Bisnes Online Menguntungkan Yang Boleh Di Usahakan Secara Part Time 2024

Apakah jenis perniagaan online ataupun bisnes dari rumah yang anda oleh usahakan secara part time di Malaysia?

Di artikal ini, saya akan berkongsi cerita saya dan isteri saya.

Will & Lynn

Terlebih dahulu, terima kasih kerana mengunjungi Mommy Lynn Blog.

Nama saya ialah Will dan isteri saya bernama Lynn. Kami adalah dari Kuala Lumpur, Malaysia.

Di atas adalah gambar kami yang di ambil ketika kami berkunjung ke Universal Studio di Osaka, Jepun.

Jika anda bercadang untuk memulakan bisnes di atas talian yang anda boleh usahakan secara part time, saya akan berkongsi pengalaman bisnes online kami.

Di bahagian seterusnya, saya akan menjelaskan cabaran-cabaran yang anda akan menghadapi apabila anda memulakan bisnes dari rumah.

Saya juga akan menjelaskan bagaimana anda memilih produk untuk di jual melalui bisnes anda.

Teknik untuk memilih produk adalah dengan menggunakan Strategi Lautan Biru atau Blue Ocean Strategy.

Cabaran-cabaran

Kebanyakan orang di Malaysia tidak tahu, untuk memulakan satu perniagaan dari rumah secara online yang menguntungkan adalah amat sukar.

Biasanya, orang ramai yang bercadang untuk memulakan bisness dari rumah akan membeli stok dari negara China melalui AliExpress.com ataupun di Taobao.com dan memasarkannya di Facebook, Instagram, TikTok Shop, Shopee dan sebagainya.

Cabaran pertama anda akan hadapi ialah margin ataupun peratus keuntungan yang sangat rendah.

Sebagai contoh, katakan anda membeli stok bag tangan di Taobao and menjualnya di media social dengan harga RM30 – RM50.

Dalam proses menjual bag tangan tersebut, kemungkinan besar anda akan mengambil masa lebih 2 hari untuk berbincang dan berunding dengan seorang pelanggan.

Untung anda daripada menjual satu bag tangan mungkin hanya RM10 – RM15 sahaja selepas tolak kos penghantaran melalui Poslaju.

Ini adalah satu margin yang sangat rendah.

Jika anda menjual dengan harga yang lebih mahal, pelanggan anda tidak akan membeli kerana mereka boleh membeli daripada penjual lain.

Di sini terletaknya cabaran kedua menjalankan perniagaan online anda.

Cabaran kedua adalah pesaing-pesaing ataupun competition.

Mengambil stok yang murah dari negara China adalah satu proses yang mudah.

Sesiapa pun boleh membuat demikian.

Ada kemungkinan, barangan yang di jual oleh pesaing anda adalah lebih kurang sama dengan produk anda.

Jadi, produk anda tiada kelebihan ataupun faktor yang berbeza.

Apakah penyelesaiannya?

Penyelesainya ialah dengan menggunakan Strategi Lautan Biru.

Strategi Lautan Yang Biru

Di sini, saya ingin berkongsi cara pemilihan produk untuk perniagaan online yang berbeza.

Pendekatan perniagaan online anda seharusnya menggunakan teknik Blue Ocean Strategy.

Blue Ocean Strategy book

Blue Ocean Strategy adalah sebuah buku permasaran dan business karangan W. Chan Kim dan Renee Mauborgne.

Strategi perniagaan yang di cadangkan di dalam buku tersebut ialah:

Mencipta satu pasaran baru yang tiada persaingan ataupun ruang permasaran baru yang menjadikan pesaing-pesaing lain tidak relevant.

Di sini, saya akan menjelaskan satu contoh perniagaan yang menggunakan Blue Ocean Strategy.

Contohnya ialah syarikat Red Bull.

Red Bull
Minuman bertenaga Red Bull

Syarikat Red Bull di tubuhkan oleh Dietrich Mateschitz dari Austria pada tahun 1984.

Seperti yang kita ketahui, Red Bull adalah satu minuman bertenaga yang paling popular di pasaran.

Tahukah anda sebelum tahun 1984, kategori minuman bertenaga tidak wujud di pasaran?

Mateschitz, sebagai seorang jurujual, telah pergi ke Thailand untuk lawatan berkerja.

Di Thailand, beliau di beri satu minuman Krating Daeng untuk menolongnya mengatasi jet lag.

Krating Daeng
Keratan iklan surat khabar minuman Krating Daeng yang lama

Mateschitz mendapati minuman tersebut amat berhasil dan mengambil formula minuman tersebut balik ke Eropah.

Mateschitz nampak potensi minuman tersebut dan telah menubuhkan sebuah syarikat di panggil Red Bull.

Untuk memasarkan minuman syarikatnya, Mateschitz dengan penasihat permasarannya memperkenalkan satu kategori pasaran yang baru, iaitu pasaran minuman bertenaga.

Oleh kerana tiada pesaing lain pada masa itu, Red Bull bertumbuh maju dengan pesat.

Contoh permasaran Red Bull adalah teknik Blue Ocean Strategy yang telah berjaya.

Aplikasi strategi lautan biru

Untuk menggunakan Blue Ocean Strategy di perniagaan online, anda seharusnya melibatkan diri di dalam satu pasaran yang baru.

Sebagai contoh, untuk bisnes online saya, saya telah memilih pasaran Wearable Technology ataupun teknologi yang boleh di pakai.

Apakah itu Wearable Technology?

Contoh yang paling ringkas ialah Apple iWatch.

Apple iWatch adalah sebuah jam tangan yang dapat berhubung dengan telefon pintar anda.

Untuk perniagaan online saya, pasaran “teknologi yang boleh di pakai” yang saya ceburi adalah dari segi pakaian seperti seluar, baju, stoking, panties, boxer, sleeves tangan dan anak tudung.

Produk business online

Produk-produk tersebut di perbuat dengan menggunakan teknologi ceramic-mikro yang mengeluarkan sinar infra merah jauh ataupun far infrared ray (FIR) adalah di import daripada negara Jepun.

Pakaian yang menggunakan teknologi FIR adalah baru di pasaran Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei, Hong Kong dan sebagainya.

Oleh itu, pesaing-pesaing ataupun competition tidak wujud.

Oleh itu, bisnes online yang beroperasi dari rumah yang memasarkan produk pakaian FIR adalah mudah dan menguntungkan.

Model pemasaran

Apakah model pemasaran untuk produk pakaian FIR di Malaysia, Singapura, Hong Kong, Brunei dan Indonesia?

Model pemasaran adalah dengan cara dropshipping.

Apa it dropshipping?

Dropshipping ialah satu konsep perniagaan yang mudah, ringkas dan amat sesuai dengan perniagaan internet atau bisnes online kerana ia tidak memerlukan anda mengeluarkan modal dan menyimpan stok.

Sebagai pengusaha, tugas utama anda ialah melaksanakan aktiviti-aktiviti pemasaran ataupun marketing.

Di zaman norma baru, fokus aktiviti-aktiviti pemasaran anda adalah dengan blogging dan di laman sosial seperti Facebook, YouTube, TikTok and Instagram.

Peluang perniagaan

Di sini, izinkan saya berkongsi cerita bagaimana produk-produk FIR memenuhi permintaan seorang pembaca blog kami.

Baru-baru ini, saya menerima satu mesej WhatsApp daripada En. Z.

En Z mesej

Di atas adalah mesej-mesej yang di hantar oleh En. Z.

En. Z sedang mencari satu peluang perniagaan yang boleh di usahakan secara online yang tidak memerlukan modal yang banyak.

Pada petang hari tersebut, saya telah membuat panggilan WhatApp Video dengan En. Z.

Daripada panggilan tersebut, saya dapat tahu En. Z adalah dari Pahang.

Sebelum itu, saya telah hantar info dan testimoni-testimoni pengguna pakaian FIR kepada En. Z.

Saya juga memberitahu En. Z bahawa pasaran untuk pakai FIR yang sedang berkembang pesat.

Kebelakangan ini, banyak pelanggan-pelanggan saya yang membeli stokin dan seluar FIR untuk pergi ke umrah.

Mereka membawa stokin dan seluar FIR bersama untuk mengurangkan sakit di bahagian kaki dan lutut ketika umrah.

En. Z sangat berminat dengan produk pakaian FIR tersebut.

Panggilan WhatsApp Video kami berlangsung selama lebih kurang 30 minit.

Saya berkongsi potensi pendapatan yang boleh di jana dengan menjual pakaian-pakaian FIR.

En. Z pula berkongsi bagaimana di akan memasarkan produk FIR.

Dia kenal banyak pengusaha agensi perlancongan yang mengendalikan rombongan umrah dan haji.

Agensi-agensi tersebut kerap mengadakan promosi dan mesyuarat di masjid-masjid di Pahang.

Di mesyaurat tersebut, En. Z boleh memperkenalkan pakaian-pakaian FIR kepada orang ramai di sana.

Ini adalah satu cadangan yang amat baik dan saya pun berasa teruja.

Kalau En. Z serius dalam peluang perniagaan pakaian FIR ini, saya dan isteri saya akan membantunya.

Kalau anda boleh nampak potensi produk pakaian-pakaian FIR di Malaysia, anda juga akan terasa teruja.

Adakah anda berminat dengan peluang perniagaan pakaian FIR ini?

Jika ya, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan kongsi informasi lebih lanjut.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-02-25T16:32:42+08:00 February 24th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment