Shiruto Ada Dalam Bentuk Tablet Atau Kapsul?

Ada Ke Belixz Shiruto Dari Jepun Dalam Bentuk Botol?

Belixz Shiruto ada di promosikan dengan Facebook Ads dalam bentuk botol. Tapi Shiruto di dalam pakej botol adalah produk palsu atau tiruan. Shiruto yang di jual di Facebook dalam bentuk tablet atau kapsul adalah produk palsu.

Shiruto palsu dalam bentuk botol

Di atas adalah gambar produk Belixz Shiruto palsu dalam botol plastik yang di promosikan dengan Facebook Ads.

WhatsApp Mesej Daripada Pelanggan Mommy Lynn

Baru-baru ini, Mommy Lynn menerima satu mesej di WhatsApp daripada seorang pelanggan.

Mesej WhatsApp pelanggan Mommy Lynn

Pelanggan Mommy Lynn tanya, “Shiruto ada dalam bentuk tablet ke?”

Untuk pengetahuan, syarikat BE International tidak pernah membuat sebarang pengumuman rasmi mengenai pertukaran pembungkusan untuk Belixz Shiruto.

Di sebabkan oleh permintaan yang sangat tinggi terhadap produk Belixz Shiruto, ada pihak yang mengambil kesempatan dengan membuat dan menjual produk tiruan/palsu Belixz Shiruto di pasaran.

Notis Daripada BE International Mengenai Produk Shiruto Yang Palsu

Berikut adalah notis rasmi daripada syarikat BE International mengenai produk Belixz Shiruto tiruan yang di senaraikan di platform-platform pihak ketiga.

Notis BE International mengenai Shiruto palsu.

Seperti yang tertera di dalam notis, syarikat BE ingin memaklumkan bahawa terdapat produk tiruan Belixz Shiruto yang di jual di platform atau saluran pihak ketiga yang tidak sah.

BE International memandang serius perkara ini kerana kualiti produk tersebut di ragui dan keberkesanannya tidak terjamin.

Produk tiruan tersebut di hasilkan dengan meniru bungkusan Belixz Shiruto dan bertujuan untuk mengelirukan dan menipu pengguna.

Oleh yang demikian, jika anda membeli produk BE tiruan daripada saluran yang tidak sah, pihak pengurusan BE tidak akan bertanggungjawab.

Produk Belixz Shiruto Palsu Yang Di Promosikan di Facebook

Kebelakangan ini, ada scammer yang mengedit dan mengguna semula video serta temu bual pemimpin-pemimpin BE International untuk mempromosikan produk palsu mereka menggunakan Facebook Ads. Ini adalah supaya orang ramai percaya bahawa produk tiruan itu adalah tulen.

Jangan terpedaya!

Page Shiruto palsu

Di atas adalah Fan Page produk Belixz Shiruto yang palsu.

Iklan Shiruto palsu

Di atas adalah Facebook Paid Ads atau iklan palsu di media social popular di Malaysia.

Soalan-soalan Yang Lazim Di Tanya

Bagaimana membezakan produk Belixz Shiruto yang original dengan yang palsu?

Jika Belixz Shiruto di jual dalam bentuk botol dan kapsul, ia adalah produk palsu.

Bagaimana membezakan sachet Belixz Shiruto yang original dengan yang palsu?

Untuk membeli yang tidak pernah nampak sachet Belixz Shiruto yang tulen, adalah amat sukar untuk membuat perbezaan.

Bagaimana untuk memastikan Belixz Shiruto yang di beli online adalah produk tulen daripada Jepun?

Untuk memastikan Belixz Shiruto yang di beli online adalah produk tulen, anda perlu mendaftar sebagai ahli BE International dan buat pembelian melalui aplikasi web BE4U.

Tindakan Undang-undang Akan Di Ambil Oleh BE International

BE International akan mengambil tindakan undang-undang terhadap individu atau pihak yang didapati menyalahgunakan video atau bahan media BE International untuk mempromosikan produk tiruan.

Sila sentiasa berwaspada, sahkan sebelum membeli dan bantu sebarkan info ini. Bersama-sama kita boleh melindungi orang ramai daripada produk tiruan.

Bagaimana Untuk Membeli Shiruto Yang Original?

Jika anda berhasrat untuk membeli Belixz Shiruto yang original daripada Jepun, Mommy Lynn agen dan pengedar rasmi BE International boleh membantu anda mendaftar sebagai ahli dan order Shiruto tulen secara online. Anda boleh menghubungi Mommy Lynn melalui nombor WhatsApp di +60176037698

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top