Skim Sistem Piramid MLM Yang Haram Di Malaysia

Tahukah anda bagaimana untuk membezakan skim piramid haram dengan bisnes multi level marketing atau MLM yang sah di Malaysia?

Di artikal ini, saya akan menggemukan 10 ciri-ciri skim piramid yang haram di Malaysia berdasarkan infomasi daripada Direct Selling Association Malaysia (DSAM).

Anda boleh membaca sumber artikal ini daripada laman DSAM di sini.

Adakah anda bersedia? Jom, mari kita bermula.

1. Yuran kemasukan yang tinggi

Skim piramid yang haram akan memerlukan yuran kemasukan yang tinggi untuk menjadi ahli skim tersebut.

Yuran yang tinggi tersebut akan di yamar sebagai sebahagian daripada wang yang di kenakan untuk pembelian produk dan juga latihan yang di perlukan.

Skim piramid haram memperolehi hampir ke semua keuntungannya daripada merekrut ahli-ahli baru.

Oleh itu, untuk masuk ke dalam skim tersebut, anda di kehendaki untuk “melabur” sejumlah wang yang besar.

Agen yang minta anda membuat bayaran tinggi tersebut akan mengatakan bahawa pelaburan itu adalah untuk pembelian stok produk awal untuk memulakan perniagaan.

2. Menyamar sebagai perniagaan yang sah

Kebanyakan skim piramid yang haram sering menyamar sebagai syarikat jualan langsung yang sah.

Malahan, syarikat skim piramid tersebut tidak mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di Malaysia.

Jika syarikat tersebut mengatakan bahawa mereka mempunyai lesen jualan langsung, anda boleh semak nombor lesen syarikat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia (KPDNHEP).

3. Tiada pembelian balik inventori produk

Apabila anda membeli produk daripada skim piramid yang tidak sah, anda tidak akan dapat refund atau kembali wang anda jika anda mengubah fikiran.

Syarikat tersebut tidak akan membeli balik inventori yang tidak dapat di jual.

Skim sedemikian akan runtuh dan gagal dengan cepat jika terdapat syarat yang membenarkan pembelian semula barangan yang tidak dapat di jual.

4. Skim cepat kaya

Skim piramid yang haram kebiasaan akan menarik agen-agen baru dengan tawaran yang sangat menarik iaitu janji yang anda boleh menjadi kaya dalam masa yang singkat.

Sifat piramid di mana sejumlah besar orang di bahagian bawah piramid membayar wang kepada beberapa orang di bahagian atas adalah sebab mengapa skim itu tidak akan bertahan lama.

5. Posisi yang boleh di beli

Untuk skim piramid, anda boleh menggunakan wang untuk membeli kedudukan atau ranking tertentu dalam perniagaan.

6. Tidak memerlukan ulangan jualan

Skim piramid tidak mengambil berat tentang jualan berulang atau repeat sale daripada pengguna-pengguna produk.

Keuntungan perniagaan di perolehi daripada pembelian inventori produk yang banyak daripada agen-agen baru.

Oleh itu, orang baru akan terjebak dengan inventori produk-produk yang mereka perlu beli semasa mereka mula-mula masuk skim tersebut.

Produk tersebut jauh di bawah nilai pasaran berbanding dengan yuran kemasukan yang tinggi yang di bayar oleh mereka.

Sekiranya skim piramid runtuh, tidak ada cara untuk agen-agen untuk mendapatkan kembali ke semua pelaburan mereka.

7. Secara sedar menipu orang

Penganjur skim piramid yang haram terlibat dalam penipuan.

Mereka dengan sengaja menipu peserta-peserta baru dalam skim tersebut.

Sesetengah penganjur skim piramid juga akan memberitahu anda terlebih dahulu bahawa skim tersebut adalah rancangan perniagaan untuk jangka pendek sahaja.

8. Perlu membeli stok yang banyak

Peserta-peserta dalam skim piramid tidak mempunyai pilihan selain daripada membeli inventori produk permulaan yang banyak.

Ini adalah syarat untuk menyertai skim tersebut.

Anda juga mungkin di kehendaki membeli stok setiap minggu atau setiap bulan supaya layak mendapat komisen atau bonus anda.

9. Perniagaan berdasarkan merekrut sahaja

Perniagaan skim piramid yang haram pada asasnya adalah dengan merekrut agen baru sahaja.

Anda tidak perlu membuat penjualan produk ataupun memberikan perkhidmatan atau customer service kepada pelanggan anda.

10. Di haramkan di kebanyakan negara

Skim piramid adalah haram di seluruh Amerika Syarikat dan banyak negara di seluruh dunia.

Ia juga adalah sejenis perniagaan yang haram di Malaysia.

Perjalananan saya

Home party presentation

Di bahagian ini, saya akan berkongsi perjalanan saya di dalam industri MLM di Malaysia.

Pada bulan Mac 2018, saya dan suami saya telah berkecimping dalam bisnes MLM.

Kami telah menjadi ahli sebuah syarikat MLM yang sah di Malaysia.

Syarikat tersebut berlesen dan berpejabat di Kuala Lumpur.

Syarikat MLM yang kami bekerjasama juga mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, Brunei dan Indonesia.

Kalau anda berminat untuk mengetahui cerita saya dengan lebih lanjut, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2022-05-03T21:50:10+08:00 May 3rd, 2022|Bahasa Malaysia|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment