Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog. Nama saya ialah Daddy Will dan saya adalah suami Mommy Lynn.
Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Philip Island di Melbourne, Australia.
Pakej perlancongan saya ke Australia di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda menjadi Pemilik Perniagaan Bebas atau Independent Business Owner (IBO) dengan syarikat BE International.
Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.
Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:
- Aulora Pants
- Aulora Socks
- Aulora Basic Top (T-shirt)
- Aulora Panties
- Aulora Boxer
- Aulora Arm Sleeves
- Aulora Scarf
Kalau anda berhasrat untuk membina bisnes BE, anda seharusnya tahu bagaimana untuk mendapatkan pelanggan.
Bagi bisnes saya dan isteri saya, fokus kami adalah pada produk Aulora Pants dengan Kodenshi.
Teknik yang kami gunakan untuk mendapatkan penunjuk ataupun leads daripada orang yang berminat untuk membeli Aulora Pants adalah dengan menulis artikal yang berkaitan dengan Aulora Pants.
Teknik ini juga di kenali sebagai Content Marketing atau Pemasaran dengan cara berkongsi informasi.
Kalau anda boleh mengarang artikal, anda boleh menggunakan teknik ini.
Di bahagian seterusnya, saya akan berkongsi 5 tips bagaimana untuk menulis artikal yang berkesan dan efektif untuk mendapatkan leads untuk menjual Aulora Pants.
1) Bermulalah dengan matlamat anda
Sebelum anda menulis sebarang artikal, anda perlulah tahu apakah matlamat artikal tersebut.
Kalau anda nak mendapatkan pelanggan untuk menjual Aulora Pants, artikal anda haruslah membantu anda untuk mendapatkan leads.
Oleh itu, artikal anda haruslah memberikan sedikat info mengenai cara penggunaan Aulora Pants dan manfaatnya.
Setiap kali anda menulis artikal, fokuslah pada satu topik.
Contohnya, prospek anda mungkin ingin tahu adalah panas semasa memakai Aulora Pants.
Oleh itu, anda boleh fokus pada topik ini.
Info yang terbaik adalah dengan berkongsi pengalaman anda memakai Aulora Pants samada anda rasa panas ataupun tidak.
2) Pastikan siapa pembaca anda
Sebelum anda menulis artikal, pastikan anda tahu siapa golongan pembaca anda.
Adakah anda nak menulis artikal anda untuk ibu-ibu yang hamil?
Mungkin anda nak berkongsi info dengan orang-orang yang ada masalah sakit kaki dan lutut.
Mungkin anda nak berkongsi info untuk kaum wanita yang ada masalah sakit haid dan bagaimana Aulora Pants boleh membantu.
Oleh itu, sebelum anda mula menulis artikal, pastikan artikal anda di tulis khas untuk golongan pembaca yang tertentu.
3) Kekalkan penuliskan yang ringkas
Tip ketiga adalah corak penulisan artikal anda.
Saya akan recommend anda kekalkan teknik penulisan artikal yang ringkas.
Artikal anda haruslah mudah di baca oleh seorang budak sekolah rendah.
Karangan anda haruslah ringkas dan senang di baca.
Bayangkan anda sedang berborak dengan seorang pembaca artikal di depan anda.
Penulisan artikal anda adalah seperti anda sedang bercakap dengan pembaca anda.
4) Tanya soalan
Tip yang seterusnya ialah tanya soalan di dalam artikal kepada pembaca anda.
Adakah artikal ini memberikan manfaat?
Tahu tak manfaat pengaliran darah dalam tubuh badan yang lebih lancar?
Apakah solusi untuk masalah kaki yang kebas?
Bagaimana untuk mengurangkan rasa sakit tanpa mengambil ubat tahan sakit?
Tanyalah soalan-soalan kepada pembaca di dalam artikal anda.
5) Panggilan untuk ambil tindakan
Tip yang terakhir adalah Panggilan untuk ambil tindakan atau “Call to action“.
Biasanya, saya akan letakkan pautan untuk menghubungi saya melalui WhatsApp di akhir artikal saya.
Oleh itu, anda juga boleh berbuat demikian.
Kalau pembaca artikal anda mempunyai sebarang soalan mengenai Aulora Pants, mereka boleh klik pada pautan untuk menghubungi anda di WhatsApp.
Setelah anda menulis artikal, di manakah anda boleh menerbitkan artikal anda?
Laman apakah yang paling efektif untuk menerbitkan artikal anda?
Baiklah, sampai sini sahaja perkongsian saya.
Terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca artikal ini.
Di harapkan perkongsian saya dapat membantu.
Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.
Kandungan di blog ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.
Jika anda mempunyai soalan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya melalui WhatsApp dan saya akan bantu anda.
Leave A Comment