5 Tips Prospek MLM Untuk Pengusaha Yang Baru

Adakah anda perlu aktif mencari prospek untuk perusahaan multi level marketing anda?

Pertemuan 2 kawan

Jawapannya adalah Ya!

Jika anda ingin berjaya dalam bisnes MLM, anda seharusnya aktif mencari prospek baru setiap hari.

Saya telah terlibat di dalam aktiviti membina rangkaian MLM sejak Mac 2018.

Terdapat banyak perkara yang telah berubah, terutamanya dari segi penggunaan laman web, medan sosial, rakaman siaran langsung (live streaming), teknologi dan aplikasi telefon pintar dalam perniagaan MLM.

Walaubagaimanapun prinsip-prinsip dasar perniagaan MLM tidak akan berubah.

Salah satu prinsip dasar adalah kerap mencari prospek untuk memperkenalkan peluang perniagaan anda.

Multi level marketing adalah sejenis perniagaan yang melibatkan hubungan and perkenalan di antara satu sama lain.

Jika anda baru sahaja bermula dalam perusahaan MLM, jangan bimbang.

Saya akan berkongsi 5 tips untuk membantu anda dalam aktiviti mencari prospek

1. Persediaan

Tips yang pertama adalah persediaan minda anda.

Anda mesti mempunyai corak pemikiran yang betul.

Jika anda meragui atau tidak percaya pada diri sendiri, anda tidak akan mengambil tindakan.

2. Latihan

Apakah perbezaan di antara amatur berbanding dengan pakar-pakar dalam bisnes MLM dari segi mencari prospek?

Perbezaannya adalah jumlah masa yang di gunakan untuk membuat latihan.

Adakah anda mengenali Tiger Woods?

Tiger Woods adalah seorang pemain sukan golf professional yang terkemuka di seluruh dunia.

Tahukah berapa jam sehari Tiger Woods membuat latihan dalam permainan golfnya?

Di akan menggunakan sekurang-kurangnya 12 jam sehari untuk melatih permainan golf dan juga menguatkan otot-otot badannya.

Tiger Woods berlatih sekurang-kurangnya 12 jam setiap hari untuk berpuluh-puluh tahun untuk menjadi seorang pemain golf yang terbaik di dunia.

Anda juga boleh menggunakan prinsip latihan untuk meningkatkan kemahiran anda dalam segi mencari prospek MLM.

Lebih banyak anda berlatih, lebih tinggilah kemahiran anda

3. Bertindak

Tips yang ketiga adalah bertindak.

Setelah anda telah membuat latihan, anda perlu mengambil tindakan.

Anda perlu berinteraksi dengan orang ramai untuk mencari prospek yang sesuai untuk rangkaian anda.

Setiap interaksi akan meningkatkan pengalaman anda.

Setiap penolakan (rejection) akan meningkatkan keberkesanan anda mencari prospek.

Jika anda meningkatkan aktiviti anda mencari prospek, anda akan meningkatkan kemahiran anda justeru menjadi seorang pembina rangkaian yang professional.

4. Bimbingan mentor

Di arena sukan, setiap ahli sukan mempunyai seorang jurulatih ataupun mentor.

Tanggungjawab seorang jurulatih atau mentor adalah untuk membimbing dan memberi nasihat.

Dari segi perniagaan MLM, mentor anda biasanya adalah Upline ataupun ketua rangkai yang berjaya.

5. Pemeriksaan sendiri

Tips yang kelima adalah pemeriksaan diri sendiri.

Sikap seorang yang professional adalah bertanggungjawab terhadap tindakan sendiri.

Jika anda ingin berjaya di dalam industri jualan langsung, anda harus bertanggungjawab keatas kejayaan anda sendiri.

Anda haruslah kerap menganalisi kemajuan diri sendiri.

Setiap aktiviti anda haruslah membantu anda mengembangkan bisnes anda.

Anda seharusnya mempunyai rekod ataupun jurnal aktiviti perusahaan MLM anda.

Kesimpulan

Seperti yang saya telah jelaskan, aktiviti mencari prospek untuk perniagaan MLM adalah aktiviti yang sangat penting.

Jika anda berhasrat untuk menjanakan pendapatan yang lumayan daripada perniagaan MLM, anda seharusnya rajin berlatih dan mengambil tindakan untuk mencari prospek setiap hari.

Percayailah pada diri anda sendiri.

Kemahiran mencari prospek boleh di pelajari dan boleh di pertingkatkan.

Terdapat banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di dalam proses membina rangkaian MLM.

Jika anda tekun berdikari untuk meningkatkan kemahiran anda di segi mencari prospek, pendapatan anda dari bisnes MLM tentunya akan meningkat.

Di harapkan perkongsian saya di artikal ini dapat membantu anda.

Kalau anda berhasrat untuk membina rangkaian MLM dengan system yang berkesan, sila klik pautan di bawah untuk menghubungi saya di WhatsApp dan saya akan membantu anda.

Klik sini untuk WhatsApp

By | 2021-05-30T22:53:23+08:00 April 5th, 2021|Perniagaan|0 Comments

About the Author:

Leave A Comment