3 Tips Bagaimana Nak Berjaya Dalam Perniagaan MLM

Perniagaan MLM ataupun Multi Level Marketing adalah salah satu bisnes yang sesiapa pun boleh mulakan dari rumah mereka.

Bisnes dari rumah

Ianya tidak perlu modal pelaburan yang banyak dan anda juga tidak perlu menyimpan stok produk.

Kini kebanyakan syarikat MLM di Malaysia akan memproses order dan juga membuat penghantaran barangan ke rumah pelanggan anda.

Pendapatan daripada bisnes MLM juga tidak terhad dan anda boleh membina rangkaian anda di mana sahaja asalkan terdapat WiFi dan internet.

Oleh itu, banyak orang di Malaysia amat tertarik dengan bisnes MLM khasnya dengan sistem pemasaran rangkai (network marketing).

Walaubagaimanapun, mengikut kajian Federal Trade Commission (FTC) di America Syarikat , 99% orang yang menyertai bisnes MLM tidak dapat menjana apa-apa pendapatan pun.

Oleh itu, hanya 1% golongan yang berkecimpung di dalam bisnes MLM dapat menjanakan keuntungan yang bersih daripada perniagaan mereka.

Kebanyakan orang yang menyedari statistik di atas terutamanya golongan yang bekerja sepenuh masa (employee) akan berasa terkejut dan elak daripada membina perniagaan MLM.

Saya faham situasi ini.

Peluang perniagaan MLM di Malaysia adalah terbuka untuk semua orang.

Ianya tidak menghalang sesiapa pun menyertai syarikat MLM sebagai ahli.

Oleh itu majoriti orang yang menyertai sebagai ahli adalah golongan pekerja yang mempunyai impian untuk berjaya di dalam bisnes.

Seperti yang di nyatakan dalam statistik di atas, 99% akan gagal.

Mengapa majoriti gagal dalam bisnes MLM?

Daripada pengalaman saya, kebanyakan orang gagal oleh kerana pemikiran ataupun mindset mereka.

Kalau anda menggunakan pemikiran seorang pekerja untuk membina bisnes…tidak kira apa bisnes pun, tentunya anda akan gagal.

Tetapi, kalau pemikiran anda seorang pemilik perniagaan atau business owner, peluang untuk anda berjaya dalam bisnes MLM adalah amat tinggi.

Sebagai contoh, mengikut statistik 99% orang gagal dalam perniagaan MLM, betul tak?

Ianya juga bermaksud 1% daripada golongan yang membina bisnes MLM berjaya!

Kalau anda mempunyai pemikiran seorang pemilik perniagaan, anda akan bertanya, apakah yang menolong golongan 1% berjaya di dalam bisnes MLM?

Ini adalah perbezaan di antara pemikiran seorang pekerja dengan seorang pemilik perniagaan.

Golongan yang berjaya dalam MLM

Di bahagian ini, saya akan berkongsi 3 tips bagaimana golong 1% berjaya dalam perniagaan MLM.

1. Mencari rakan bisnes yang berkualiti

Tip pertama yang saya ingin kongsi ialah orang yang berjaya dalam MLM sering cari prospek yang berkualiti.

Seperti yang saya telah nyatakan di atas, peluang perniagaan MLM adalah terbuka kepada semua orang.

Oleh itu, golongan yang gagal dalam MLM akan mempersembahkan peluang perniagaan ini kepada semua orang.

Mereka yang gagal MLM akan menjemput adik beradik, saudara mara, kawan-kawan, rakan-rakan sepejabat dan sebagainya untuk menyertai rangkaian mereka.

Aktiviti ini tidak salah dan kadangkala orang yang di jemput akan menyertai rangkaian kerana mereka berhasrat untuk menolong.

Tetapi, anda perlu tahu, prospek yang berkualiti rendah akan menyertai kumpulan sebagai seorang pengguna sahaja.

Mereka tidak berhasrat membina bisnes MLM.

Kalau aktiviti anda hanyalah fokus pada golongan prospek sedemikian, tentunya anda tidak akan berjaya dalam MLM.

Bagaimana pula dengan golongan yang berjaya dalam MLM?

Perbezaan adalah kualiti prospek yang di jemput untuk melihat peluang perniagaan MLM.

Prospek yang di hubungi mempunyai pemikiran seorang pemilik perniagaan.

Oleh itu, kalau anda nak berjaya dalam bisnes MLM, carilah prospek yang berkualti.

2. Cari produk yang unik

Tahukah anda bahawa bukan semua produk yang di jual adalah sesuai untuk pemasaran rangkaian atau MLM?

Produk-produk yang berkualiti tentunya boleh di jual.

Tetapi, kalau anda ingin meningkatkan peluang untuk anda berjaya di dalam bisnes MLM, produk yang di tawarkan oleh syarikat MLM haruslah unik.

Produk yang anda jual harus mengikuti konsep Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru.

Blue Ocean Strategy book

Konsep Blue Ocean Strategy adalah daripada buku yang di tulis W. Chan Kim dan Renee Mauborgne.

Produk daripada syarikat MLM haruslah unik dan berada di dalam kategorinya yang sendiri.

Kalau produk tersebut adalah produk lautan biru, ianya akan laris di pasaran kerana tiada saing daripada syarikat-syarikat yang lain.

Dengan penjual produk launtan biru, ianya akan memudahkan anda membina bisnes MLM anda.

3. Meningkatkan kemahiran menjual

Tip yang ketiga adalah meningkatkan skil ataupun kemahiran menjual anda.

Bisnes MLM adalah sejenis perniagaaan. Oleh itu, kalau anda nak berjaya, anda harus mempunyai kemahiran untuk menjual produk ataupun servis.

Kalau anda tidak pandai menjual, anda harus belajar dan mendapatkan latihan.

Kebanyak orang yang gagal dalam multi level marketing (MLM) cuba menjual dengan menggunakan fakta-fakta produk mereka.

Mereka akan menunjukkan semua fungsi-fungsi produk kepada pelanggan mereka.

Teknik jualan sedemikian tidak berkesan.

Golongan yang berjaya dalam MLM menjual dengan menggunakan teknik bercerita.

Anda boleh menggunakan cerita untuk menjelaskan bagaimana sesuatu produk dapat menyelesaikan masalah yang anda ataupun ahli keluarga anda hadapi.

Pelanggan anda akan lebih tertarik dengan cerita pengalaman anda menggunakan produk tersebut.

Kesimpulan

Banyak orang di Malaysia amat tertarik dengan potensi peluang perniagaan MLM.

Tetapi hakikatnya, 99% golongan yang menyertai bisnes MLM akan gagal.

Hanya 1% yang berjaya.

Untuk meningkatkan peluang kejayaan anda dalam bisnes MLM, di harapkan perkongsian di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Artikal berkaitan:

By | 2021-03-23T14:53:53+08:00 March 23rd, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment