7 Sebab Jangan Menggunakan Facebook Untuk Bisnes MLM

Salah satu peralatan yang sangat berkuasa untuk membina bisnes Multi Level Marketing (MLM) adalah dengan menggunakan internet.

Tedapat banyak cara yang anda boleh gunakan untuk membuat aktiviti pemasaran dengan menggunakan internet.

Salah satu cara adalah dengan menggunakan medan sosial.

Di Malaysia, medan sosial yang paling popular adalah Facebook.

Walaupun terdapat banyak rakyat Malaysia menggunakan Facebook, ianya tidak bermakna anda boleh menjemput semua “kawan-kawan” Facebook anda untuk melihat peluang perniagaan MLM.

Aktiviti posting atau mesej yang keterlaluan di Facebook adalah di kenali sebagai spamming.

Tentunya anda faham maksud “spam” dan saya pasti anda juga benci menerima email, mesej-mesej di Facebook, Instagram, WhatsApp dan sebagainya yang tidak di kehendaki.

Mesej-mesej spam tidak berguna dan hanya menghabiskan masa penerima untuk memadamnya.

Oleh itu di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi 7 sebab mengapa anda tidak harus menggunakan Facebook untuk membina perniagaan MLM anda dengan teknik spamming.

Facebook spam yang tidak berkesan

1. Orang akan marah

Sebab pertama mengapa anda tidak harus menggunakan Facebook untuk mempromosikan peluang perniagaan MLM ialah tindakan anda akan membuat kawan-kawan anda marah.

Bukan semua rakan-rakan di Facebook berhasrat untuk membuat bisnes MLM.

Kebanyakan mereka lebih suka bekerja di sebuah syarikat.

Untuk mengembangkan rangkaian anda, objektif anda adalah untuk mencari ataupun merekrut orang yang berhasrat untuk mulakan bisnes dari rumah (home based business) mereka.

Kalau anda kerap menghubungi kawan-kawan anda di Facebook yang tidak berminat dengan MLM, kemungkinan besar mereka akan “Unfriend” anda.

2. Aktiviti yang tidak produktif

Bisnes MLM adalah sejenis perniagaan yang mulia.

Tetapi jika anda selalu menghantar mesej yang tidak di ingini di Facebook, ianya akan membuang masa anda.

Oleh itu, perbuataan anda tidak menjanakan apa-apa hasil untuk bisnes anda.

Lebih teruk lagi, orang ramai akan menganggap MLM adalah satu model perniagaan untuk main-main sahaja dan bukannya sejenis peluang perniagaan yang serius.

3. Mesej berulang-ulang akan hilang keberkesanannya

Jika anda kerap menghantar mesej atau spam dinding Facebook kawan-kawan anda, mesej dan posting anda akan hilang keberkesanannya.

Mesej dan posting anda akan menjadi sama dengan mesej dan iklan penjualan yang lain di mata kawan anda.

Oleh itu, kawan-kawan anda tidak akan hirau mesej dan posting anda.

Ianya seakan-akan anda telah melatih kawan-kawan anda di Facebook untuk mengabaikan semua mesej dan posting anda.

4. Facebook bukannya untuk membina bisnes

Orang ramai menggunakan Facebook bukannya untuk menjalankan aktiviti perniagaan.

Tujuan utama orang ramai menggunakan Facebook adalah untuk bersosial.

Oleh itu, segelintir pengguna Facebook akan benci berinteraksi dengan anda jika tujuan anda adalah untuk membina bisnes.

5. Ada peralatan yang lebih baik di Facebook

Jika anda berhasrat untuk membina bisnes MLM anda di Facebook, terdapat peralatan yang lebih baik dan berkesan yang anda boleh gunakan untuk mencari prospek peluang MLM.

Anda boleh menggunakan Facebook fan page dan Facebook Ads untuk mengenalpasti orang-orang yang berminat dengan peluang perniagaan MLM anda.

6. Posting untuk semua orang di Facebook tidak mempunyai sasaran

Jika anda membuat posting mengenai peluang perniagaan MLM anda di FB, mesej anda tidak mempunyai sasaran.

Semua kawan-kawan FB anda akan nampak mesej malahan hanya segelintir golongan yang kecil sahaja berminat untuk mulakan bisnes dari rumah.

Majoriti kawan-kawan anda tidak faham apa yang anda sedang lakukan.

Untuk mendapatkan prospek yang lebih berkualiti, saya akan menasihatkan supaya anda Private Message (PM) individu.

7. Tiada ruang untuk penjelasan yang bekesan

Facebook boleh di gunakan untuk mencari prospek MLM, tetapi ianya bukan ruang yang sesuai untuk anda menjelaskan peluang perniagaan MLM anda.

Kalau rakan anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut bisnes anda, adalah lebih baik anda membuat temu janji untuk bertemu dengan rakan anda.

Dapatkan sokongan daripada upline ataupun ketua kumpulan MLM untuk menolong anda.

Kesimpulan

Facebook adalah laman medan sosial yang paling popular di Malaysia.

Oleh itu, banyak orang yang berkecimpung dalam bisnes MLM akan menggunakannya untuk membina rangkaian mereka.

Malangnya, aktiviti-aktiviti yang di lakukan di Facebook mereka adalah tidak berkesan, membuang masa dan di anggap sebagai spam oleh kawan-kawan mereka.

Anda harus meggunakan teknik yang lebih berkesan!

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-05-30T22:56:04+08:00 March 26th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment