Kisah Merekrut Bekas Leader MLM Ke Bisnes BE International

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya ialah Daddy Will dan saya adalah suami Mommy Lynn.

Daddy Will di Philip Island, Australia

Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Philip Island di Melbourne, Australia.

Pakej perlancongan saya ke Australia di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana saya dapat merekrut seorang bekas leader daripada syarikat MLM Omega Trend Malaysia.

Nama beliau ialah Tony dan dia berasal daripada Kuala Lumpur.

Tony telah menghubungi saya di WhatsApp selepas membaca salah satu artikal yang di terbitkan di blog ini.

Mesej dari bekas leader MLM Omega Trend

Di atas adalah WhatsApp mesej pertama daripada Tony.

Selepas saya menerima mesej WhatsApp daripada Tony, saya pun berkomunikasi dengannya.

Tony berkata dia sedang mencari peluang perniagaan yang baru.

Oleh kerana lokasi Tony di kawasan Kuala Lumpur, saya menjemput Tony untuk pergi ke Pejabat Urusan BE International yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Satu minggu kemudian, saya pun bertemu dengan Tony di showroom BE International.

Pada masa itu, mentor saya Kelvin, salah seorang Royal Crown Council Ambassador (RCCA) dengan BE juga berada di situ.

Kami berpeluang untuk berkenalan dan berbincang.

Tony telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan Omega Trend pada tahun 2003.

Ketika itu, rangkaiannya mempunyai berpuluh-puluh ribu orang!

Pendapatan Tony daripada bisnes Omega Trend memang lumayan.

Kalau anda mengkaji sejarah syarikat Omega Trend, syarikat MLM tersebut mengalami masalah kewangan dan di istiharkan bankrupt pada tahun 2006.

Anda boleh membaca kisah menutupan syarikat Omega Trend di laman Business News Australia.

Selepas syarikat Omega Trend Malaysia tutup, Tony pun kehilangan semua pendapatannya.

Semasa perbincangan kami, Tony mengatakan bahawa dia ada berkecimpung di dalam beberapa peluang perniagaan yang lain.

Dia juga membuat pelaburan dalam saham dan juga bitcoin.

Malangnya, dia telah di tipu oleh scammer luar negara di dalam pelaburan bitcoinnya.

Semua wang pelaburan bitcoinnya tidak dapat di keluarkan walaupun jumlah keuntungan di dalam sistem pelaburan menunjukkan berjuta-juta USD.

Tony kini sedang mencari peluang perniagaan yang baru tetapi dia agak berwas-was.

Oleh itu, dia mengambil kesempatan untuk menziarahi syarikat BE dan juga mengenali leader-leader rangkaian.

Tony bertanya kepada mentor saya, “Apakah cara yang paling cepat untuk berjaya di dalam peluang perniagaan BE International?”

Kelvin memberitahu Tony supaya jangan fokus pada cara yang paling cepat.

Apa yang dia harus fokus adalah permulaan yang betul supaya ada duplikasi yang betul.

Untuk membina perniagaan BE, Tony hanya perlu fokus pada produk Aulora Pants.

Untuk bermula bisnes BE, langkah yang pertama ialah mencuba produk-produk syarikat terutamanya Aulora Pants daripada Jepun.

Tony kata dia akan mempertimbangkan cadangan Kelvin.

Saya memberitahu Tony, kalau dia betul-betul serius untuk membina rangkaian dengan menggunakan peluang perniagaan BE, saya dan isteri saya akan membantunya.

Di akhir perbincangan kami, Tony bersetuju untuk mendaftar sebagai ahli BE International dan saya dan isteri saya menjadi penajanya.

Inilah cerita bagaimana kami dapat merekrut seorang bekas leader MLM ke dalam rangkai saya dan isteri saya.

Sampai sini sahajalah perkongsian saya.

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak jumpa jawapan yang anda sedang cari di artikal ini, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Jika anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-06-24T08:12:58+08:00 October 23rd, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment