Apa itu “Pemasaran Tarikan” atau Attraction Marketing?
Bagaimana kita menggunakan strategi ini untuk membina bisnes jualan langsung atau multi level marketing (MLM)?
Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana saya menggunakan konsep Pemasaran Tarikan untuk merekrut ahli-ahli baru ke rangkaian saya.
Terlebih dahulu, saya ingin memperkenalkan diri saya.
Nama saya Will Yap dari Kuala Lumpur, Malaysia.
Saya dan isteri saya, Lynn telah berkecimpung di dalam industri MLM sejak tahun 2018.
Pada masa ini, rangkaian MLM kami mempunyai ahli-ahli dari Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Cara utama kami merekrut ahli-ahli baru ke rangkaian kami adalah dengan menggunakan strategi Pemasaran Tarikan.
Apa itu Pemasaran Tarikan?
Pemasaran Tarikan adalah satu strategi pemasaran di mana kita menggunakan daya tarikan untuk mendapatkan pelanggan baru.
Strategi ini adalah berbeza dengan strategi pemasaran di atas talian (online) dan di luar talian (offline) yang mungkin anda sedang gunakan.
Perbezaannya adalah “jenis prospek” yang anda akan menarik kepada anda.
Sebagai contoh, prospek-prospek yang menghubungi saya sudah berminat dan bersedia untuk membeli produk yang saya dan isteri saya jual.
Teknik pemasaran ini dapat memperbezakan “jenama diri anda” atau Personal Branding berbanding dengan pengusaha-pengusaha MLM yang lain.
Dengan strategi Pemasaran Tarikan, anda menentukan jenis pelanggan atau “target market” yang berminat dan memerlukan produk yang anda jual.
Justeru, anda boleh memberikan khidmat pelanggan atau customer service yang lebih baik berbanding dengan pesaing-pesaing anda.
Bayangkan setiap hari ada orang yang anda tidak kenali menghubungi anda melalui WhatsApp yang berhasrat untuk mendaftar sebagai ahli dalam rangkaian anda dan membeli produk-produk bisnes MLM anda.
Bayangkan prospek-prospek yang berminat membina bisnes MLM hantar mesej ke WhatsApp anda dan bertanya bagaimana mereka boleh menjadi seorang ahli dalam rangkaian anda.
Apabila anda menggunakan strategi Pemasaran Tarikan, salah satu manfaat yang anda boleh nikmati adalah:
Anda tidak lagi perlu mengejar, memujuk dan bertungkus-lumus untuk menyakin prospek anda.
Daripada pengalaman saya, terdapat 2 sebab mengapa lebih 90% pengusaha-pengusaha MLM gagal.
- Mereka kehabisan wang kerana tidak mendapat keuntungan atau pendapatan daripada bisnes mereka.
- Mereka kehabisan leads atau kawan-kawan dan sanak saudara yang mereka boleh menghubungi.
Jika anda adalah seorang pengusaha bisnes MLM, dengan menggunakan strategi Pemasaran Tarikan atau Attraction Marketing, ia boleh memberikan penyelesaian kepada 2 masalah di atas.
Langkah perlaksanaan
Bagaimana untuk melaksanakan strategi Pemasaran Tarikan?
Di bahagian ini, saya akan berkongsi 4 langkah yang saya gunakan untuk melaksanakan strategi Pemasaran Tarikan untuk bisnes MLM saya.
1) Penjenamaan diri
Langkah yang pertama adalah “Penjenamaan diri” atau Personal Branding.
Anda haruslah membina jenama ANDA, bukan jenama syarikat MLM yang anda bekerjasama.
Orang ramai di sekeliling kita berminat untuk berkerjasama dengan orang / manusia.
Mereka tidak mahu bekerjasama dengan sebuah syarikat.
Orang-orang yang berminat untuk membina bisnes MLM sedang mencari seorang pemimpin yang mereka boleh ikut.
Mereka sedang mencari seorang pemimpin atau leadership.
Oleh itu, anda harus membina jenama anda justeru menjadi seorang pemimpin.
2) Tentukan pasaran anda
Sebelum anda hendak mendapatkan prospek, anda harus pastikan dengan jelas siapakah orang yang anda ingin mencari.
Anda harus memastikan avatar prospek anda yang ideal sebelum anda menghubungi mereka.
Orang bagaimanakah yang anda ingin membantu?
Individu bagaimanakah yang anda ingin bekerjasama?
Luangkan sedikit masa untuk mengenal pasti prospek-prospek terbaik dan anda boleh menarik mereka kepada anda.
3) Memahami cabaran mereka
Langkah yang ketiga adalah memahami cabaran-cabaran yang di alami oleh orang-orang yang anda sedang cari.
Anda harus tahu sakit pahit mereka, masalah mereka, impian dan juga cita-cita mereka.
4) Hasilkan kandungan
Langkah yang keempat adalah menghasilkan kandungan atau informasi yang boleh menolong orang-orang yang anda sedang cari menyelesaikan masalah atau cabaran mereka.
Kandungan yang anda hasilkan boleh dari segi artikal, video, post di Facebook, rakaman Facebook Live, gambar-gambar untuk Instagram dan sebagainya.
Yang penting, anda harus menghasilkan kandungan yang berguna dengan konsisten.
Di dalam setiap kandungan yang anda hasilkan, anda harus mempunyai “Call to Action” supaya mereka boleh menghubungi anda.
Sebagai contoh, saya akan meletakkan nombor telefon di bawah setiap artikal yang saya tulis supaya sesiapa yang berminat untuk menghubungi saya selepas membaca artikal tersebut boleh mesej saya di WhatsApp.
Berikut adalah 4 langkah yang saya gunakan untuk melaksanakan strategi Pemasaran Tarikan.
Sampai di sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan kandungan artikal ini dapat membantu anda.
Kalau anda adalah seorang bekas ketua atau leader industri MLM dan kini anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.
Leave A Comment