Herbalife Malaysia Review – Bisnes MLM Unggul

Apakah kelebihan bisnes MLM dengan Herbalife di Malaysia?

Tumbuhan herba

Terlebih dahulu, saya ingin membuat penafian (disclaimer), saya bukan seorang agen ataupun ahli Herbalife.

Walaubagaimana pun, saya pernah membeli dan menggunakan produk-produk Herbalife sebagai seorang pengguna.

Saya dan isteri saya berkecimpung di dalam industri jualan langsung /multi level marketing (MLM) di Malaysia.

Untuk memahami industri MLM di Malaysia dengan lebih teliti, saya kerap membuat bacaan dan analysis mengenai syarikat-syarikat jualan langsung di Malaysia.

Saya menulis artikal ini untuk mencatat hasil bacaan dan pencarian saya di internet mengenai syarikat Herbalife.

Nama Herbalife juga adalah tanda dagangan yang berdaftar ataupun registered trademark.

Kandungan di dalam artikal ini adalah pendapat saya sahaja.

Oleh itu, jangan membuat apa-apa keputusan penting berdasarkan kandungan di dalam artikal ini.

Syarikat Herbalife

Apabila anda membuat analisi syarikat-syarikat MLM di seluruh dunia, anda akan mendapati Herbalife adalah salah sebuah syarikat yang amat besar.

Pada tahun 2020, jumlah hasil jualan syarikat Herbalife di anggarkan sebanyak USD5.54 Billion!

Ini adalah satu jumlah penjualan oleh sebuah syarikat jualan langsung yang sangat besar.

Syarikat Herbalife di tubuhkan oleh Mark Hughes pada tahun 1980.

Dalam jangka masa 40 tahun, syarikat Herbalife telah mengalami pertumbuhan yang amat pesat.

Pada mulanya, Herbalife adalah sebuah syarikat yang di miliki secara persendirian.

Pada tahun 1986, saham Herbalife Nutrition Ltd di senaraikan di NASDAQ.

Kini, saham Herbalife di senarai dan di dagang di New York Stock Exchange (NYSE).

Herbalife juga adalah penaja kepada lebih 15 pasukan sukan antarabangsa termasuklah:

  • Pasukan bola sepak L.A. Galaxy di America Syarikat
  • Pasukan bola sepak wanita Atl├ętico Madrid di Liga Prima Spanyol
  • Pasukan hoki ais HC Plzen di Republik Czech
  • Pasukan bola keranjang Montepaschi Siena di Itali

Pemain bola sepak terkenal di dunia, Cristiano Ronaldo juga di taja oleh Herbalife sejak tahun 2013.

Apabila anda melayari laman Herbalife Malaysia, ia menerangkan syarikat Herbalife Nutrition sebagai:

A global leader in meal replacements, nutritional supplements and skin care products.

Oleh itu, produk-produk unggul daripada Herbalife adalah dari segi:

  • Penggantian makanan (meal replacement)
  • Supplemen
  • Penjagaan dan kesihatan kulit

Daripada bacaan dan analisis saya, Herbalife adalah sebuah syarikat jualan langsung yang sangat hebat.

Tidak banyak syarikat jualan langsung di seluruh dunia yang mampu menjanakan hasil jualan lebih USD 1 Billion setahun!

Di Malaysia, Herbalife adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen untuk menjalankan perniagaan jualan langsung.

Herbalife Products Malaysia Sdn Bhd juga adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

Pengasas syarikat

Saya amat kagum dengan pengasas Herbalife, Mark Hughes.

Beliau adalah seorang ahli perniagaan yang amat luar biasa.

Malangnya, Mark Hughes meninggal dunia di tahun 2000 pada usia yang amat muda iaitu 44 tahun sahaja.

Jika anda tidak kenal Mark Hughes, anda boleh layari YouTube untuk mendengar ceramah-ceramahnya yang sangat berinspirasi.

Produk Herbalife

Syarikat Herbalife menghasilkan banyak produk yang berkuati tinggi untuk pasaran kesihatan badan, supplemen nutrisi dan juga produk untuk mengurangkan berat badan.

Herbalife juga menghasilkan produk-produk seperti shampu, penjagaan kulit dan bahan pencuci untuk kegunaan rumah tangga.

Herbalife adalah paling di kenali dengan produk-produk untuk mengurangkan berat badan atau slimming product.

Produk-produk slimming terdiri daripada serbuk minuman dan juga pil vitamin.

Seperti yang saya telah jelaskan di permulaan artikal ini, saya adalah seorang pengguna produk Herbalife.

