contoh teknik yang tidak baik adalah dengan “asyik bercakap tanpa berhenti”.

Daripada pengalaman saya, teknik asyik bercakap tanpa berhenti biasanya di gunakan oleh orang baru yang tiada pengalaman menjual atau sales.

Mereka cuba menggunakan teknik seorang “juru jual”.

Terdapat banyak juru jual professional yang membuat bisnes MLM.

Walaupun juru jual mempunyai latihan dan pengalaman dalam penjualan, apabila mereka masuk ke bisnes MLM, mereka harus di latih semula.

Teknik mereka tidak berkesan dalam bisnes rangkaian.

Jika seseorang tidak ada pengalaman menjual, hakikatnya adalah ia lebih mudah untuk melatih mereka dengan menggunakan teknik yang betul.

Kebanyakan juru jual professional berjaya oleh kerana usaha mereka sendiri.

Mereka lebih gemar bekerja seorang diri dan mereka gemar bercakap tentang produk mereka.

Tetapi, bisnes rangkai harus di bina dengan kaedah kumpulan ataupun teamwork.

Walaupun seseorang tidak boleh bercakap macam seorang juru jual, dia masih boleh berjaya dalam MLM sekiranya dia sanggup belajar.

Mereka hanya perlu belajar bagaimana berkongsi cerita mereka menggunakan produk syarikat kepada orang lain.

Mereka juga perlu belajar cara yang betul untuk menjemput kawan-kawan mereka untuk datang ke pertemuan syarikat.

2) Membuat keputusan dahulu dan buat kajian kemudian.

Ini adalah satu situasi yang kerap berlaku.

Seseorang membuat keputusan untuk sertai sebuah syarikat MLM, dan justeru baru mendapatkan informasi dan kaji sendiri untuk memastikan mereka membuat keputusan yang betul.

Biasanya, mereka akan membuat research sendiri dengan membuat pencarian di Google.

Mereka juga akan mendapatkan pendapat daripada saudara mara dan kawan-kawan mereka.

Mereka semata-mata nak mendapatkan kepastisan bahawa keputusan mereka adalah betul.

Situasi ini akan mengakibatkan beberapa masalah seperti:

a) Adakah anda akan sertai seseorang dalam satu peluang perniagaan jika dia tidak pasti samada peluang perniagaan itu adalah terbaik?

b) Adakah anda akan meluangkan masa dan tenaga untuk mengikut seseorang yang tiada kepastian?

Kebanyakan orang tidak dapat merekrut kerana mereka tiada keyakinan pada syarikat dan diri sendiri.

3) Sikap prasangka.

Kebanyakan orang tidak dapat merekrut juga di sebabkan oleh sikap prasangka atau pre-judge.

Mereka menganggap kawan-kawan atau saudara-mara mereka langsung tidak berminat dengan peluang perniagaan MLM.

Oleh itu, mereka tidak akan menjemput dan berkongsi peluang perniagaan dengan orang lain.

Tanpa berkongsi peluang perniagaan, mereka tidak akan dapat merekrut orang baru ke dalam rangkaian.

Sampai di sini sahaja perkongsian saya mengapa kebanyakan orang gagal merekrut agen penjualan baru ke dalam bisnes MLM.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini dan di harapkan ianya dapat membantu.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2023-01-13T18:04:54+08:00 January 13th, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment