Bagaimana Jadi Agen Menjual Shiruto Di Johor Bahru?

Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana untuk menjadi seorang agen menjual produk Belixz Shiruto di kawasan Johor Bahru (JB).

Mommy Lynn with Shiruto

Di atas adalah gambar saya dengan Belixz Shiruto daripada BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis makanan berfungsi yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Belixz Shiruto.

Apakah fungsi utama produk Shiruto?

Secara ringkas, kandungan aktif di dalam Shiruto yang di kenali sebagai IP-PA1 boleh membantu untuk mengaktifkan sel-sel makrofaj yang kurang aktif.

Untuk mengenali Shiruto dengan lebih teliti, sila baca artikal ini.

Produk Shiruto kini sedang trending di medan sosial seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok.

Kemungkinan anda juga pernah nampak video-video di TikTok yang mengajak orang ramai menjadi agen untuk menjual Shiruto.

Ini adalah satu peluang keemasan yang amat baik jika anda sedang cari satu peluang perniagaan yang tidak memerlukan modal yang besar, berisiko rendah dan tidak perlu simpan stok.

Bagaimana anda boleh menjadi agen untuk menjual produk Belixz Shiruto secara professional di kawasan Johor Bahru (JB)?

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi bagaimana anda boleh menjadi seorang agen dengan syarikat BE International untuk menjual produk Shiruto.

Produk Shiruto

Terlebih dahulu, anda perlu tahu bahawa produk Shiruto adalah sejenis makanan berfungsi yang di buat 100% di negara Jepun.

Shiruto adalah produk Halal kerana ia di perbuat daripada kilang yang mempunyai pensijilan Halal daripada Nippon Asia Halal Association.

Kilang yang membuat Shiruto juga menerima pensijilan GMP Japan Health Food & Nutrition Food Association dengan proses penghasilan berpiawai ketat dan tinggi.

Pemilik jenama Belixz Shiruto adalah syarikat BE International yang berpejabat di Kuala Lumpur.

BE International adalah sebuah syarikat jualan langsung yang beroperasi di Malaysia, Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

BE International juga adalah ahli persatuan-persatuan industri jualan dan pemasaran yang bertauliah seperti:

  • Direct Selling Association of Malaysia (DSAM)
  • Direct Selling Association of Singapore (DSAS)
  • Indonesian Direct Selling Association (APLI)
  • Hong Kong Retail Management Association (HKRMA)

Ibu pejabat BE International terletak di Link 2, Bukit Jalil.

Di pejabat tersebut, terdapat showroom yang mempamerkan semua produk-produk BE seperti:

  • Pakaian infra merah jauh Aulora Series
  • Makanan berfungsi Belixz
  • Produk penjagaan kulit Beyul
  • Produk FMCG Beyang

Shiruto adalah sejenis produk yang sangat popular dan laris di pasaran.

Ia juga adalah sejenis produk yang berkualiti tinggi dan berkesan.

Shiruto Health & Wellness Award

Shiruto adalah salah satu produk BE yang memenangi anugerah Malaysia Health & Wellness Brand Awards sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2019 dan 2022.

Menjadi agen

Untuk pengetahuan, apabila anda menjadi rakan bisnes dengan syarikat BE International, anda di kenali sebagai Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO).

Untuk menjadi seorang IBO syarikat BE, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli.

Yuran pendaftaran ahli ialah RM60.00 yang sah untuk 1 tahun.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, anda memerlukan seorang penaja ataupun sponsor.

Tanggung jawab seorang penaja adalah untuk memberikan khidmat pelanggan atau customer service kepada anda.

Sekiranya anda ada apa-apa soalan mengenai Shiruto atau produk-produk daripada BE, anda boleh tanya penaja anda.

Penaja anda akan memberikan jawapan kepada soalan-soalan anda.

Sponsor anda juga akan mengajar anda bagaimana untuk membina sebuah perniagaan yang berjaya dengan menjual produk Shiruto.

Oleh itu, pastikan anda mencari seorang sponsor yang AKTIF di dalam peluang perniagaan BE.

Agen Shiruto

Di atas adalah gambar saya (di kanan) menjelaskan manfaat-manfaat produk Shiruto kepada pelanggan saya.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, penaja anda akan berkongsi link pendaftaran ahli.

Apabila anda klik link tersebut, anda akan pergi ke laman BE Business Card sponsor anda.

BE International penaja

Gambar di atas adalah BE Business Card saya dan suami saya.

Seterusnya, anda hanya perlu klik butang “Daftar Sekarang” untuk mulakan proses pendaftaran menjadi ahli BE.

Untuk mendaftar sebagai ahli BE, langkah pertama ialah proses Electronic Know Your Customer atau EKYC.

Dalam proces EKYC, anda perlu ambil gambar kad pengenalan dengan menggunakan kamera telefon pintar anda.

Mengapa proses pendaftaran menjadi ahli BE perlu EKYC?

Sebenarnya, proses EKYC adalah polisi Bank Negara Malaysia untuk industri yang memberikan khidmat servis kewangan dan pelaburan.

Matlamat Bank Negara Malaysia dengan polisi penggunaan EKYC adalah untuk membuka jalan bagi inovasi yang lebih canggih dalam sektor kewangan, termasuk penawaran perkhidmatan kewangan digital digital secara menyeluruh untuk pengguna.

Dengan EKYC pendaftaran pelanggan boleh dibuat secara digital tanpa mengira waktu dan tempat.

Walaupun syarikat BE International bukan sebuah syarikat di dalam industri kewangan, tapi bila anda berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE, anda akan terima bonus dan juga komisen.

Pembayaran bonus dan komisen anda daripada BE adalah transaksi kewangan dan BE telah membuat keputusan untuk melaksanakan proses EKYC.

EKYC akan memberikan kemudahan dan juga keselamatan digital yang lebih kukuh kepada semua ahli-ahli BE.

Kelebihan seorang agen

Sebenarnya, proses pendaftaran untuk menjadi ahli dan agen BE International ada sama.

Yuran pendaftaran adalah RM60.00 untuk kedua-dua.

Sebagai seorang ahli BE biasa, anda tidak perlu menjalankan aktiviti jualan.

Anda boleh kekal sebagai seorang pengguna dan menggunakan produk-produk BE yang hebat dan berkesan.

Kalau anda nak jadi seorang agen BE, tentu sekali anda perlu menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan sales untuk Shiruto.

Apakah aktiviti-aktiviti pemasaran Shiruto yang anda perlu lakukan?

Di sini, saya akan berkongsi bagaimana saya dan suami saya menjalankan aktiviti-aktiviti sales & marketing untuk menjual Shiruto.

Yang pertama sekali, saya dan suami saya telah menggunakan produk Shiruto sejak tahun 2019.

Kami juga memberikan Shiruto kepada anak-anak kami.

Kami tahu bagaimana rasa dan efeknya apabila kami makan Shiruto.

Oleh itu, kami boleh berkongsi cerita dan pengalaman kami sekeluarga menggunakan produk Shiruto untuk menjaga kesihatan badan.

Aktiviti pemasaran untuk Shiruto adalah dengan hanya berkongsi cerita dan pengalaman kami menggunakan Shiruto.

Shiruto agen

Di atas adalah contoh aktiviti-aktiviti pemasaran yang kami lakukan untuk mempromosi Shiruto.

Gambar di atas, suami saya menggunakan medan sosial seperti YouTube untuk berkongsi pengalamannya memberikan produk Shiruto kepada anak-anak kami.

Anda boleh klik gambarajah di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.

Oleh itu, kalau anda nak jadi agen menjual Shiruto, langkah pertama yang anda perlu buat adalah beli dan cuba produk Shiruto untuk diri sendiri dan juga ahli keluarga.

Bila anda dan ahli keluarga anda menggunakan Shiruto, anda akan mendapat lebih banyak cerita dan pengalaman pengguna yang anda boleh berkongsi dalam aktiviti pemasaran anda.

Di platform manakah anda boleh berkongsi cerita dan pengalaman anda menggunakan Shiruto?

Untuk saya dan suami saya, kami menggunakan laman web seperti blog ini dan juga medan sosial seperti Facebook, Instagram, Lemon8, YouTube, TikTok dan sebagainya.

Aktiviti-aktiviti pemasaran Shiruto bergantung kepada kreativiti anda tetapi anda harus mematuhi syarat-syarat dan terma untuk online dan medan sosial yang telah di tetapkan oleh BE International.

Semua aktiviti pemasaran Shiruto anda hanya ada satu matlamat iaitu untuk mendapatkan leads daripada prospek.

Leads atau dalam Bahasa Malaysia sebagai penunjuk kepada orang-orang yang berminat dengan Shiruto.

Apabila ada orang yang menghubungi anda dan berminat dengan Shiruto, apakah langkah seterusnya yang anda perlu buat?

Bila ada prospek yang menghubungi anda, anda boleh bertemu dengan prospek tersebut.

Kalau lokasi mereka di sekitar kawasan Johor, anda boleh bertemu mereka di Pejabat Urusan BE International yang terletak di Taman Molek, Johor Bahru.

BE International Johor Bahru

Di atas adalah gambar pejabat urusan BE di Taman Molek.

Mengapa anda harus membawa prospek ke pejabat urusan BE di JB?

Kerana di sana ada showroom yang memaparkan semua produk-produk BE.

Terdapat juga meja, kerusi, air dan kopi di showroom BE yang anda boleh gunakan untuk berbincang dengan prospek anda.

Oleh itu, kalau prospek anda berada di kawasan Johor Bahru, saya akan galakkan anda bawa prospek ke pejabat BE untuk menjalankan aktiviti sales anda.

Kalau prospek anda sudi untuk membeli produk Belixz Shiruto, mereka boleh terus mendaftar sebagai ahli BE, order dan ambil stok serta merta.

Di showroom BE di Taman Molek, anda juga boleh “pinjam kuasa” daripada leader-leader lain untuk meningkatkan lagi keyakinan prospek anda terhadap syarikat BE.

Bagaimana pula kalau prospek berada to luar kawasan JB?

Kalau begitu, anda boleh pergi ke rumah mereka ataupun bertemu di cafe atau restauran yang berdekatan dengan mereka.

Jika prospek anda sudi untuk membeli Shiruto, anda boleh bantu mereka membuat pendaftaran ahli dan beli Shiruto secara online dengan menggunakan aplikasi telefon pintar BE4U.

Pembayaran untuk pembelian Shiruto prospek anda boleh di buat dengan menggunakan kad debit, kad kredit atau dengan perbankan online melalui sistem FPX di dalam app BE4U.

Apabila prospek anda membuat pembelian, syarikat BE akan menghantar parcel ke alamat mereka di dalam 3 – 5 hari bekerja dengan menggunakan servis kurier.

Untuk mereka yang ingin menjalankan bisnes sendiri, peluang perniagaan BE dengan aplikasi BE4U memang canggih, cepat dan mudah sekali.

Berapa jauhkah anda harus pergi untuk menjalankan sessi perkongsian produk Shiruto dengan prospek anda?

Soalan di atas hanya anda boleh jawab kerana peluang perniagaan BE adalah bisnes anda sendiri.

Saya dan suami saya kerap pergi ke tempat yang jauh untuk berjumpa dengan prospek dan juga memberikan khidmat pelanggan kepada orang-orang yang telah membeli Shiruto dan produk-produk lain daripada BE melalui kami.

Untuk menjadi seorang agen Shiruto yang berjaya, anda harus mengikuti prinsip 3H.

3H bermaksud Humble, Honest dan Harworking.

Kesimpulan

Proses untuk menjadi seorang ahli BE International dan menjadi agen jualan Shiruto adalah mudah sahaja.

Anda tidak memerlukan modal yang besar untuk mula bisnes anda kerana anda tidak perlu simpan stok.

Yuran pendaftaran cuma RM60.00.

Selepas anda menjadi ahli BE, anda boleh mula menggunakan produk-produk BE sebagai seorang konsumer.

Kalau anda ingin menjual produk Belixz Shiruto sebagai seorang agen, anda perlulah menjalankan aktiviti-aktiviti pemasaran dan jualan untuk menjana keuntungan dengan menggunakan peluang perniagaan yang di sediakan oleh BE International.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-02-08T09:26:07+08:00 February 6th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment