Skim Piramid Dan MLM – Apakah Perbezaan Kedua Sistem?

Apa itu skim piramid?

Permainan Piramid

Apa itu skim Multi Level Marketing (MLM)?

Apakah perbezaan di antara kedua-dua sistem?

Daripada pengalaman saya, kebanyakan orang di Malaysia pernah mendengar “Skim Piramid” dan juga MLM.

Kebanyakan orang bila mendengar perkataan “skim piramid”, mereka terus membuat keputusan bahawa ianya adalah sejenis penipuan ataupun scam.

Mereka ingat skim piramid dan MLM adalah sama.

Sebenarnya, pemahaman di atas kurang tepat.

Di artikal ini, saya akan menjelaskan apakah perbezaan di antara Skim Pyramid dan MLM.

Sistem piramid di Malaysia

Skim piramid adalah sejenis model bisnes yang tidak dapat kekal lama.

Apabila seseorang penyertai skim piramid, mereka di kehendaki membayar yuran penyertaan yang tinggi.

Biasanya, yuran penyertaan adalah beratus ataupun beribu ringgit.

Skim piramid tiada produk ataupun servis untuk di jual.

Skim sedemikian juga di kenali sebagai Skim Ponzi.

Adakah skim piramid haram di Malaysia?

Ya, semua skim piramid adalah haram di Malaysia.

Orang yang boleh mendapat keuntungan daripada skim piramid adalah individu di atas piramid tersebut.

Ingat, skim piramid langsung tidak menjual produk ataupun servis.

Orang baru yang menyertai skim piramid tidak akan mendapat keuntungan wang untuk jangka masa yang panjang.

Kebanyakan orang yang penyertai skim piramad akan mengalami kerugian semua wang yang telah di labur ke dalam skim.

Apakah perbezaan di antara skim piramid dengan sistem Multi Level Marketing (MLM)?

Skim piramid biasanya di promosikan kepada orang ramai yang ianya boleh menjana keuntungan yang tinggi dan peserta-peserta tidak perlu menbuat penjualan sama sekali.

Mereka hanya perlu melabur wang dan tunggu keuntungan pada akhir bulan.

Pengasas-pengasas skim piramid akan membuat sedaya upaya untuk menyakinkan orang ramai bahawa skim mereka adalah sama seperti multi level marketing (MLM) yang sah.

Mereka akan membuat tuntutan bahawa skim atau perniagaan mereka mempunyai produk dan servis.

Mereka akan mencetak katalog dan brosur tapi malangnya produk dan servis tidak wujud.

Pengasas-pengasas akan menggunakan wang yang di ambil oleh peserta-peserta skim piramid baru untuk membayar kepada pelabur-pelabur awal skim tersebut.

Model MLM di Malaysia

Model MLM pula biasanya di gunakan oleh syarikat jualan langsung ataupun direct sale di Malaysia.

Syarikat-syarikat MLM di Malaysia mesti mempunyai lesen daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Tahukah berapa buah syarikat yang mempunyai lesen jualan langsung daripada KPDNHEP?

Malaysia mempunyai beratus-ratus buah syarikat jualan langsung yang berlesen dan banyak lagi syarikat yang tidak berlesen.

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

DSAM kini mempunyai lebih 120 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Syarikat-syarikat tersebut adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia mempunyai banyak syarikat jualan langsung besar yang berlesen.

Syarikat-syarikat berlesen akan merekrut agen-agen untuk memasar dan menjual produk atau servis yang di sediakan.

Agen-agen mendapat keuntungan apabila mereka dapat membuat penjualan.

Mengapa syarikat jualan langsung menggunakan model MLM?

Salah satu sebab adalah untuk menjimatkan kos pengiklanan.

Bajet yang di sediakan syarikat untuk pengiklanan produk kini di kongsi dengan agen-agen syarikat.

Ini adalah konsep perkongsian keuntungan atau profit sharing.

Agen-agen atau distributors pula memasar dan menjual produk dengan menggunakan teknik perkongsian mulut ke mulut atau word of mouth.

Syarikat MLM juga memberikan insentif dari segi bonus kepada agen-agennya apabila mereka menaja ataupun sponsor agen baru ke dalam rangkaian syarikat.

Oleh itu, perniagaan yang menggunakan model multi level marketing (MLM) adalah sah di Malaysia.

Kesimpulan

Adakah anda dapat membuat perbezaan di antara skim piramid dan multi level marketing (MLM)?

Secara ringkas, skim piramid adalah haram di Malaysia.

Perniagaan yang menggunakan model MLM pula adalah sah.

Di harapkan penjelasan saya di atas dapat membantu.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-07-17T17:09:48+08:00 July 16th, 2022|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment