Terima kasih kerana melayari blog saya. Nama saya Mommy Lynn.
Di atas adalah gambar saya ketika saya berkunjung ke Seoul, Korea Selatan.
Pakej perlancongan saya ke Korea Selatan di taja sepenuhnya oleh BE International melalui kempen BE Lifestyle Travel yang saya telah layak.
Pakej perlancongan percuma ke luar negara adalah salah satu manfaat apabila anda bekerjasama dengan syarikat BE.
Untuk pengetahuan anda, saya dan suami saya telah berkecimpung di dalam peluang perniagaan BE International sejak bulan Mac 2018.
Kini, bisnes kami dengan BE adalah kerjaya sepenuh masa untuk kami berdua.
Bisnes BE mempunyai banyak produk-produk untuk kesihatan dan kesejahteraan badan.
Produk yang paling laris daripada BE adalah pakaian-pakaian yang boleh mengeluarkan sinar inframerah jauh atau far infrared ray (FIR) yang di import daripada negara Jepun yang di kenali sebagai Aulora Series dengan Kodenshi.
Pakaian-pakaian Aulora Series terdiri daripada:
- Aulora Pants
- Aulora Socks
- Aulora Basic Top (T-shirt)
- Aulora Panties
- Aulora Boxer
- Aulora Arm Sleeves
- Aulora Scarf
Salah satu produk Aulora Series yang paling popular adalah Aulora Pants.
Peluang perniagaan BE International adalah bisnes model network marketing ataupun pemasaran rangkaian.
Ia juga di kenali sebagai multi-level marketing (MLM).
Kebanyakan orang tahu potensi bisnes MLM untuk menjana perdapatan, tetapi cabaran yang paling besar untuk mereka adalah merekrut ahli baru ke dalam rangkaian mereka.
Di artikal ini, saya akan berkongsi bagaimana saya dapat merekrut seorang ahli farmasi ke dalam rangkaian saya dengan menggunakan produk Aulora Pants.
Nama ahli farmasi tersebut adalah Pn. L.
Cabaran merekrut
Jika anda sedang membina bisnes MLM ataupun anda pernah cuba membina perniagaan MLM pada masa dalulu, salah satu aktiviti yang anda perlu buat ialah mencari prospek baru.
Propek adalah cara untuk anda mengembangkan rangkaian anda.
Tanpa prospek, anda tiada ahli baru dan jika tiada ahli baru, penjualan melalui rangkai anda tidak akan bertambah.
Setiap perniagaan, bukan sahaja perniagaan MLM, perlu sentiasa mencari prospek untuk kekal dalam perniagaan.
Itulah sebabnya pemilik perniagaan membelanjakan sebahagian besar hasil pendapatan mereka untuk jalankan aktiviti pemasaran ataupun marketing.
Objektif aktiviti-aktiviti kempen pemasaran adalah untuk mendapatkan prospek baru.
Dengan adanya propek, barulah ada peluang untuk mereka menjadi seorang pelanggan.
Apakah cara yang saya gunakan untuk mendapatkan prospek baru untuk bisnes BE saya?
Saya mendapatkan prospek baru dengan menulis artikal dan menerbitkan artikal tersebut di blog ini.
Biasanya, saya akan menulis 2 jenis artikal iaitu:
1) Artikal berkaitan dengan produk
2) Artikal berkaitan dengan peluang perniagaan BE
Pn. L mengenali saya melalui produk Aulora Pants dengan Kodenshi.
Salah satu artikal yang saya terbitkan di blog ini adalah pengalaman saya memakai Aulora Pants pada tahun 2018.
Jika anda membuat pencarian di Google dengan kata kunci “Aulora Pants review”, anda akan mendapati artikal saya berada pada kedudukan yang agak tinggi di Google.
Bagaimana pula Pn. L dapat mengenali produk Aulora Pants?
Salah seorang saudara Pn. L telah menghadiahkan sehelai Aulora Basic Top kepada ibunya.
Aulora Basic Top ialah sejenis baju-T yang di buat dengan menggunakan fabrik Kodenshi dari Jepun.
Ibu Pn. L memakai Aulora Basic Top untuk beberapa minggu dan pengalamanya agak positif.
Baju-T Kodenshi telah membantu ibunya mengurangkan sakit belakang dan juga membantunya tidur dengan lebih lena.
Pn. L sebagai seorang ahli farmasi ingin tahu bagaimana Aulora Basic Top dapat membantu ibunya.
Dia fikir, jika Basic Top dapat membantu ibunya, mungkin Aulora Pants juga dapat membantunya.
Pn. L tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius tetapi dia mengalami kesakitan pada kaki dan tapak kakinya kerana dia terpaksa berdiri berjam-jam setiap hari.
Selain bekerja sebagai seorang ahli farmasi, Pn. L juga seorang pensyarah secara part time.
Pn. L berminat untuk membeli sepasang Aulora Pants dan telah pergi ke Google dan membuat pencarian.
Apabila dia membuat pencarian di Google, masa itulah dia menemui artikal blog saya.
Jika anda membaca artikal-artikal yang di terbitkan di blog ini, anda akan mendapati bahawa saya telah meletakkan pautan supaya pembaca blog dapat menghubungi saya di WhatsApp.
Pn. L telah menghubungi saya dan kami berkomunikasi di dalam WhatsApp.
Pn. L memberitahu saya yang dia tinggal di Petaling Jaya, Selangor.
Oleh kerana tempat tinggalnya berdekatan dengan Pejabat Urusan BE International di Bukit Jalil, Kuala Lumpur, saya mengajak Pn. L untuk berjumpa di sana.
Anda mungkin bertanya mengapa saya ingin berjumpa dengan Pn. L di pejabat BE.
Jika prospek saya berada di Lembah Klang atau di kawasan Kuala Lumpur, saya akan mengajak mereka berjumpa di pejabat BE.
Sebabnya ialah saya ingin “Meminjam Kuasa” pejabat dan showroom BE.
Pejabat BE International di Bukit Jalil ialah sebuah bangunan 4 tingkat dengan bilik showroom yang besar.
Apabila saya membawa prospek saya ke sana, ia akan memberikan mereka rasa keyakinan terhadap syarikat.
Mereka akan dapat melihat operasi perniagaan BE dan juga berpeluang untuk bertemu dengan ahli-ahli BE yang lain.
Di atas adalah gambar saya dan suami saya setelah berjumpa dengan Pn. L di showroom BE.
Di pejabat BE, kami telah berkongsi info produk Aulora Pants dan juga peluang perniagaan BE dengannya.
Pn. L membuat keputusan untuk mendaftar sebagai ahli BE International dan membeli sepasang Aulora Pants untuk dirinya.
Bagaimana pengalaman Pn. L terhadap BE selepas dia dapat melawat pejabat dan showroom syarikat?
Pn. L memberitahu saya yang dia berminat untuk menerokai peluang perniagaan BE bersama-sama dengan suaminya.
Memandangkan dia seorang pensyarah sambilan, dia pun sedang mencari peluang perniagaan di mana dia dan suaminya boleh menjana pendapatan tambahan.
Saya memberitahu Pn. L bahawa peluang perniagaan BE adalah sejenis bisnes yang boleh di usahakan oleh suami dan isteri bersama-sama.
Saya dan suami saya adalah contoh yang paling baik.
Di atas adalah bagaimana saya dapat merekrut seorang ahli baru ke dalam rangkai saya dengan menggunakan produk Aulora Pants daripada BE International.
Sampai sini sahaja perkongsian saya di artikal ini.
Di harapkan info di atas sedikit sebanyak dapat membantu anda.
Sebelum saya mengakhiri artikal ini, sila baca laman penafian (disclaimer) di blog ini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila klik pautan di bawah untuk mesej saya di WhatsApp.
Leave A Comment