Cara Terbaik Untuk Letak Jawatan Dengan Syarikat MLM

Di artikal ini, saya ingin berkongsi cara yang terbaik untuk meletakkan jawatan atau resignation daripada sebuah syarikat MLM.

Terlebih dahulu, saya ingin memberi penjelasan.

Working Muslim Lady

Kandungan artikal ini adalah untuk ketua-ketua ataupun leaders di dalam industri MLM.

Informasi artikal in BUKAN untuk ahli biasa ataupun pengguna-pengguna sesebuah syarikat MLM.

Jika anda adalah seorang pengguna atau ahli biasa dan anda ingin cancel atau tamatkan Distributor Contract anda, senang sahaja.

Anda cuma perlu menulis surat rasmi dengan nama penuh dan nombor ahli anda dan hantarkan kepada syarikat MLM tersebut.

Tetapi, jika anda adalah seorang ketua dengan barisan-barisan downline anda yang aktif, untuk meninggalkan syarikat MLM yang anda telah lama bekerjasama memerlukan proses yang lebih bijak dan diplomatik.

Syarikat multi level marketing (MLM) adalah seperti syarikat perniagaan yang lain bermakna mereka kerap mengupah pekerja-pekerja baru dan mempunyai pekerja lama yang akan letakkan jawatan atau resign.

Kalau anda adalah seorang ketua yang berjaya di dalam industri MLM, kemungkinan besar anda pernah bekerjasama dengan beberapa syarikat MLM lain sebelum anda menjumpai syarikat yang anda sedang membina rangkaian anda.

Ia adalah perkara biasa untuk seseorang pengusaha bisnes pemasaran rangkaian (network marketing) bekerjasama dengan 2 ataupun 3 syarikat MLM berbeza sebelum menjumpai sebuah syarikat yang memenuhi gaya hidup, matlamat dan aspirasi mereka.

Adakah anda seorang ketua bisnes MLM dengan syarikat jualan langsung seperti:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • SK Networks Retails (SK Magic)
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Kebanyak orang mungkin akan bertanya, jika anda sudah berjaya di dalam industri MLM, mengapa anda bercadang untuk meletakkan jawatan?

Kalau anda resign, bukankah anda akan kehilangan pendapatan bulanan daripada bisnes MLM anda?

Anda mungkin mempunyai sebab-sebab sendiri mengapa anda bercadang untuk meletakkan jawatan.

Walau bagaimanapun, untuk seseorang yang berpangkat tinggi di sebuah syarikat MLM meletakkan jawatan, kesannya adalah agak besar.

Oleh itu, saya akan berkongsi beberapa tips peletakan jawatan anda tanpa mengakibatkan:

  • Kejatuhan hasil jualan bulanan syarikat MLM
  • Keruntuhan barisan kepmpinanan (leadership)
  • Memutuskan semua hubungan persahabatan
  • Menjejaskan reputasi anda di dalam industri MLM

Hormat menghormati & bersopan

Sebagai seorang pemimpin dalam bisnes MLM, anda tidak memerlukan sebarang alasan untuk meletakkan jawatan anda dengan syarikat MLM.

Jika anda ingin memberikan penjelasan, anda boleh memberikan alasan sepert:

  • Anda menjumpa peluang yang lebih baik
  • Anda tidak lagi berminat untuk menjual produk-produk atau servis syarikat
  • Anda tidak lagi mempercayai arah tuju syarikat

Apa jua alasan yang anda berikan, anda harus hormat menghormati dan bersopan.

Anda mesti mengekalkan martabat anda!

Tidak kira apa cara anda berhasrat untuk meletakkan jawatan sama ada dengan panggilan telefon, surat rasmi, email, perjumpaan dengan pengurusan syarikat, anda haruslah hormat menghormati dan bersopan.

Kalau anda ingin berjumpa dengan CEO syarikat, anda harus menepati masa, berbudi bahasa dan bersopan apabila anda memberikan sebab anda untuk meletakkan jawatan.

Bersedia untuk menerima rayuan seperti:

“Anda adalah agent nombor satu!”

“Anda adalah pemimpin yang paling penting di syarikat.”

Tentunya anda akan mendengar ayat-ayat di atas di lafaskan oleh pihak pengurusan syarikat MLM yang anda bercadang untuk meletakkan jawatan.

Ingat, janganlah anda rasa marah terhadap upline anda jika dia merayu supaya anda kekal dengan syarikat.

Sentiasa kekal hormat menghormati dan bersopan santun semasa anda berurusan untuk melekat jawatan.

Jaga pertuturan anda

Selepas anda meletakkan jawatan, jangan anda sekali-kali memberikan tanggapan yang negatif terhadap bekas syarikat MLM anda.

Jikalau anda hanya mempunyai maklum balas negatif terhadap bekas syarikat MLM, anda tentu akan kehilangan pasaran hangat (warm market) dan juga prospek-prospek anda.

Berita peletakkan jawatan anda tentunya akan sebar dengan pantas.

Gosip-gosip mengenai peletakan jawatan anda juga akan menular dengan cepat di komuniti MLM.

Anda juga akan menjadi sasaran trolling di medan sosial.

Walau bagaimanapun, tetap kekalkan martabat anda.

Usah hiraukan komen-komen daripada orang yang anda tidak kenali di medan sosial.

Untuk mengurangkan reaksi kejutan peletakan jawatan, anda boleh mengurangkan aktiviti-aktiviti di dalam rangkaian anda.

Anda boleh mengundurkan diri dengan strategik.

Secara perlahan-lahan, anda boleh menjauhkan diri daripada aktiviti-aktiviti syarikat MLM.

Tetap kekalkan quota jualan bulanan anda dan berkomunikasi dengan downline-downline anda.

Lambat laun, pemergian anda daripada rangkai tidak akan menjadi kejutan yang besar.

Terima kasih kerana membaca artikal ini.

Di harapkan artikal ini dapat membantu anda.

Adakah anda seorang bekas ketua atau leader industri MLM?

Adakah anda berhasrat untuk membina semula rangkaian MLM anda dengan sebuah syarikat MLM baru yang moden dan dinamik?

Jika ya, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana kita boleh bekerjasama.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-07-18T10:10:43+08:00 July 17th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment