MLM Terbaik Di Asia Tenggara – Leader Dari Malaysia

Terima kasih kerana melayari Mommy Lynn Blog.

Nama saya Will Yap.

Di artikal ini, saya akan berkongsi info mengenai leader-leader di dalam industri network marketing atau pemasaran rangkaian di Asia Tenggara.

Untuk pengetahuan anda, saya dan isteri saya telah berkecimpung di dalam industi network marketing sejak bulan Mac tahun 2018.

Syarikat yang kami bekerjasama di kenali sebagai BE International.

BE International adalah sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia.

BE juga adalah sebuah syarikat yang mempunyai lesen Akta Jualan Langsung (AJL) daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP) untuk menjalankan perniagaannya.

BE kini mempunyai operasi di luar negara seperti Singapura, Brunei, Hong Kong dan Indonesia.

Salah satu produk yang paling laris daripada BE adalah sejenis vitamin untuk immuniti Belixz Shiruto yang di import daripada negara Jepun.

Anda mungkin pernah nampak product tersebut kerana ia telah menjadi viral di medan sosial sejak beberapa tahun yang lalu.

Untuk bisnes kami, saya telah menerbitkan blog ini.

Anda boleh mengikuti perjalanan dan perkembangan saya dan isteri saya di blog kami.

Di dalam peluang perniagaan BE International, ia adalah sama seperti kebanyakan peluang perniagaan di pasaran.

Ianya mempunyai ranking atau pangkat tertentu.

Ranking yang paling tinggi di BE di kenali sebagai Royal Crown Council Ambassador atau RCCA.

Bagaimana seseorang dapat mencapai ranking RCCA?

Untuk criterianya, anda mesti ada sekurang-kurangnya 7 barisan leadership dan satu jumlah pendapatan yang di terima daripada BE dalam jangka masa 24 bulan.

Criteria RCCA agak tinggi, oleh itu hanya segelintir pengusaha-pengusaha MLM yang dapat mencapainya.

Kalau anda perpeluang untuk bertemu dengan seorang RCCA daripada BE International, anda tahu dia adalah seorang leader yang sangat berkaliber di dalam industri network marketing.

Setakat ini, BE International ada berapa orang RCCA?

Biar saya jelaskan.

BE International di tubuhkan pada akhir tahun 2017.

BE adalah sebuah syarikat yang agak muda, tetapi ia sedang berkembang dengan pesat.

Pada masa saya menulis artikal ini, syarikat BE berumur lebih kurang 4 1/2 tahun.

Dalam masa yang pendek ini, BE telah melahirkan 49 RCCA!

Kebanyakan RCCA baru telah di lahirkan pada tahun 2020 dan 2021 apabila Malaysia dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Anda mungkin bertanya, orang bagaimanakah yang dapat mencapai ranking RCCA?

Apakah latar belakang mereka?

Itulah sebabnya saya menulis artikal iniā€¦untuk berkongsi latar belakang dan cerita RCCA BE International.

Untuk artikal ini, saya akan berkongsi cerita RCCA Jet Tan and isterinya Lee Siow Mei.

RCCA Jet Tan & Lee Siow Mei

Semasa kecil, Jet berimpian untuk menjadi seorang usahawan berjaya yang boleh melancong ke seluruh dunia untuk perniagaannya.

Pada kenyataannya, Jet telah mencapai impian ini di BE.

Namun, beliau telah belajar bahawa kejayaan sebenarnya bukan hanya mengenai wang tetapi lebih kepada mengubah kehidupan orang lain.

Semasa temu ramah, Siow Mei pernah berkata, “Impian saya adalah bekerja sebagai seorang jurutera elektronik di Jepun.

Saya ingin mereka produk yang memberi manfaat kepada orang ramai.”

Hari ini, Siow Mei menemui kaedah yang lebih baik untuk memberi manfaat kepada orang ramai iaitu melalui BE.

Jet dan Siow Mei merupakan jurutera yang memperolehi pendapatan yang lumayan.

Tetapi Siow Mei adalah seorang yang gila kerja dan dengan mudah kerap mencecah 100 jam overtime dalam sebulan.

Siow Mei sangat terikat dengan dunia kerjanya, dengan bilangan kawan yang tidak ramai dan kurang kesedaran tentang pelbagai masalah kesihatannya.

Sementara itu, Jet pula terikat dengan kerja pengurusannya yang membosankan.

Sebagai seorang jurutera telekomunikasi, Jet bermula sebagai seorang kakitangan teknikal di syarikat pakciknya dan berusaha kuat untuk menjadi pengarah dalam masa 10 tahun.

Jet memperolehi pendapatan 5 angka sebulan, tetapi tekanan kerjanya sangat besar.

Jet and Siow Mei maklum mereka memerlukan perubahan.

Kehidupan pasangan ini berubah setelah mereka melihat potensi perniagaan MLM yang memberikan mereka kesihatan yang lebih baik, pendapatan yang lebih lumayan dan kebebasan yang lebih banyak.

Mereka mengambil langkah berani dengan meletakkan jawatan dari pekerjaan mereka yang selesa untuk berkecimpung dalam bidang MLM.

Dari langkah-langkah kecil, perjalanan pasangan ini melonjak ke kedudukan mereka sekarang iaitu RCCA dengan BE.

Mereka mengaitkan kejayaan mereka dengan “sistem yang adil dan telus di BE yang mengganjari setiap usaha, tanpa mengira latar belakang, kelayakan akademik, keluarga, dan sebagainya.”

Saya ingin berkongsi satu komen daripada Jet:

“Saya tidak dapat menerapkan apa yang telah saya pelajari dalam jualan langsung ke dalam pekerjaan korporat saya kerana mereka merupakan dua sistem yang berbeza sama sekali.

Di dunia korporat, ada hierarki, dan kedudukan anda di tentukan oleh latar belakang dan pengalaman akademik anda, belum mengambil kira lagi politik pejabat”

Melalui BE, pasangan ini telah mempelajari bahawa MLM bukan hanya memperoleh pendapatan tinggi tetapi mengubah nasib orang dengan mentransformasikan mereka menjadi orang yang lebih baik.

Inilah cerita RCCA Jet Tan dan isterinya Lee Siow Mei.

Cerita RCCA

Di atas, saya telah membuat satu rakaman video untuk berkongsi cerita RCCA Jet and Siow Mei.

Sila klik gambar di atas untuk menonton video tersebut di YouTube.

Sampai sini sahaja perkongsian saya.

Sebelum anda pergi, sila baca laman penafian blog ini.

Kandungan di artikal ini adalah untuk informasi dan pendidikan sahaja.

Kalau ada adalah seorang pengusaha bisnes network marketing (pemasaran rangkaian) dan anda sedang mencari sebuah syarikat jualan langsung yang sedang berkembang dengan pesat, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan kita boleh berbincang bagaimana untuk bekerjasama.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-03-11T23:21:54+08:00 March 8th, 2022|Stories|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment