Bagaimana Jadi Agen Menjual Shiruto Di Banting?

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang agen menjual produk Belixz Shiruto di sekitar kawasan Banting, Selangor.

Mommy Lynn with Shiruto

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Shiruto daripada BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Belixz Shiruto.

Apakah fungsi utama produk Shiruto?

Secara ringkas, kandungan aktif di dalam Shiruto yang di kenali sebagai IP-PA1 boleh membantu untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang kurang aktif.

Untuk mengenali Shiruto dengan lebih teliti, sila baca artikal ini.

Produk Shiruto kini sedang trending di media sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen untuk menjual Shiruto.

Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang cari satu peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, berisiko rendah, tidak perlu simpan stok dan mempunyai pasaran pembeli yang besar.

Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual produk Belixz Shiruto secara professional di sekitar Banting?

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang agen dengan syarikat BE International untuk menjual produk Belixz Shiruto.

Produk Shiruto

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa produk Shiruto adalah sejenis makanan berfungsi yang di buat 100% di negara Jepun.

Shiruto adalah produk Halal kerana ia di perbuat daripada kilang yang mempunyai pensijilan Halal daripada Nippon Asia Halal Association.

Kilang yang membuat Shiruto juga menerima pensijilan GMP Japan Health Food & Nutrition Food Association dengan proses penghasilan berpiawai ketat dan tinggi.

Pemilik jenama Belixz Shiruto adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:

  • Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
  • Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
  • Indonesian Direct Selling Association (APLI)
  • Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)

Ibu pejabat BE International terletak di Link 2, Bukit Jalil.

Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk BE seperti:

  • Pakaian infra merah jauh Aulora Series daripada Jepun
  • Makanan berfungsi Belixz
  • Produk penjagaan kulit Beyul dengan Postbiotics daripada Korea Selatan
  • Produk FMCG Beyang

Shiruto adalah sejenis produk yang sangat popular dan laris di pasaran.

Ia juga adalah sejenis produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Shiruto Health & Wellness Award

Shiruto adalah salah satu produk BE yang memenangi anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2019 dan 2022.

Mengapa produk Shiruto?

Mengapa produk Shiruto sesuai untuk pasaran di sekitar bandar Banting?

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi 3 sebab mengapa produk Shiruto sangat sesuai untuk pasaran Banting:

1) Demografik Banting, Selangor

Banting yang terletak di daerah Kuala Langat, Selangor semakin berkembang sebagai kawasan pinggir bandar dengan penduduk yang aktif, berkeluarga dan mementingkan gaya hidup sihat.

Ramai penduduk Banting bekerja di sektor kerajaan, pendidikan, perkilangan dan perniagaan kecil.

Golongan ini mempunyai kesedaran tinggi tentang kepentingan penjagaan kesihatan, terutama selepas pandemik.

Dengan jumlah penduduk Banting melebihi 90,000 orang yang terdiri daripada komuniti Melayu, Cina dan India, Banting menawarkan pasaran yang luas untuk produk kesihatan premium seperti Shiruto dari Jepun oleh BE International.

Kawasan ini juga menjadi tumpuan golongan muda profesional yang pulang berulang alik dari Klang, Putrajaya dan Kuala Lumpur.

Mereka lebih terbuka terhadap produk kesihatan yang terbukti berkesan daripada Jepun.

Selain itu, banyak komuniti di Banting aktif seperti persatuan wanita, surau dan kelab sukan tempatan dan ini memberikan peluang emas untuk memperkenalkan Shiruto kepada mereka.

Untuk umat Islam, status halal sesuatu produk sangat penting.

Ini adalah sebab kedua mengapa produk Shiruto amat sesuai untuk pasaran Banting.

2) Produk halal

Salah satu kelebihan besar Shiruto ialah statusnya sebagai produk halal.

Produk yang di iktiraf halal akan menjadi pilihan yang selamat untuk kegunaan umat Muslim di Banting dan seluruh Malaysia.

Dalam gaya hidup moden yang sibuk dan penuh tekanan, ramai yang mudah jatuh sakit dan di sinilah Shiruto memainkan peranan penting.

Penduduk Banting yang ramai bekerja dalam persekitaran industri dan lapangan terbuka sering terdedah kepada pencemaran, keletihan dan tekanan fizikal.

Shiruto boleh membantu tubuh badan melawan bakteria dan virus sambil mengekalkan keseimbangan sistem imuniti.

Tambahan pula, kerana ia halal, Shiruto lebih mudah di terima oleh masyarakat Melayu tempatan.

Ramai pengguna suka produk halal yang di import kerana kualitinya yang tinggi, jadi Shiruto boleh di pasarkan sebagai produk antarabangsa yang memenuhi nilai tempatan.

3) Solusi produk kesihatan menyeluruh

Apa yang menjadikan peluang perniagaan BE lebih menarik ialah potensi untuk menjual Shiruto bersama produk lain seperti Aulora Pants, Befil, Livcore dan sebagainya.

Produk Shiruto bertindak dari dalam badan untuk mengimbangkan sistem imuniti badan, manakala Aulora Pants dengan Kodenshi dari Jepun membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan keletihan otot.

Gabungan kedua-duanya memberikan pengguna tenaga dan ketahanan yang lebih baik.

Bagi mereka yang ingin menjaga kesihatan jantung dan saluran darah, produk Befil dari USA pula boleh di gabungkan dengan Shiruto.

Befil membantu melancarkan peredaran darah dan menyokong fungsi jantung yang sihat.

Oleh itu, ia sangat sesuai bagi golongan pertengahan umur di Banting yang aktif bekerja atau menjalankan perniagaan sendiri.

Tambahan pula, produk Livcore dengan ekstrak semula jadi boleh membantu menyahtoksin hati dan menyokong kesihatan dalaman jangka panjang.

Dengan strategi pemasaran yang betul, seorang pengusaha bisnes BE di Banting boleh membina portfolio produk BE yang menawarkan solusi lengkap dari segi sistem imunisasi badan, tenaga, peredaran darah dan penjagaan hati.

Ini bukan sekadar menjual produk, tetapi menawarkan gaya hidup sihat yang mudah dan terbukti berkesan.

Menjadi agen

Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Bisnes Bebas atau Independent Business Owner (IBO).

Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.

Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Shiruto atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.

Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.

Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk Shiruto.

Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Agen Shiruto

Di atas adalah gambar saya (di kanan) menjelaskan manfaat-manfaat produk Shiruto kepada pelanggan saya.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.

Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

BE International penaja

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.

Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.

Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.

Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?

Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.

Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.

Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.

Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.

Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.

EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.

Kelebihan seorang agen

Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.

Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.

Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.

Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.

Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Shiruto.

Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Shiruto yang anda perlu lakukan?

Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Shiruto.

Yang pertama sekali, saya dan suami saya telah menggunakan produk Shiruto sejak tahun 2019.

Kami juga memberikan Shiruto kepada anak-anak kami.

Kami tahu bagaimana rasa dan efeknya apabila kami makan Shiruto.

Oleh itu, kami boleh berkongsi cerita dan pengalaman kami sekeluarga menggunakan produk Shiruto untuk menjaga kesihatan badan.

Aktiviti pemasaran untuk Shiruto adalah dengan hanya bekongsi cerita dan pengalaman kami menggunakan Shiruto.

Video di atas adalah contoh aktiviti-aktiviti pemasaran yang kami lakukan untuk mempromosi Shiruto.

Di dalam video tersebuts, suami saya menggunakan media sosial seperti YouTube untuk berkongsi pengalamannya memberikan produk Shiruto kepada anak-anak kami.

Oleh itu, kalau anda nak jadi agen menjual Shiruto, langkah pertama yang anda perlu buat adalah beli dan cuba produk Shiruto untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga.

Bila anda dan ahli keluarga anda menggunakan Shiruto, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.

Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Shiruto?

Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog ini dan juga media sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti pemasaran Shiruto bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.

Semua aktiviti pemasaran Shiruto anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.

Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Shiruto.

Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Shiruto, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?

Bila ada prospek yang menghubungi anda, anda boleh bertemu dengan prospek tersebut.

Kalau lokasi mereka di sekitar kawasan Banting, anda boleh bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak di Link 2, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Bukit Jalil IBO Parking

Di atas adalah gambar pejabat urusan BE di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Mengapa anda harus membawa prospek ke pejabat urusan BE di Bukit Jalil?

Kerana di sana ada showroom yang memaparkan semua produk-produk BE.

Terdapat juga meja, kerusi, air dan kopi di showroom BE yang anda boleh gunakan untuk berbincang dengan prospek anda.

Oleh itu, kalau prospek anda berada di kawasan Banting, saya akan menggalakkan anda bawa prospek ke pejabat BE untuk menjalankan aktiviti sales anda.

Kalau prospek anda sudi untuk membeli produk Belixz Shiruto, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order dan ambil stok serta merta.

Di showroom BE, anda juga boleh “pinjam kuasa” daripada leader-leader lain untuk meningkatkan lagi keyakinan prospek anda terhadap syarikat BE.

Prospek di BE Legend Lounge

Di atas adalah gambar saya dengan suami saya bertemu dengan 2 orang prospek baru di Legend Lounge di Ibu Pejabat BE International, Bukit Jalil, KL.

Bagaimana pula kalau prospek anda tidak mahu pergi ke Bukit Jalil?

Kalau begitu, anda boleh pergi ke rumah mereka ataupun bertemu di cafe atau restauran yang berdekatan dengan mereka.

Jika prospek anda sudi untuk membeli Shiruto, anda boleh bantu mereka membuat pendaftaran ahli dan beli Shiruto secara online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.

Pembayaran untuk pembelian Shiruto prospek anda boleh di buat dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau dengan perbankan online melalui sistem FPX di dalam app BE4U.

Apabila prospek anda membuat pembelian, syarikat BE akan menghantar parcel ke alamat mereka di dalam 3 – 5 hari bekerja dengan menggunakan servis kurier.

Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes sendiri, peluang perniagaan BE dengan aplikasi BE4U memang canggih, cepat dan mudah sekali.

Berapa jauhkah anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian produk Shiruto dengan prospek anda?

Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.

Saya dan suami saya kerap pergi ke tempat yang jauh untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Shiruto dan produk-produk lain daripada BE melalui kami.

Untuk menjadi seorang agen Shiruto yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.

3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.

Kesimpulan

Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Shiruto adalah mudah sahaja.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.

Yuran pendaftaran cuma RM60.00.

Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.

Kalau anda ingin menjual produk Belixz Shiruto sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2025-11-06T12:23:14+08:00 November 6th, 2025|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment