Bisnes MLM & Produk Terbaru Di Malaysia 2024

Terima kasih kerana melayari blog Mommy Lynn. Nama saya Will dan saya berasal daripada Kuala Lumpur, Malaysia.

Will at Osaka

Di atas adalah gambar saya yang di ambil ketika melawat Kiyomizu Temple di Kyoto, Jepun.

Saya dan isteri saya berkecimpung dalam bisnes network marketing atau pemasaran rangkaian.

Kami telah membina bisnes kami sejak bulan Mac 2018.

Saya dan isteri saya telah di berikan 2 tiket percuma untuk melawat negara Jepun pada bulan November 2022 hasil daripada usaha kami membina perniagaan MLM kami dengan syarikat yang kami bekerjasama.

Di artikal ini, saya ingin berkongsi pengalaman saya untuk mereka yang berhasrat untuk berkecimpung dalam industri MLM di Malaysia.

Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana anda memilih produk yang laris untuk bisnes MLM anda.

Anda harus ingat, MLM adalah sejenis perniagaan.

Walaupun anda tidak perlu mendaftar sebuah syarikat ataupun menyewa sebuah kedai untuk perniagaan anda, MLM tetap perlu di jalankan sebagai sebuah perniagaan yang legit.

Sesebuah perniagaan yang ingin menjana keuntungan ataupun profit haruslah menjual samada produk atau pun servis.

Untuk perniagaan MLM kami, keuntungan di jana daripada penjualan produk.

Untuk bisnes MLM, apakah jenis produk yang paling laris?

Adakah anda perlu memilih produk yang terbaru di pasaran Malaysia untuk di jual dengan kaedah jualan langsung dan pemasaran rangkaian (network marketing)?

Sebenarnya, untuk berjaya dalam bisnes MLM, untuk tidak perlu memilih produk yang terbaru di pasaran.

Izinkan saya berkongsi pengalaman saya.

Pada permulaan, saya memang tidak pasti sama ada saya boleh membina bisnes MLM kerana saya tidak pernah terlibat dalam aktiviti penjualan sama sekali.

Walaubagaimanapun, saya dengan isteri saya berjaya mengembangkan perniagaan kami dari Malaysia ke Singapura, Brunei, Hong Kong, Indonesia dan seluruh dunia.

Apakah rahsia kejayaan perniagaan kami?

Rahsia kejayaan kita adalah keunikan produk teras yang di jual daripada bisnes kami.

Saiz industri

Berapa besarkah saiz industri jualan langsung di Malaysia?

Masyarakat yang tidak pernah berkecimpung di dalam industri jualan langsung, tidak tahu bertapa besarnya saiz industri.

Mengikut lembaran fakta dan data daripada World Federation of Direct Selling Associations (WFDSA), sebuah organisasi yang mewakili organisasi-organisasi jualan langsung daripada 170 buah negara, Malaysia berada di posisi ketujuh secara global di segi jumlah jualan.

Pada tahun 2020, jumlah jualan industri jualan langsung di Malaysia adalah lebih daripada USD6.97 Billion!

Mengikut statistik daripada WFDSA, 10 pasaran jualan langsung yang terbesar di dunia adalah:

1) Amerika Syarikat (USD40.1 Billion)
2) China (USD19.18 Billion)
3) Jerman (USD17.96 Billion)
4) Korea Selatan (USD17.74 Billion)
5) Jepun (USD15.41 Billion)
6) Brazil (USD8.25 Billion)
7) Malaysia (USD6.97 Billion)
8) Mexico (USD5.27 Billion)
9) Perancis (USD5.13 Billion)
10) Taiwan (USD4.46 Billion)

Syarikat jualan langsung

Berdasarkan data daripada WFDSA, pada tahun 2020 industri jualan langsung Malaysia mencapai jumlah jualan USD6.97 Billion.

Syarikat jualan langsung Malaysia yang manakah menjana jumlah jualan tersebut?

Malaysia mempunyai beratus-ratus buah syarikat jualan langsung yang berlesen dan banyak lagi syarikat yang tidak berlesen.

Syarikat jualan langsung besar yang berlesen kebanyakan adalah ahli rasmi Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

DSAM kini mempunyai lebih 130 buah syarikat jualan langsung Malaysia yang menjadi ahli.

Beberapa syarikat yang menjadi ahli DSAM adalah:

  • Agape Superior Living
  • AM Life International
  • AMC Allied Metalcraft
  • Americ
  • Amway
  • Ana Edar
  • Annkang Wellness
  • ASEA Redox
  • Asia Herbal Biotech
  • Atomy
  • Avon Cosmetics
  • BE International
  • Best World Lifestyle (BWL)
  • Biing Han
  • Brilliant Point (BPI)
  • Cadware Pioneer (CW)
  • CenGreen Global
  • Chini Enterprise
  • ChungHo Nais
  • CNI Enterprise
  • Conforer Global
  • Cosway
  • Coway
  • Creative Dreams International
  • Cuckoo International
  • De Ocean International
  • Decho Bio International
  • Diamond Interest
  • Doterra
  • DXN Marketing
  • Edmark
  • Edutex Trading
  • Elken
  • Elo Water
  • Enagic
  • Excellent Household Resources
  • Extend My Network
  • Fitline PM International
  • Flantech Asia
  • Forever Living Products
  • Forlife Research 4Life
  • Gano Excel
  • Goodarch
  • Greaten Bridge
  • Grolier
  • HDI Network
  • Healthy Futures
  • Healthy Homes (Rainbow)
  • Healthy Way
  • Herbalife
  • Home Direct Shopping
  • I-Linkage Nutric
  • Immeri
  • Infinitus International
  • Jeunesse Global
  • Just Essentials
  • K-Link International
  • Kyani
  • KZ1 Global
  • Leroy International
  • LG PuriCare
  • Lifepharm
  • LifeWave
  • Luxor
  • Manamana International
  • Market Malaysia Shop (Shop.com)
  • Mary Kay
  • Max Health & Living
  • Max Pine
  • MD Dermatics
  • MOI Worldwide
  • Morinda
  • MPI Multi-Pure
  • N.Z. New Image
  • Natural Health Farm (NHF)
  • Nefful
  • NHTC Wellness Product (NHT Global)
  • Norwex
  • Nu Skin
  • ODC International
  • ODO
  • Ola Beleza (Natura)
  • Omni AAA
  • OMX Nutrition
  • One Green Solution (Sollife)
  • Optimo International
  • Perfect Pentagon
  • PHHP Marketing
  • Pure N Fresh (PureNFresh)
  • Qnet
  • Reliv International
  • Revell Global
  • Richnergy International (Rich Legacy)
  • Sachaway
  • Sahajidah Hai-O
  • Shaklee
  • Shuang Hor
  • Siang Hin
  • Singer
  • SK Networks Retails (SK Magic)
  • Stemey
  • Stemtech
  • Stolle
  • Successmore Being
  • Sunrider International
  • Swisderm International
  • Synergy Worldwide
  • Tasly
  • TDC
  • Thanks Ai
  • Theta Mobile (Thetaedge)
  • Tiens Health Development (Tiens)
  • Total Reach (NewLife)
  • Totalife
  • Tri Wonder International
  • True Mix
  • Tupperware
  • UGS Network
  • UHS Essential Health (USANA)
  • Unicity
  • Vasayo
  • Vii Nutrition
  • Viva Life Science
  • VMAlife
  • Wealthy Pentagon (Easecox)
  • Worldwellness
  • YMR International
  • Young Living
  • Zhulian
  • Zinzino
  • 27 Venture (Twenty7)

Berdasarkan senarai di atas, Malaysia mempunyai banyak syarikat jualan langsung besar yang berlesen.

Setiap tahun, syarikat-syarikat tersebut akan mengeluarkan produk-produk baru untuk pasaran.

Penilaian produk bisnes MLM

Kini kita tahu saiz industri jualan langsung di Malaysia adalah amat besar.

Bagaimana pula kita meneliti produk yang laris untuk industri jualan langsung?

Jika anda sedang menilai produk terbaik untuk bisnes MLM, saya akan berkongsi proses yang saya gunakan untuk mencari produk yang paling sesuai untuk perniagaan jualan langsung.

Salah satu konsep untuk berjaya di dalam perniagaan network marketing yang saya belajar daripada Jim Rohn adalah menjual produk yang unik.

Jim Rohn

Banyak orang pernah mencuba untuk membuat bisnes pemasaran rangkai, tetapi, kebanyakan orang gagal di dalam ikhtiar mereka.

Saya akan berikan penjelasan.

Jika anda berhasrat untuk mula perniagaan MLM, cabaran yang paling besar ialah menentukan produk yang mana satu untuk di jual.

Pemilihan produk yang betul adalah salah satu penentu kejayaan di dalam bisnes jualanan langsung.

Apabila anda memilih produk yang betul, anda akan senang mendapatkan penjualan (sales), rekrut agen baru dan juga mengembangkan rangkaian anda justeru mendapat sumber pendapatan yang lumayan.

Walaubagaimanapun, jika anda memilih produk yang salah, adalah amat susah untuk mendapatkan penjualan atau merekrut agen baru ke dalam rangkaian anda.

Jika anda tidak pernah membuat bisnes pemasaran rangkaian, jualan langsung atau MLM, dapatkah anda lihat bahawa pemilihan produk yang betul adalah satu cabaran yang amat besar?

Bagaimana memilih produk yang betul?

Di bahagian ini, saya akan berkongsi satu konsep pemilihan produk daripada buku The Blue Ocean Strategy atau Strategi Lautan Biru yang di karang oleh RenĂ©e Mauborgne dan W. Chan Kim.

Blue Ocean Strategy book

Saya akan menjelaskan konsep buku tersebut dengan satu cerita.

Ada 2 orang kawan karib yang bernama Michael dan Jeffry.

Michael dan Jeffry menghadiri sekolah rendah, menengah dan kolej bersama-sama.

Apabila Michael dan Jeffrey mendapat melulusan diploma daripada kolej, mereka bercita-cita untuk membuat perniagaan mereka sendiri.

Kedua rakan karib mempunyai wang simpanan di bank akaun kerana mereka bekerja separuh masa ketika belajar di kolej.

Michael mengeluarkan wang simpanannya dan terus mencari produk untuk di jual daripada perniagaannya.

Dia berhasrat menjual aksessori telefon pintar kerana semua orang mempunyai sekurang-kurangnya satu telefon pintar dan oleh itu pasarannya amat besar.

Dia bercadang untuk membeli aksessori telefon pintar secara borong dari negara China dan menjualnya di pasaran tempatan untuk menjana keuntungan.

Apa yang Michael telah buat dengan menjual aksessori telofon pintar seandainya cuba memancing ikan di dalam Lautan Merah.

Red Ocean

Ciri-ciri lautan merah adalah:

  • Bertanding dalam pasaran yang sedia ada
  • Cuba mengalahkan pesaingan
  • Mengeksploitasi permintaan yang sedia ada
  • Membuat pertukaran dari segi nilai dan kos
  • Aktiviti-aktiviti di sejajarkan dan membuat pembezaan syarikat dari segi kos yang paling rendah

Adakah Michael akan berjaya di dalam perniagaan menjual aksessori telefon pintar?

Ia adalah amat sukar untuk Michael berjaya kerana dia cuba berniaga di dalam lautan merah yang mempunyai banyak persaingan daripada syarikat lain.

Untuk mendapat pelanggan, dia terpaksa menjual barangannya dengan harga yang lebih murah.

Apabila dia menjual barangannya dengan harga yang lebih murah berbanding dengan pesaingnya, lambat laun, perniagaannya akan mengalami kerugian.

Kerugian yang di alami seakan-akan bisnesnya sedang berdarah dan mengakibatkan air lautan menjadi merah.

Apakah pendekatan yang lebih baik untuk memilih produk untuk sebuah perniagaan?

Itu adalah soalan yang di fikirkan oleh Jeffry setelah dia melihat pengalaman buruk yang berlaku kepada bisnes Michael.

Pendekatan yang lebih baik dan berkesan adalah dengan mengikuti Strategi Lautan Biru.

Blue Ocean

Apakah ciri-ciri lautan biru?

Ciri-cirinya adalah:

  • Mencipta pasaran baru yang tiada persaingan
  • Menbuat persaingan tidak relevan
  • Mencipta permintaan di pasaran yang baru
  • Mengabaikan pertukaran dari segi nilai dan kos
  • Aktiviti-aktiviti di sejajarkan dan membuat pembezaan syarikat dari segi nilai yang tinggi dan kos yang rendah

Untuk memahami The Blue Ocean Strategy dengan lebih teliti, tontoni video daripada Harvard Business Review di bawah.

Blue Ocean Strategy Explained

Di dalam video di atas, ia menerangkan satu case study bagaimana Cirque du Soleil mengunakan Strategi Lautan Biru untuk memperolehi ke cemerlangan di dalam satu industri lama yang tiada banyak ruang untuk berkembang.

Jeffry sedar kalau dia ingin berjaya di dalam perniagaan, dia harus elak daripada melibatkan diri ke dalam lautan merah.

Sebaliknya, dia harus mencari produk lautan biru yang baru di mana persaingan daripada syarikat lain menjadi tidak relevan.

Bagaimana mencari produk lautan biru?

Untuk mencari produk lautan biru, langkah pertama adalah membaca buku The Blue Ocean Strategy.

Setelah anda membaca buku tersebut, ia akan memberi idea-idea bagaimana mencari produk yang sesuai untuk perniagaan MLM.

Secara kebetulan, syarikat jualan langsung yang saya dan isteri saya bekerjasama mempunyai satu produk lautan biru yang unggul.

Produk tersebut adalah sejenis pakaian athleisure yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh ataupun far infrared ray (FIR) yang semula jadi.

Pakaian athleisure

Di atas adalah gambar produk pakaian athleisure perniagaan saya yang cantik dan bergaya yang di perbuat di Jepun dengan menggunakan teknologi fabrik yang canggih.

Beberapa tahun yang lalu, sebelum syarikat tersebut melancarkan produk pakaian FIR, tiada jenama pakai lain di dalam kategori tersebut di Asia Tenggara.

Syarikat MLM tersebut telah mencipta satu kategori pakaian FIR baru dan tiada persaingan daripada syarikat lain.

Oleh itu, bisnes MLM kami telah berkembang pesat dalam masa 3 tahun sahaja dengan pelanggan-pelanggan dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina, Hong Kong dan Indonesia.

Kami juga mempunyai pelanggan-pelanggan daripada negara Amerika Syarikat, Canada, United Kingdom, Australia, New Zealand, Finland, United Arab Emirates (UAE), Kenya dan sebagainya.

Itulah caranya kami membina bisnes pemasaran rangkai di tempatan dan luar negara dengan menggunakan 1 produk lautan biru yang unggul.

Leader pioneer

Adakah anda perlu menjadi seorang leader perintis ataupun pioneer sesebuah syarikat MLM untuk berjaya dalam bisnes network marketing?

Sebenarnya, anda tidak perlu menjadi agen pertama sesebuah syarikat MLM untuk berjaya.

Izinkan saya berkongsi cerita berikut.

Baru-baru ini, seorang pembaca blog ini telah menghubungi saya melalui WhatsApp.

Namanya ialah Pn. M.

Mesej WhatsApp

Di atas adalah mesej-mesej daripada Pn. M.

Pn. M ingin memperkenalkan peluang perniagaan baru kepada saya.

Mengikut Pn. M, syarikat tersebut berhasrat untuk masuk ke pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Ini adalah peluang yang amat baik untuk menjadi pioneer leader dengan syarikat tersebut supaya dapat menikmati manfaat daripada aktiviti-aktiviti downline-downline di bawah.

Saya menolak tawaran Pn. M oleh kerana isu Konflik Kepentingan atau Conflict of Interest.

Banyak orang yang berhasrat untuk berkecimpung dalam perniagaan network marketing berpendapat bahawa mereka harus menjadi pioneer leader untuk menikmati keuntungan daripada bisnes MLM.

Ini adalah satu konsep yang tidak benar.

Walaupun anda adalah seorang agen yang paling awal masuk sesebuah syarikat jualan langsung, kalau anda tidak melakukan aktiviti-aktiviti membina rangkaian dan menjual produk, anda tidak akan mendapat sebarang keuntungan sama sekali.

Jika anda berkerjasama dengan sebuah syarikat oleh kerana anda boleh menjadi leader perintis, anda akan menarik orang-orang yang ingin menjadi pioneer leader juga ke dalam rangkaian anda.

Mereka berpendapat bahawa mereka boleh mendapat keuntungan yang lebih banyak oleh kerana posisi mereka di dalam rangkaian.

Jika mereka tidak rajin dan hanya mengharapkan manfaat daripada downline mereka, tentu sekali rangkai anda akan runtuh.

Untuk berjaya dalam bisnes MLM, ia bukan bergantung pada posisi anda di dalam rangkaian.

Untuk berjaya, anda harus rajin berusaha dan jangan putus asa.

Inilah nasihat saya.

Terima kasih kerana sudi membaca artikal ini.

Di harapkan perkongsian saya sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda.

Kalau anda sedang mencari produk untuk bisnes MLM yang laris di pasaran, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2024-01-26T10:07:36+08:00 January 25th, 2024|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment