Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Malaysia.
Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi network marketing sejak bulan Mac tahun 2018.
Syarikat yang kami bekerjasama di kenali sebagai BE International.
BE International adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia.
BE juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaannya.
BE kini mempunyai pejabat and operasi di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.
Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah Aulora Pants dengan Kodenshi yang di import daripada negara Jepun.
Anda mungkin pernah nampak seluar tersebut kerana ia telah menjadi viral di medan sosial sejak beberapa tahun yang lalu.
Untuk bisnes kami, saya telah menerbitkan laman web ini.
Anda boleh mengikuti perkembangan dan perjalanan kami di blog ini.
Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran.
Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.
Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.
Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?
Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.
Criteria RCCA agak tinggi, oleh itu hanya segelintir pengusaha-pengusaha yang dapat mencapainya.
Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang sangat berkaliber di dalam industri network marketing.
Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?
Biar saya jelaskan.
BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.
BE adalah sebuah syarikat yang agak muda, tetapi ia sedang berkembang dengan pesat.
Pada masa saya menulis artikal ini, syarikat BE berumur lebih kurang 5 tahun.
Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 52 RCCA!
Kebanyakan RCCA baru telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021 apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?
Apakah latar belakang mereka?
Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.
Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita seorang bekas peguam dari Malaysia.
Namanya ialah RCCA TY Low.
Di atas adalah gambar saya dengan TY Low.
Ketika TY memulakan pejalanannya dengan BE, dia langsung tidak tahu bagaimana untuk menjual Aulora Pants.
Kata TY, Aulora Pants kelihatan seperti seluar legging hitam biasa yang boleh di dapati di pasar malam.
Tetapi harganya jelas bukan harga pasar malam.
Namun, hari ini, TY adalah seorang yang paling pantas mendapati ranking RCCA.
Beliau di gelar sebagai Cut Queue King kerana dia mencapai ranking RCCA dalam masa 11 bulan sahaja.
Sebenarnya, kerjaya dalam industri MLM tidak pernah wujud di dalam senarai pilihan kerjaya TY.
Dia berimpian untuk menjadi seorang peguam yang kaya dan terkenal.
Oleh itu, setelah memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Wales, TY kembali ke Malaysia lalu menyertai salah sebuah firma guaman terulung.
Dia bekerja keras dan bekerja lebih masa adalah suatu kebiasaan hariannya.
Komputernya adalah teman setia TY dan dia tidak mempunyai sebarang kehidupan sosial langsung.
TY mempunyai masa depan yang amat cerah tetapi kenyataan membawanya ke jalan yang berbeza.
Setelah melaburkan 5 tahun kehidupannya di firma guaman, beliau kehilangan keseimbangan dalam kehidupan-kerja, tidak mempunyai kehidupan sosial dan menderitai kesihatan yang buruk di sebabkan tekanan kerja.
Kenyataannya, bekerja di sebuah firma guaman jauh berbeza daripada kehidupan glamour yang di impikan.
Apa alternatif TY?
Dia membuat keputusan untuk berkecimpung di dalam industri MLM dengan BE International.
TY berfikir bahawa jika BE dapat memberikanya kehidupan yang seimbang jika dia melaburkan kerja keras selama 3 tahun, maka dia tak syak lagi untuknya bekerja keras di BE.
Untuk melonjakkan kejayaannya, TY menghadiri banyak acara motivasi BE dan belajar daripada orang-orang yang berjaya.
Secara beransur-ansur, dia menjadi semakin yakin.
Sebelum ini, TY dengki dengan ahli perniagaan yang berjaya tetapi sekarang, dia dapat berhadapan dengan mereka, dan dengan berani bertanya kepada mereka, “Apa kata anda menyertai saya di BE?”.
TY bekerja keras untuk membina perniagaan BEnya, sama seperti yang di lakukannya di firma guaman, dan menyaksikan hasilnya 10 kali lebih banyak.
Ini memberi inspirasi kepadanya untuk bermimpi lebih besar.
Sekarang, matlamatnya adalah untuk mencapai kemewahan kewangan.
Saya nak berkongsi satu komen daripada TY:
“Satu-satunya cara yang boleh merealisasikan matlamat kemewahan kewangan adalah dengan memastikan downline saya juga mencapai kemewahan kewangan. Inilah keindahan BE. Saya harus menolong orang lain jika saya ingin berjaya.”
Inilah cerita RCCA TY Low, Cut Queue King daripada BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.
Leave A Comment