Produk yang saya paling gemari adalah:

  • Formula 1 Nutritious Mixed Soy Protein Drink Cappuccino
  • Formula 3 Blended Soy and Whey Protein Powder
  • Tea Mix dengan Hibiscus Honey Ginger
  • Multi-vitamin dan mineral

Daripada pengalaman saya, produk-produk Herbalife berkualiti tinggi dan harganya juga berpatutan.

Untuk mengetahui keberkesanan produk-produk Herbalife, anda boleh membuat kajian anda di internet untuk mencari review-review dan juga pengalaman pengguna-pengguna yang lain.

Produk-produk Herbalife juga mempunyai jaminan untuk pengguna.

Jika anda tidak berpuas hati dengan produk-produk Herbalife, anda boleh membuat permintaan untuk mendapatkan bayaran balik atau refund dalam masa 30 hari selepas anda membuat pembelian.

Oleh itu, anda boleh mencuba produk-produk Herbalife dengan penuh keyakinan.

Peluang perniagaan Herbalife

Apakah cara untuk menjana keuntungan daripada peluang perniagaan Herbalife?

Working Muslim Lady

Strateginya adalah amat ringkas.

Sama seperti semua jenis bisnes MLM, anda bermula dengan menggunakan produk Herbalife pada diri sendiri.

Selepas itu, akan berkongsi manfaat produk-produk Herbalife dengan kawan-kawan dan sanak saudara anda.

Kalau kawan-kawan dan sanak saudara anda berminat untuk mencuba produk yang anda syorkan, mereka akan membeli produk tersebut dengan harga runcit daripada anda.

Anda pula membeli produk Herbalife untuk di jual kepada kawan-kawan dan sanak saudara anda dengan harga ahli.

Perbezaan di antara harga runcit dan harga ahli adalah untung kasar anda.

Ini adalah cara yang paling mudah untuk anda menjana keuntungan daripada peluang perniagaan Herbalife.

Secara am, untung runcit penjualan produk-produk Herbalife adalah di antara 20% – 50% bergantung pada pangkat atau ranking anda.

Seperti bisnes MLM dengan syarikat jualan langsung yang lain di Malaysia, anda adalah di galakkan untuk mendapatkan pelanggan-pelangan untuk perniagaan anda.

Strategi yang kedua bagaimana anda menjana pendapatan dengan peluang perniagaan Herbalife adalah dengan membina rangkaian ataupun network anda.

Dengan cara ini, anda perlu menaja ataupun sponsor ahli baru ke dalam bisnes Herbalife anda.

Apabila anda mempunyai rangkaian ahli-ahli anda sendiri, anda akan mendapat komisen daripada hasil penjualan ahli-ahli di dalam rangkaian anda.

Komisen dan bonus yang anda akan terima bergantung kepada barisan-barisan downline anda yang aktif.

Apabila rangkai anda berkembang, anda akan menerima bonus leadership yang lebih lumayan.

Untuk berjaya di dalam bisnes MLM Herbalife, anda perlulah melakukan kedua-dua aktiviti iaitu mendapatkan pelanggan dan juga menaja orang baru ke dalam rangkaian anda.

Daripada kajian dan bacaan, saya mendapati pelan pemasaran Herbalife adalah agak fleksibel.

Anda boleh membina bisnes Herbalife anda secara separuh masa atau part time.

Kalau anda rajin dan bercita-cita tinggi, anda boleh menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan daripada peluang perniagaan Herbalife.

Untuk mendapatkan pendapatan yang tinggi, fokus anda ialah menaja orang baru ke rangkaian anda.

Seterusnya, anda harus melatih dan membimbing ahli-ahli baru supaya mereka dapat duplikasi aktiviti-aktiviti anda.

Sama seperti semua jenis peluang perniagaan MLM di Malaysia, tiada jaminan yang anda akan berjaya.

Kejayaan di dalam bisnes pemasaran rangkaian atau network marketing bergantung kepada individu.

Herbalife cuma adalah sebuah kenderaan yang boleh membawa anda ke impian anda.

Berapa cepat anda nak mencapai impian anda bergantung kepada anda.

Untuk berjaya di dalam perniagaan MLM, anda harus mempunyai sasaran dan rajin berusaha.

Anda haruslah bertungkus-lumus untuk meningkatkan kemahiran anda dari segi merekrut, pemasaran di atas dan di luar talian dan juga skil menjual.

Anda juga perlu meningkatkan kebolehan anda sebagai ketua atau leadership.

Sampai sini sahaja review saya mengenai Herbalife di Malaysia.

Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, saya ingin membuat penafian sekali lagi.

Saya bukan seorang agen ataupun ahli Herbalife.

Saya menulis artikal ini semata-mata untuk merekod dan mencatat nota-nota saya mengenai Herbalife di Malaysia.

Sekian terima kasih.

Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-10-22T07:21:03+08:00 October 21st, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment