Menjual Aulora Pants Dengan Strategi Online To Offline

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya ialah Daddy Will dan saya berasal dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Will & Lynn

Di atas adalah gambar saya dan isteri saya, Mommy Lynn ketika kami berkunjung ke Osaka, Jepun.

Pakej perlancongan kami ke Jepun di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya dan isteri saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi agen syarikat BE.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf
  • Aulora Seamless Bra

Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.

Untuk pengetahuan, jenama Aulora Series di miliki oleh syarikat BE International yang berpejabat di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana kami menjual produk BE dan juga menaja downline baru ke dalam rangkaian kami.

Bila saya dan isteri saya mula membina bisnes BE, fokus kami adalah hanya membuat jualan langsung atau direct selling.

Ketika itu, produk yang paling laris daripada BE adalah Aulora Pants dengan Kodenshi daripada Jepun.

Untuk mendapat pelanggan baru, kami akan menjana leads dengan menggunakan blog ini.

Kami akan berkomunikasi dengan prospek di dalam WhatsApp dan mendapat sales tanpa perlu bertemu dengan prospek tersebut.

Pada tahun 2018, menjual Aulora Pants dengan teknik online dan WhatsApp adalah mudah kerana pada masa itu tiada banyak agen-agen lain yang menjual Aulora Pants.

Saya juga kenal banyak leader-leader BE lain yang menggunakan Facebook feed posts dan Facebook Messenger untuk menjana leads dan membuat sales.

Tapi pada masa kini, menjual Aulora Pants dengan menggunakan teknik online dan WhatsApp adalah lebih sukar.

Ini kerana sekarang lebih banyak orang yang menjadi Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dan berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International.

Agen-agen tersebut telah membanjir platform-platform sosial media seperti Facebook, Instagram, YouTube, TikTok dan lain-lain.

Oleh itu, teknik menjual Aulora Pants dengan cara online sahaja telah menjadi kurang berkesan.

Untuk mendapatkan sales, kami terpaksa membuat sesuatu yang berbeza daripada agen-agen lain.

Kami telah menambahkan satu elemen baru ke dalam strategi pemasaran Aulora Pants kami.

Sebenarnya banyak leader-leader BE telahpun mengajar teknik ini kepada downline-downline mereka.

Teknik tersebut di kenali sebagai “Online to Offline” atau O2O.

Bagaimana menggunakan teknik O2O?

O2O bermula dengan mendapatkan perhatian daripada orang yang berminat untuk mendapatkan Aulora Pants dengan menggunakan teknik online dan medan sosial.

Contoh teknik mendapatkan perhatian orang ramai ialah dengan menerbitkan video-video testimoni Aulora Pants di TikTok.

Objektif utama anda menerbitkan video di TikTok adalah untuk mendapatkan PM atau Private Message.

Ini adalah elemen “Online” dalam strategi pemasaran kami.

Elemen kedua “Offline” adalah satu langkah yang kebanyakan IBO BE tidak buat oleh itu mereka terlepas banyak peluang untuk membuat sales.

Langkah offline adalah membuat temujanji untuk bertemu dengan prospek secara offlne untuk berkongsi manfaat-manfaat Aulora Pants.

Saya akan berkongsi satu cerita bagaimana saya dan isteri saya melaksanakan strategi Online to Offline.

Bagaimana kami menjana leads untuk menjual Aulora Pants?

Kami menggunakan teknik pemasaran dengan konten atau Content Marketing.

Sejak awal tahun 2018, saya telah banyak menulis artikal berkongsi pengalaman saya dan isteri saya menggunakan produk-produk daripada BE International.

Artikal-artikal tersebut telahpun di terbitkan di blog ini.

Baru-baru ini, ada seorang pembaca artikal-artikal di blog ini telah menghubungi kami melalui WhatsApp.

Name beliau ialah En. F.

En. F berminat untuk mendapatkan Aulora Pants dan Shiruto untuk isterinya.

Aulora Pants prospect

Di atas adalah tangkapan skrin yang menunjukkan mesej-mesej daripada En. F di WhatsApp.

Di WhatsApp, saya bertanya di manakah lokasi En. F.

Lokasi En. F ialah di Subang Jaya, Selangor.

Oleh kerana Subang Jaya adalah berdekatan dengan Bukit Jalil, saya telah mengajak En. F untuk bertemu di Pejabat Urusan BE International.

En. F bersetuju dan kami membuat temujanji untuk bertemu keesokan hari.

Bila ada prospek yang setuju untuk bertemu di pejabat BE di Bukit Jalil, saya dan isteri saya tentu akan pergi.

Untuk pengetahuan, perjalanan daripada rumah kami ke Bukit Jalil mengambil masa lebih 1 jam!

Walau bagaimanapun, kami tetap akan pergi ke pejabat BE untuk bertemu dengan prospek kerana kami tidak mahu terlepas peluang untuk menjana sales.

Pada keesokan hari, kami telah bertemu dengan En. F di showroom BE International.

En. F datang dengan anak remajanya..

Apabila prospek anda bersetuju untuk bertemu di showroom pejabat BE International di Bukit Jalil, kemungkinan besar anda akan berjaya mendapatkan sales.

Ini adalah berdasarkan pengalaman kami bertemu dengan banyak prospek-prospek secara offline.

En. F berminat untuk mendapatkan Aulora Pants dan Belixz Shiruto untuk isterinya.

Isteri En. F menghadapi masalah kesihatan dan akan pergi membuat surgeri tidak lama lagi.

Walaupun En. F nampak banyak testimoni-testimoni pengguna Aulora Pants dan Shiruto di medan sosial, dia tetap rasa ragu-ragu untuk membuat pembelian.

Oleh kerana Aulora Pants and Shiruto adalah produk premium yang di buat dan di import daripada negara Jepun, harganya adalah agak tinggi.

En. F teragak-agak untuk membuat pembelian secara online kerana terdapat banyak produk tiruan / palsu Aulora Pants dan Shiruto di pasaran.

Bila saya dan isteri saya bertemu dengan En. F, saya dapat rasa beliau adalah serius untuk mendaftar sebagai ahli BE dan membuat pembelian.

Oleh itu, saya hanya perlu membantu En. F melaksanakan langkah-langkah pendaftaran ahli.

Oleh kerana kami berada di pejabat BE, pendaftaran ahli, order, pembayaran dan ambil stok boleh di buat dengan serta merta.

Bila En. F berada di pejabat urusan BE, dia dapat nampak operasi syarikat, leader-leader dan juga produk-produk BE adalah benar, ia telah memberikan keyakinan kepadanya.

Saya membantu En. F untuk membuat langkah pertama di dalam proses pendaftaran menjadi ahli BE iaitu Electronic Know Your Customer (EKCY) dengan menggunakan smartphone saya.

Setelah info-info di dalam kad pengalamannya telah di imbas dan di verifikasi, saya menggunakan terminal komputer di counter sales BE untuk membuat pendaftaran ahli, order dan membuat pembayaran.

En. F membeli 1 helai Aulora Pants wanita saiz 2XL dan 3 kotak Shiruto.

Selepas 10 minit, En. F telah mengambil kit ahli baru, Aulora Pants dan juga Shiruto daripada kounter sales.

Sebelum meninggalkan pejabat BE, saya telah menolong En. F untuk menyediakan aplikasi BE4U di telefon pintarnya.

Saya juga menunjukkan langkah-langkah bagaimana untuk order produk dengan menggunakan app BE4U kepada En. F.

Jika En. F ingin membuat pembelian lagi, dia boleh menggunakan app BE4U untuk masukkan order dan buat bayaran dan syarikat BE akan menghantar parcel ke alamatnya dengan menggunakan servis kurier.

Secara menyeluruh, pertemuaan kami dengan En. F lebih kurang 1 jam adalah efektif kerana ia telah membuahkan hasil jualan.

Inilah caranya saya dan isteri saya menggunakan strategi “Online to Offline” untuk mengembangkan bisnes pemasaran rangkaian kami dengan BE.

Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.

Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.

Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-02-20T14:17:44+08:00 November 4th, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment