5 Tips Cara Membina Downline MLM Yang Berkesan & Efektif

Saya masih ingat hari pertama saya mendaftar sebagai ahli sebuah syarikat multi level marketing (MLM).

Sponsor atau penaja saya mengajar saya cara yang paling cepat untuk menaiki pangkat atau ranking di dalam perusahaan pemasaran rangkaian (network marketing) saya.

Saya adalah seorang suri rumah.

Upline saya juga adalah seorang suri rumah.

Upline upline saya juga adalah seorang suri rumah!

Saya berfikir, macam mana sekumpulan suri rumah dapat membina bisnes MLM?

Ini adalah satu cabaran yang amat besar!

Walaubagaimanapun, saya berhasrat untuk berjaya di dalam perniagaan MLM saya.

Oleh itu, saya mengikuti semua tunjuk ajar daripada Upline saya.

Selepas 3 tahun, saya bersyukur dapat mencapai kejayaan di dalam perusahaan MLM saya.

Walaupun ketiga-tiga cuma suri rumah, kami dapat menjana pendapatan yang lumayan daripada bisnes MLM.

Pendapatan daripada perniagaan MLM saya telah membolehkan saya mencapai salah satu impian saya iaitu memiliki sebuah rumah mewah.

Saya dan Upline saya telah mencapai ranking yang agak tinggi.

Upline upline saya pula telah mencapai ranking yang paling tinggi di dalam syarikat MLM dan jumlah pendapatannya sebulan mencapai 6 angka dalam Ringgit Malaysia (RM).

Ini adalah cerita perjalanan 3 orang suri rumah yang berjaya di dalam perniagaan MLM di Malaysia.

Cara membina downline yang berkesan

Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi 5 tips cara membina downline MLM dengan berkesan yang berdasarkan pengalaman saya membina rangkai di tempatan dan luar negara.

1. Gunakan strategi yang berkesan

Apakah yang di maksudkan dengan “strategi”?

Secara ringkas, strategi adalah langkah-langkah spesifik yang anda perlu ambil untuk mencapai sesuatu matlamat.

Dari segi strategi yang spesifik, langkah-langkah yang anda perlu lakukan boleh di tulis dan di senaraikan di atas kertas untuk mencapai matlamat anda.

Kalau anda baru sahaja membina rangkaian, anda mungkin berhasrat untuk cuba strategi sendiri.

Nasihat saya adalah…jangan!

Ikut sahaja strategi yang di gunakan oleh Upline anda yang berjaya.

Strategi yang mereka gunakan adalah terbukti berkesan.

2. Strategi mesti ringkas dan boleh di duplikasi

Strategi yang anda gunakan untuk membina downline di dalam rangkaian anda haruslah ringkas dan boleh di ikuti oleh sesiapa pun.

Tahu tak mengapa?

Strategi yang di gunakan haruslah ringkas supaya anda boleh ajar downline anda mengikutinya.

Seterusnya, downline anda boleh mengajar strategi tersebut kepada kumpulannya.

Ini adalah duplikasi strategi yang berkesan.

3. Dapatkan pengalaman

Tips yang ketiga adalah mendapatkan pengalaman.

Hanya satu cara sahaja untuk mendapatkan pengalaman iaitu dengan mengambil tindakan.

Anda perlu mengambil tindakan dengan melaksanakan kesemua langkah-langkah yang tertera di dalam strategi.

Seterusnya, anda harus mengajar dan mendorong downline anda untuk mengambil tindakan juga.

Apabila anda dan downline anda menpunyai pengalaman yang mendalam di dalam aktiviti membina rangkaian MLM, pendapatan anda tentunya akan meningkat.

4. Memberi sumbangan

Di sini, memberi sumbangan bukan dari segi sumbangan kewangan.

Maksud saya memberi sumbangan adalah dengan mengajar dan berkongsi kemahiran dan pengalaman anda dengan cara blogging, Facebook Live, YouTube Live dan seterusnya.

Objektif anda adalah untuk membina komuniti atau followers dengan setiap perkongsian pengalaman anda di laman internet and medan sosial.

Kini, anda boleh membantu bukan sahaja downline di dalam rangkaian anda, bahkan anda dapat membantu semua orang di dalam industri MLM.

5. Menjadi KOL

Tahukah anda maksud KOL?

KOL adalah Key Opinion Leaders.

Bila anda mengajar dan berkongsi pengalaman anda kepada semua orang di dalam industri MLM, lambat-laun komuniti, fans ataupun followers anda akan meningkat.

Justeru, anda akan menjadi KOL di dalam industri MLM.

Apabila anda mencapai status KOL, anda akan di kenali sebagai seorang pakar yang berpengaruh yang boleh membina rangkai MLM yang besar di mana sahaja.

Oleh itu, anda akan menarik lebih banyak orang untuk menghubungi anda yang berhasrat untuk menjadi downline anda.

Nampak tak dengan mengikuti tips ini, anda tidak perlu khuatir lagi untuk mencari prospek baru untuk rangkaian anda.

Kesimpulan

Jika anda adalah seorang pengusaha bisnes MLM dan anda berhasrat untuk meningkatkan pendapatan anda, aktiviti yang anda perlu buat adalah mencari dan sponsor lebih banyak downline ke dalam rangkaian anda.

Kebanyak orang yang baru tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan downline kerana mereka tidak mengikuti strategi yang berkesan.

Untuk pengusaha-pengusaha yang telah lama di industri MLM, mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih cepat kerana mereka tidak membuat tips yang keempat dan kelima yang saya telah kongsi di atas.

Perniagaan MLM adalah satu model bisnes yang mulia. Tetapi, banyak orang gagal kerana mereka tidak tahu bagaimana mencari downline.

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-04-08T08:15:37+08:00 April 6th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment