Cara Membina Jaringan Di Bisnis MLM Secara Online

Kalau anda adalah seorang ketua atau leader di dalam industri multi level marketing (MLM) di Malaysia, Singapura, Brunei atau Indonesia, bagaimana anda membina jaringan bisnes MLM anda secara online?

Jika anda berhasrat untuk membina rangkaian anda secara atas talian atau online, terdapat satu peralatan yang sangat penting yang anda perlu ada.

Tahukah apa peralatan ini?

Peralatan ini adalah Zoom Cloud Meeting.

Zoom Live

Gambar di atas adalah isteri saya, Lynn, menggunakan Zoom Meeting untuk berhubung dengan downline di dalam rangkaian kami.

Pada masa Perintah Kawalan Pergerakaan (PKP) dan juga selepas PKP di Malaysia, kemungkinan besar kebanyakan pertemuan atau meeting dengan prospek, pelanggan dan downline harus berlaku di atas talian dengan menggunakan Zoom Meeting.

Kalau anda adalah seorang pengusaha perniagaan yang menggunakan model network marketing, anda tidak seharusnya menggunakan Zoom Basic.

Kebanyak orang suka menggunakan Zoom Basic kerana ianya adalah percuma.

Tetapi, kekurangan Zoom Basic percuma yang paling ketara adalah had penggunaan 40 minit sahaja.

Kalau mesyuarat online anda lebih daripada 40 minit, anda terpaksa “log out” dan log masuk ke dalam bilik Zoom yang baru.

Proses keluar dan masuk semula ke bilik Zoom yang baru akan mengurangkan keberkesanan mesyuarat atau meeting anda.

Jika anda sedang membuat persembahan atau presentation kepada seorang prospek, Zoom Basic percuma mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan peluang untuk mendapatkan pelanggan baru.

Apa penyelesaiannya?

Senang sahaja, kalau anda serius dalam bisnes MLM, anda harus mendapatkan Zoom Pro.

Pelaburan perniagaan anda

Kalau anda adalah seorang pengusaha bisnes MLM part time, tentunya anda akan merungut bahawa servis Zoom Pro kena di bayar USD14.99 setiap bulan.

Bayaran itu lebih RM60.00 setiap bulan!

Zoom harga

Di atas adalah pakej langganan lesen Zoom Pro dengan bayaran bulanan lebih RM60.00.

Kalau anda membina bisnes MLM anda secara part time, tentunya pendapatan daripada bisnes anda tidak banyak.

Tapi, kalau anda seorang ketua yang mempunyai beberapa barisan downline yang sedang aktif, anda mesti gunakan akaun Zoom Pro.

Fungsi utama Zoom untuk bisnes MLM anda adalah untuk berkomunikasi.

Akaun Zoom Pro adalah untuk anda berkomunikasi dengan lebih effektif dan efisen.

Contohnya, salah satu peralatan atau servis yang penting untuk perniagaan anda adalah servis internet.

Saya pasti anda tentu ada langganan servis jalur besar (broadband) atau pelan data.

Mengapa anda sudi membuat bayaran setiap bulan untuk mendapatkan servis internet?

Bukankah anda boleh mendapatkan WiFi yang percuma di kedai-kedai Starbucks?

Jika anda menggunakan servis WiFi yang percuma, tentunya pengalaman anda menggunakan internet tidak baik kerana kelajuan WiFi percuma adalah lebih rendah.

Anda juga terpaksa menghadapi masalah dari segi keselamatan web (web security) kerana WiFi percuma senang di godam (hack).

Tetapi, apabila anda mempunyai langganan internet ataupun pelan data yang di bayar, cabaran-cabaran yang ada alami dengan WiFi percuma dapat di kurangkan.

Oleh itu, aktiviti-aktiviti mengembangkan perniagaaan MLM anda akan menjadi lebih efektif dan efisen.

Anda akan mengalami situasi yang sama jika anda menggunakan Zoom Basic percuma berbanding dengan Zoom Pro dengan bayaran langganan setiap bulan.

Untuk seorang ketua perniagaan pemasaran rangkaian (network marketing), anda boleh menganggap bayaran bulan Zoom Pro sebagai salah satu kos untuk menjalankan bisnes anda.

Servis alternatif percuma

Saya tahu terdapat servis dan aplikasi percuma yang anda boleh gunakan untuk pertemuan online selain Zoom.

Contohnya adalah aplikasi Google Meet.

Google Meet adalah percuma untuk di gunakan jika anda mempunyai akaun Gmail.

Walau bagaimanapun, pengalaman saya menggunakan Google Meet untuk bisnes MLM adalah tidak begitu baik.

Baru-baru ini, saya dan isteri saya bertemu dengan seorang networker professional.

Nama beliau ialah En. A.

En. A juga adalah seorang leader daripada syarikat MLM yang lain.

Setelah En. A membaca artikal-artikal yang di terbitkan di blog ini, dia ingin bertemu dengan saya dan isteri saya.

Oleh kerana PKP, pertemuan pertama kami adalah di Google Meet.

Google Meet

Di atas adalah gambar tangkapan skrin pertemuan kami dengan En. A di Google Meet.

Ini adalah kali pertama saya dan isteri saya menggunakan Google Meet.

Daripada pengalaman kami, kualiti video Google Meet adalah tidak begitu jelas.

Suara percakapan di Google Meet juga tidak begitu jelas dan sering terputus-putus.

Malah, fungsi untuk membuat perkongsian persembahan Power Point juga agak susah dan mengelirukan.

Oleh kerana Google Meet adalah aplikasi yang percuma, saya tidak akan merungut akan fungsi-fungsinya yang kurang baik.

Tetapi, apa yang saya perlukan adalah satu alat yang boleh membantu saya dan isteri saya untuk berkomunikasi dengan pelanggan dan downline dengan jelas dan mudah.

Aplikasi Google Meet yang percuma tidak dapat memenuhi kehendak perniagaan MLM kami.

Oleh itu, saya dan isteri saya kekal menggunakan Zoom Pro untuk bisnes MLM kami.

Fungsi-fungsi Zoom Pro

Apakah fungsi-fungsi Zoom Pro untuk seorang ketua barisan MLM?

Selain untuk membuat pertemuan secara online, Zoom Pro juga ada beberapa fungsi yang boleh membantu seorang leader MLM mengembangkan rangkaiannya.

Saya akan kongsi 4 fungsi Zoom Pro yang biasa saya dan isteri saya gunakan.

1) Perkongsian slides

Salah satu fungsi Zoom Pro yang kami biasa gunakan adalah perkongsian slide sama ada Power Point ataupun file PDF.

Ini adalah amat penting apabila kami nak rekrut orang baru ke rangkaian kami kerana prospek dapat melihat sendiri visul pelan pemasaran syarikat dan juga gambar-gambar orang yang berjaya membina bisnes MLM.

2) Perkongsian video

Fungsi Zoom Pro kedua yang kami biasa gunakan adalah perkongsian video.

Untuk meningkatkan keberkesanan persembahan, kami akan menyiarkan rakaman video daripada komputer dan semua peserta di dalam bilik Zoom dapat menonton video tersebut.

Selain daripada rakaman video di dalam komputer, biasanya saya juga akan menyiarkan rakaman video daripada YouTube melalui fungsi perkongsian skrin dalam Zoom Pro.

3) Siaran ke Facebook Live

Fungsi ketiga Zoom Pro yang biasa kami gunakan adalah siaran terus ke Facebook Live.

This image has an empty alt attribute; its file name is Zoom-07.jpg

Ini adalah satu teknik pemasaran yang sangat berkesan.

Saya akan membuat temujanji dengan downline fighter saya untuk temu bual dengannya.

Downline tersebut akan berkongsi cerita bagaimana pengalamannya di dalam bisnes MLM.

Perbualan kami akan di siar langsungkan secara Facebook Live di timeline saya.

FB Live

Gambar di atas adalah salah satu temu bual dengan downline saya di Zoom Meeting yang di siar langsungkan ke Facebook Live.

Apabila perbualan saya dengan downline saya di siar sebagai Facebook Live di timeline saya, kawan-kawan di akaun Facebook saya akan nampak perbualan tersebut.

Jika anda mempunyai Facebook Page, perbualan tersebut akan di lihat oleh Followers laman tersebut.

Facebook Live tersebut akan menjana kesedaran atau awareness perniagaan anda terhadap kawan-kawan dan pengikut-pengikut anda di Facebook.

Kalau mereka berminat dengan peluang perniagaan anda selepas menonton Facebook Live tersebut, mereka akan menghubungi anda melalui Private Message (PM) ataupun bertanya di bahagian komen video tersebut.

Oleh itu, ada telah menjana satu petunjuk penjualan (leads) baru dengan menggunakan Facebook Live.

Temu bual di bilik Zoom tersebut akan di siarkan ke Facebook Live saya ataupun isteri saya dengan fungsi Zoom Pro “Live ke Facebook”.

Ini adalah satu-satunya cara kami menggunakan Zoom untuk membina rangkaian kami.

4) Rakaman sessi pertemuan

Fungsi keempat Zoom Pro yang biasa kami gunakan adalah rakaman sessi pertemuan.

Fungsi ini adalah amat berguna apabila kami mengadakan sessi pengajaran untuk downline-downline kami.

Untuk mereka yang tidak dapat menghadiri kelas Zoom, saya akan membuat rakaman sessi tersebut dan menghantarkan video rakaman kepada mereka.

Zoom meeting

Tangkapan skrin di atas menunjukkan session Zoom besar dengan hadirin maksimum 500 peserta dengan menggunakan Zoom Entreprise.

Kesimpulan

Kalau anda adalah seorang ketua atau leader di dalam industri MLM, satu peralatan yang anda mesti ada adalah Zoom Pro.

Jangan hanya gunakan Zoom Meeting pelan percuma.

Sebagai pemilik perniagaan, anda seharusnya membuat pelaburan untuk menggunakan peralatan-peralatan yang boleh menolong mengembangkan bisnes MLM anda.

Peralatan-peralatan tersebut adalah penting kerana ia boleh membantu menjimatkan masa anda.

Oleh itu, dapatkanlah pelan Zoom Meeting Pro untuk Professional.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak telah memberikan manfaat kepada anda.

Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya dan isteri saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-09-15T14:36:24+08:00 September 14th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment