Harga NexBio Malaysia – Harga Ahli & Harga Bukan Ahli

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Mommy Lynn at Tokyo, Japan

Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri saya.

Nama saya ialah Mommy Lynn dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Di atas adalah gambar saya ketika mengunjungi Meiji Shrine di Tokyo, Jepun.

Saya adalah seorang suri rumah tangga dengan 2 orang anak.

Saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan December 2017.

Kini kami adalah Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE.

Salah satu produk popular daripada BE International adalah makanan berfungsi yang di kenali sebagai Belixz NexBio.

Di artikal ini, saya akan berkongsi cara untuk membeli produk NexBio yang tulen secara online.

Belixz NewBio box

Berapakah harga jualan NexBio yang di jual oleh syarikat BE International di Malaysia?

Berapa harga runcit (bukan ahli) dan harga ahli untuk NexBio?

Saya kerap di tanya soalan-soalan di atas oleh pembaca-pembaca blog saya.

Terlebih dahulu, kalau anda ingin mengetahui harga bukan ahli NexBio di Malaysia, anda boleh kunjungi laman syarikat BE International yang memperkenalkan produk NexBio.

Di bahagian bawah, saya akan berkongsi 3 langkah bagaimana anda boleh memastikan NexBio yang anda beli adalah produk original.

Pemilik jenama

Untuk pengetahuan anda, pemilik eksklusif jenama produk Belixz N’exBio ialah syarikat BE International

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang berdaftar yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

BE International juga mempunyai pejabat jualan dan saluran pengagihan produknya di negara lain seperti Singapura, Hong Kong, Indonesia dan Brunei.

Selain Head Office syarikat di Kuala Lumpur, BE juga mempunyai pejabat urusan di seluruh Malaysia seperti:

  • Georgetown, Pulau Pinang
  • Bandar Menjalara Kepong, Kuala Lumpur
  • Kuala Kubu Bharu, Selangor
  • Ipoh, Perak
  • Johor Bahru, Johor
  • Kota Kinabalu, Sabah

Syarikat BE International mempunyai pelbagai produk untuk pasaran kesihatan dan kesejahteraan badan seperti:

  • Aulora Series dengan Kodenshi adalah koleksi pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar infra merah jauh atau far infrared ray (FIR) seperti Aulora Pants, Aulora Socks, Aulora Panties, Aulora Boxer, Aulora Basic Top, Aulora Scarf, Aulora Arm Sleeves dan Aulora Seamless Bra
  • Makanan berfungsi Belixz seperti I-Vxion, Livcore, Befil, Shiruto, SlendMeal PRO, SlendGlow, Zencoso, N’exBio, Spirulina dan Maqnifiq
  • Beyul Skin Care Series daripada Korea Selatan
  • Beyang Barangan Konsumer Yang Bergerak Cepat atau Fast Moving Consumer Good (FMCG)

Makanan berfungsi

Salah satu kategori produk yang popular daripada BE adalah produk-produk makanan berfungsi Belixz.

Apa itu makanan berfungsi?

Mengikut laman Utusan Borneo Online:

“Makanan berfungsi merupakan satu sumber makanan, yang mempunyai penambahan daripada segi komposisi zat dan gizi, lebih daripada kandungan biasa dan mampu memberi impak positif kepada satu atau lebih sistem badan, seterusnya meningkatkan kesihatan individu.

Adalah penting untuk ditekankan bahawa, makanan berfungsi adalah sejenis makanan, tidak tergolong dalam kategori dadah atau ubatan.”

Salah satu produk popular daripada kategori Belixz adalah NexBio.

Apakah kelebihan NexBio sebagai sejenis makanan berfungsi?

Apakah manfaat apabila kita mengambil NexBio?

Manfaat utama NexBio adalah menolong menjaga kesihatan usus dengan menggunakan probiotik.

Apa itu probiotik?

Mengikut info daripada laman hellodoktor.com:

“Probiotik adalah sejenis mikroorganisma hidup yang hidup secara semula jadi dalam tubuh manusia.

Ia telah terbukti memberikan pelbagai manfaat kesihatan kepada tubuh badan manusia jika diambil dalam jumlah yang mencukupi.

Ia berperanan melawan jangkitan dan membantu meningkatkan fungsi tubuh lain.

Probiotik adalah sebahagian daripada mikrobiom, iaitu ‘komuniti’ organisma dalam badan yang memastikan tubuh kita sentiasa berada dalam keadaan baik.”

Apa itu mikrobiom?

Berdasarkan info daripada Harian Metro:

“Usus dan otak mempunyai fungsi penting bukan sahaja dalam menguruskan emosi serta tekanan, tetapi juga membantu penghadaman.

Setiap orang mempunyai mikrobiom atau komposisi usus yang unik disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria, kulat dan virus hidup di dalam saluran gastrousus (GI).

Walaupun mikrobiom usus ini berbeza bergantung kepada diet, gaya hidup serta faktor lain, tetapi ia dapat mempengaruhi pelbagai aspek kesihatan seseorang seperti selera makan, berat badan serta emosi.”

Untuk memperolehi mikrobiom yang sihat dan seimbang, produk NexBio daripada BE International memberikan prebiotik, probiotik dan postbiotik yang terbukti secara klinikal dalam satu sachet.

Apakah yang boleh menyebabkan usus kita menjadi tidak sihat?

Berdasarkan info yang tertera di dalam produk katalog Belixz NexBio yang di sediakan oleh BE, beberapa faktor yang boleh mengakibatkan usus kita tidak sihat adalah:

  • Diet yang tidak sihat
  • Kurang bersenam
  • Kurang tidur
  • Stres
  • Pengambilan antibiotik
  • Merokok dan mengambil alkohol
  • Toksin persekitaran

Kalau anda berminat untuk mendapatkan produk katalog Belixz NexBio, anda boleh mesej saya di WhatsApp dan saya akan berkongsi file PDF katalog tersebut.

Untuk mendapatkan mikrobiom usus yang sihat, adalah penting untuk mengambil prebiotik, probiotik dan postbiotik dalam pemakanan harian kita.

Di sinilah produk NexBio dapat membantu!

Sila tonton video di bawah yang memperkenalkan produk Belixz NexBio.

Oleh kerana produk NexBio adalah amat popular di pasaran tempatan, terdapat banyak orang menjualnya di atas talian.

Bagaimana anda dapat memastikan NexBio yang di jual online adalah produk yang tulen?

Di bahagian selanjutnya, saya akan berkongsi 3 langkah untuk menjamin NexBio yang anda beli adalah produk yang original dan di jamin tulen.

1) Mendaftar sebagai ahli BE International

Langkah yang pertama adalah amat mudah.

Anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli BE International.

Pendaftaran ahli boleh di buat atas talian tapi anda perlu mencari seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggungjawab penaja anda adalah memberi customer service untuk anda.

Jika anda mempunyai soalan mengenai penggunaan produk NexBio, anda boleh bertanya kepada penaja anda.

Kalau anda mempunyai apa-apa soalan mengenai produk lain daripada BE International, anda juga boleh bertanya kepada penaja anda.

Yuran pendaftaran ahli adalah RM60.00 dan keahlian adalah sah untuk satu tahun.

Untuk mengetahui manfaat-manfaat menjadi ahli, sila baca artikal di bawah.

[7 Manfaat & Kebaikan Menjadi Ahli BE International]

2) Muat turun aplikasi BE4U

Setelah anda mendaftar sebagai ahli BE International, anda akan menerima nombor keahlian anda.

Langkah seterusnya, anda boleh muat turun aplikasi rasmi BE International yang di panggil BE4U.

Aplikasi BE4U boleh di muat turun dari Google Playstore, Huawei AppGallery dan Apple Appstore secara percuma.

Anda hanya perlu masukkan nombor keahlian anda dan kata laluan (password) anda untuk memasuki app BE4U.

BE4U application

Gambar di atas menunjukkan aplikasi BE4U yang boleh di muat turun secara percuma.

3) Buat pembelian dalam aplikasi BE4U

Langkah ketiga adalah membuat pembelian NexBio dengan menggunakan aplikasi BE4U.

Harga ahli untuk sekotak NexBio di dalam Ringgit Malaysia (RM) akan tertera di dalam aplikasi BE4U.

Anda juga boleh nampak promosi untuk pakej pembelian beberapa kotak NexBio dengan hadiah percuma.

Setelah anda membuat pembelian, anda akan menerima invois pembelian rasmi daripada BE International.

Jika jumlah pembelian anda melebihi RM300.00, kos penghantaran ke seluruh Malaysia adalah percuma.

Belixz NexBio sachet

Gambar di atas adalah sachet Belixz NexBio yang tulen.

Notis syarikat

Di bahagian ini, izinkan saya jelaskan mengapa banyak orang tidak mahu mendaftar sebagai ahli BE International untuk membeli produk NexBio.

Salah satu sebabnya ialah kerana terdapat banyak produk Belixz NexBio yang di senaraikan di laman online platform pihak ketiga.

Banyak kali pembaca blog saya bertanya, “Mengapa produk NexBio begitu murah di Shopee dan Lazada?”

Jika mereka boleh beli NexBio dengan harga yang lebih murah di laman tersebut, tentunya lebih mudah dan mereka juga dapat menjimat wang.

Memang betul pemikiran mereka.

Kalau saya jumpa produk yang saya ingin beli di Shopee atau Lazada dengan harga yang lebih murah, saya pun juga akan beli di sana.

Tidak perlulah bersusah payah untuk mendaftar sebagai ahli BE semata-mata untuk membeli produk.

Di bahagian atas, saya telah berkongsi pautan ke satu artikal yang menjelaskan 7 manfaat dan kebaikan menjadi ahli BE International.

Manfaat utama menjadi ahli BE adalah jamin produk-produk yang anda beli daripada syarikat adalah 100% tulen dan original.

Mengapa jaminan ini penting?

Saya akan memberikan penjelasan.

Tahu tak mengapa produk Belixz NexBio begitu murah di laman platform pihak ketiga?

Ini adalah kerana mereka menjual produk NexBio tiruan!

Mengapa ada penjual yang sanggup menjual produk NexBio tiruan di laman tersebut?

Sudah tentunya untuk mendapatkan keuntungan yang cepat.

Oleh kerana terdapat permintaan untuk produk NexBio yang tinggi di pasaran, tentunya ada scammer yang ingin menjana duit dengan cepat dan senang.

Siapakah yang akan rugi?

Tentunya para pembeli yang tertipu dengan harga jualan yang murah.

Isu produk palsu atau tiruan di laman-laman platform pihak ketiga bukan satu isu yang baru.

Sudah bertahun-tahun isu ini telah wujud.

Tetapi kebelakangan ini, lebih banyak produk-produk makanan berfungsi BE tiruan di senaraikan di laman-laman tersebut.

Syarikat BE sedar masalah ini berlaku dan telahpun membuat laporan polis dan membuat aduan kepada pemilik platform-platform pihak ketiga.

Walaupun tindakan telah di ambil dengan menurunkan senarai produk-produk BE tiruan, tetapi masih ada scammer baru yang muat naik listing produk tiruan yang baru.

Apa yang syarikat BE telah lakukan ialah mengeluarkan satu notis yang memberi amaran kepada orang ramai supaya jangan membeli produk tiruan BE di platform pihak ketiga.

Anda boleh membaca notis tersebut di bawah.

Notis BE

Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk-produk BE yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak di benarkan.

BE memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.

Yang paling buruk, produk tiruan tersebut akan membawa risiko kepada kesihatan para pengguna.

Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan produk tulen dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.

Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.

Apakah langkah lain yang di ambil syarikat BE untuk melindungi para pengguna?

Untuk melindungi para pengguna daripada produk-produk tiruan, syarikat BE telah menyertai HKRMA.

Kerjasama HKRMA

Semenjak tahun 2023, BE International telah menyertai Persatuan Pengurusan Runcit Hong Kong (HKRMA) dan berkongsi visinya.

HKRMA adalah sebuah organisasi yang terkemuka yang komited untuk meningkatkan standard pengurusan perniagaan dan menggalakkan pertumbuhan perniagaan.

Visi HKRMA adalah meningkatkan pengalaman pelanggan dan kecemerlangan industri serta mempertahankan kecemerlangan sejati melalui kerjasama Skim No Fake Pledge.

BE International dan HKRMA

Salah satu tujuan Skim No Fake Pledge adalah untuk meningkatkan kepuasan peniaga dalam urusan produk yang tulen.

Oleh itu, kami sebagai Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE International akan meningkatkan kesedaran prospek dan pelanggan kami tentang perlindungan harta intelek.

NexBio di farmasi?

Bolehkah anda membeli produk Belixz NexBio daripada kedai-kedai farmasi seperti:

  • Watson
  • Guardian
  • Caring Pharmacy
  • Multicare Pharmacy
  • Health Lane Family Pharmacy
  • Vitacare
  • Alpro Pharmacy
  • AA Pharmacy
  • Big Pharmacy
  • Tigas Alliance

Seorang pembaca blog saya pernah bertanya, “Berapakah harga NexBio di Watson?”

Untuk pengetahuan, produk NexBio tiada di jual di kedai-kedai farmasi yang di senaraikan di atas.

Seperti yang saya telah jelaskan di atas, pemilik eksklusif jenama Belixz NexBio ialah syarikat BE International.

Produk NexBio hanya boleh di beli terus daripada syarikat BE.

Oleh itu, anda perlu mendaftar sebagai ahli BE, order produk NexBio dengan menggunakan app BE4U dan buat bayaran terus kepada syarikat BE.

Syarikat BE akan hantar stok NexBio kepada alamat anda dengan menggunakan servis kurier.

Apabila anda membeli NexBio dengan syarikat BE, stok yang anda terima adalah di jamin 100% produk tulen.

Produk tulen NexBio sudah tentu juga di jamin halal.

Oleh itu, anda tidak perlu pergi ke kedai-kedai farmasi untuk membeli NexBio kerana anda boleh beli terus daripada syarikat BE.

Kesimpulan

Jika anda berminat dengan NexBio dan bercadang untuk membelinya di atas talian, cara yang terbaik untuk memastikan anda menerima produk tulen adalah dengan mengikuti 3 langkah yang tertera di atas.

Syarikat BE International berprihatin terhadap pembeli-pembeli produknya.

Untuk memastikan para pengguna mendapat produk yang tulen, BE International telah mengeluarkan notis kepada orang ramai supaya jangan membeli produk-produknya daripada laman-laman pihak ketiga.

BE juga telah menyertai HKRMA dan komited dengan Skim No Fake Pledge persatuan tersebut.

Anda sebagai seorang pengguna yang bijak, berwaspadalah dengan produk tiruan!

Jangan terpedaya dengan tawaran produk NexBio yang murah di atas talian.

BE International poster

Untuk memastikan anda menerima NexBio yang tulen, ikutilah nasihat yang tertera di dalam poster di atas.

Hanya beli NexBio daripada syarikat BE sahaja untuk kualiti dan ketulenan yang terjamin.

Bermulalah dengan mendaftar sebagai ahli BE International.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2025-06-13T12:59:32+08:00 June 13th, 2025|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment