Cara Mendapatkan Pelanggan Bisnes Dropshipping

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini. Nama saya Lynn. Saya daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam bisnes jualan langsung sejak tahun 2018.

Perniagaan kami agak memuaskan dan kami berjaya mencapai ranking yang tinggi dengan syarikat jualan langsung yang kami bekerjasama.

Model bisnes kami adalah sama seperti “dropshipping” kerana kami tidak menyimpan stok dan syarikat akan menguruskan semua proses penghantaran stok kepada pelanggan kami.

Tanggungjawab kami sebagai pengusaha bisnes adalah aktiviti pemasaran atau marketing untuk mencari pelanggan.

Untuk mendapatkan pelanggan baru, kami banyak menggunakan strategi dan teknik pemasaran internet atau internet marketing.

Untuk sesiapa yang berhasrat untuk membina bisnes dengan menggunakan model dropshipping, mereka seharusnya mempunyai satu sistem untuk mendapatkan pelanggan.

Di artikal ini, saya akan berkongsi 3 tips penggunaan strategi internet marketing untuk mendapatkan “leads” justeru menjadikan leads kepada pelanggan bisnes anda.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu anda.

Strategi internet

1) Sediakan website

Tip pertama saya untuk sesiapa yang ingin berjaya dalam bisnes dropshipping ialah dapatkan laman, website atau blog sendiri.

Kalau anda nak membina bisnes dropshipping, jangan gunakan servis Blogspot yang percuma.

Semasa saya membuat research pengusaha-pengusaha dropshipping di Malaysia, kebanyakan menggunakan laman Blogspot sebagai website mereka.

Mengapa saya tidak recommend Blogspot?

Kalau anda menggunakan Blogspot, ia adalah sama seperti anda menyewa sebuah rumah?

Website atau blog tersebut bukannya aset anda!

Blogspot boleh menutup website atau blog anda bila-bila masa.

Kalau Blogspot anda di tutup, anda akan kehilangan semua artikal dan kandungan yang anda telah meluangkan masa untuk menulis.

Saya akan recommend supaya anda membeli domain dan juga server hosting sendiri.

Kos untuk membeli domain tidak mahal dan anda boleh mendapatkan domain sendiri kurang daripada RM100.00.

Kos untuk hosting pula kena bayar setiap bulan.

Servis hosting untuk blog sendiri boleh di dapati dengan harga RM50.00 ke RM150.00 setiap bulan.

Anggapkan wang yang di keluarkan setiap bulan untuk blog sendiri sebagai kos untuk menjalankan bisnes anda.

2) Tulis artikal

Setelah anda mempunyai blog sendiri, tip kedua adalah mula menulis artikal.

Artikal apa yang anda perlu tulis?

Kalau anda nak mendapatkan pelanggan baru, saya akan recommend anda mula tulis artikal mengenai produk-produk yang anda jual.

Contohnya, anda boleh menulis artikal dan berkongsi pengalaman diri sendiri menggunakan produk yang anda jual.

Setiap artikal seharusnya mempunyai 500 – 1000 perkataan.

Tulis artikal dan terbitkan artikal 2 atau 3 kali setiap minggu.

Apabila anda menulis artikal mengenai produk, anda akan mendapat trafik ke website anda daripada Google.

Pembaca-pembaca artikal anda adalah prospek anda untuk mendapatkan pelanggan baru.

3) Pautan WhatsApp

Tip ketiga ini sangat penting.

Anda harus meletakkan link atau pautan untuk menghubungi anda di WhatsApp.

Kalau pembaca artikal tidak dapat menghubungi anda, sia-sia sahaja anda menulis dan menerbitkan artikal di blog anda.

Oleh itu, pastikan di akhir artikal ada pautan untuk menghubungi anda di WhatsApp.

Apabila seseorang pembaca blog klik link untuk menghubungi anda di WhatsApp, anda telahpun mendapat seorang prospek untuk membeli produk bisnes dropshipping anda dengan menggunakan teknik internet marketing.

Kesimpulan

Pada pendapat saya, untuk menjana keuntungan daripada bisnes dropshipping tidak susah.

Yang penting, anda mesti mempunyai sistem yang berkesan untuk menjual produk.

Untuk menjual produk, anda perlu ada customer atau pelanggan.

Untuk pendapat seorang pelanggan, anda perlu mendapatkan beberapa orang prospek.

Untuk mendapatkan prospek melalui internet, anda perlu mengikut tiga tips di atas.

Untuk sesiapa yang ingin berjaya di dalam bisnes dropshipping, di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian (disclaimer page) blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak pasti, sila buat kajian yang lebih lanjut.

Jika anda berminat untuk mendapatkan lebih tip-tip teknik internet marketing untuk membina bisnes pemasaran rangkaian, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-09-20T17:22:00+08:00 September 19th, 2022|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment