Bolehkah Lelaki Pakai Aulora Pants Rekaan Wanita?

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya ialah Daddy Will dan saya adalah suami Mommy Lynn.

Daddy Will di Philip Island, Australia

Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Philip Island di Melbourne, Australia.

Pakej perlancongan saya ke Australia di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.

Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE International.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.

Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.

Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.

Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.

Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:

  • Aulora Pants
  • Aulora Socks
  • Aulora Basic Top (T-shirt)
  • Aulora Panties
  • Aulora Boxer
  • Aulora Arm Sleeves
  • Aulora Scarf

Produk yang paling laris daripada koleksi Aulora Series adalah Aulora Pants.

Aulora Pants boleh di dapati dalam rekaan wanita dan rekaan lelaki.

Saya dan isteri saya mula jual Aulora Pants sebagai agen semenjak kami menjadi Pemilik Perniagaan Bebas dengan syarikat BE.

Di artikal ini, saya akan berkongsi cerita seorang prospek yang menghubungi kami melalui WhatsApp.

Untuk pengetahuan, Aulora Pants adalah produk pertama yang isteri saya Lynn guna daripada BE.

Dia telah pun membeli seluar Kodenshi tersebut pada akhir tahun 2017.

Tidak lama dahulu, Lynn telah menulis dan menerbitkan sebuah artikal yang menjelaskan bahawa kaum wanita boleh memakai Aulora Pants rekaan lelaki.

Prospek kami telah pun membaca artikal tersebut dan tanya, “Bolehkah kaum lelaki pakai Aulora Pants rekaan untuk wanita?”

Jawapannya ialah, tentunya Boleh!

Saya tahu kerana saya pun pakai Aulora Pants rekaan wanita pada tahun 2018.

Lelali pakai Aulora Pants

Di atas adalah gambar-gambar saya memakai Aulora Pants untuk kali yang pertama.

Saya membeli Aulora Pants saya yang pertama pada awal tahun 2018.

Pada masa itu, BE International cuma ada Aulora Pants rekaan wanita di dalam senarai produk-produknya.

Untuk kaum lelaki, kami tiada pilihan yang lain.

Kalau kami berminat untuk memakai seluar Kodenshi daripada Jepun, kami harus memakai Aulora Pants untuk wanita.

Pada mulanya, saya rasa pelik kerana kena pakai legging wanita.

Pada masa itu, saya langsung tidak pernah pakai legging kompresi.

Oleh itu, ini adalah satu pengalaman yang baru bagi saya.

Saya tidak pasti bagaimana perasaan semasa memakai sepasang legging.

Walau bagaimanapun, Lynn mendapat efek yang baik selepas memakai Aulora Pants dan saya pun amat berminat untuk mencubanya.

Oleh itu, saya telah minta Lynn untuk mendapatkan sepasang Aulora Pants untuk saya.

Selepas memakai seluar tersebut, saya pun telah menulis dan menerbitkan sebuah artikal untuk berkongsi pengalaman saya memakai Aulora Pants di blog ini.

BE International telah melancarkan Aulora Pants rekaan lelaki pada akhir tahun 2018.

Sejak itu, saya telah pun membeli sepasang Aulora Pants rekaan lelaki baru untuk saya.

Untuk pengetahuan, saya masih lagi pakai Aulora Pants rekaan wanita saya yang pertama.

Tetapi seluar tersebut telahpun menjadi longgar kerana “wear and tear” dan saya hanya pakai seluar tersebut pada waktu tidur.

Kalau anda seorang lelaki dan ingin tahu bolehkah anda pakai Aulora Pants dengan Kodenshi rekaan wanita…jawapannya ialah Ya, boleh!

Sampai sini sahajalah perkongsian saya.

Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau anda tidak jumpa jawapan yang anda sedang cari di artikal ini, sila buat bacaan dan kajian yang lebih lanjut.

Jika anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2023-10-21T16:46:57+08:00 October 21st, 2023|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment